Wednesday, September 29, 2010

Pengalaman Breastfeeding - Part I

Tiba2 ummi terpanggil untuk buat entry pasal pengalaman selama ummi menyusukan anak2 ummi. Sebenarnya semasa melahirkan Muhaimin dulu, ummi memang tak ada langsung ilmu tentang penyusuan lengkap bagi wanita yang berkerjaya. Apa yang ummi tau, bila wanita dah mula bekerja so kenalah bekalkan susu formula (FM) kat baby. Ummi memmang tak pernah tau / baca atau apa pon tentang pemerahan / pengepaman susu ibu. Kalau ingat balik memang sedih sangat. Even masa dalam seminggu berpantang pon ummi dah bagi FM dekat Muhaimin. Nasib baik sekali je sebab ummi malas nak bancuh.

Kita memang dah tak de pengalaman memandang baru melahirkan anak sulung. So normallah baby lelaki akan kerap bangun malam menangis nak susu. So adalah orang bagi tau supaya ummi bagi FM untuk elakkan baby lapar. Ummi bagi sekali tu je. Bila dah nak start keje, ummi train Muhaimin guna botol. Tiap kali bagi FM dia akan muntahkan balik. Sehinggakan ummi terpaksa tukar FM sampai 3-4 kali nak cari yang sesui dengan dia. Dalam pada tu ummi masih direct feeding, cumanya FM tu bagi 2-3 kali seminggu.

Hari pertama bekerja ummi tawakkal je bekalkan FM kat babysitter. nasib baik dia nak juga minum. Masalah ummi kat ofis pulak lain. Dekat2 tengahari tu B ummi bengkak dan sakit sangat. So ummi pon perah guna tangan. Masya Allah, banyak ummi dapat adalah dalam 4 oz. So petang nya pon ummi perah. Ummi tak buang sebab sayang so ummi simpan nak bekalkan kat babysitter.

Hari kedua pon sama. Nak dijadikan cerita, masa dok layari internet ummi terjumpa susuibu.com . Bermula dari sini lah ummi belajar macam mana nak perah susu ibu, nak simpan dan cara penyediaan dia. Ummi memang syukur sangat2 sebab Allah ketemukan ummi dengan website ni dan sebagai titik tolak untuk ummi menyusukan Muhaimin dan Al-hamdulillah ummi sempat menyusukan Muhaimin sehingga umur dia 11 bulan yang mana masa tu ummii dah pon mengandungkan Munirah.

No comments:

Post a Comment