Selalunya saya akan pump 3 kali sehari pada siang hari :
1) Pagi 7.30 ke 9.00 pagi
(sampai ofis je terus pump)2) T/hari 12.30 ke 1.30 t/hari (
masa lunch hour)3) Petang 5.00-5.30 ptg
(Sebelum balik keje)Tu lah rutin ummi setiap hari masa hari kerja...tapi..hari khamis lepas , ummi terpaksa "skip" pump waktu sebelum balik keje...,,memang tak sempat time tu...so saya decide nak pump sampai rumah nti, lagipon Munirah mesti makan dulu...so time menyusu tu lambat sikit...
Nak dijadikan cite, masa nak pump malam tu dah terasa "B" sakit sgt...macam ada ketulan, tapi tak bengkak pon...bila saya pump, dah dekat 10 minit, tak sampai 2oz pon hasilnya...kenapa ni..susu tak nak kuar..kuar sikit2 je...sakitnya "B" masa hanya Allah yang tahu.....tunggu lagi 5 minit, baru lah susu kuar banyak...adalah dalam 5 oz untuk sebelah "B" yang sakit tu... actually ni, adalah kali kedua saya kena macam tu..tapi yang peliknya tak bengkak pon...
Risau juga if it happen again....tetiba terbaca artikel kat web
ibukausar...
Kenapa beg susu(breast) boleh tersumbat dan mengalami inflamasi?
Bila b tidak dikosongkan dengan sempurna semasa penyusuan (ada sesetengah bayi yang kurang efektif menyedut susu) sepatutnya ibu perlu mengosongkan breast atau payudara atau b atau saya gelarkan sebagai beg susu melalui cara mengepam susu itu keluar. Jika tidak, badan anda akan mendapat false signal, seolah-olah badan telah produce terlebih susu dari yang diperlukan, lalu badan akan bertindak mengurangkan bekalan susu ke kilang susu di beg susu.
Namun ada ibu yang dianugerahkan susu yang sangat banyak. Dan walaupun bayi tidak mengosongkan beg susu, badan ibu tadi tetap menghasilkan susu yang banyak. Lalu terjadi lambakan susu di kilang dan salurang susu, sehingga terdapat susu yang seolah-olah menjadi selaput di lubang saluran susu, dalam bahasa inggeris ia dikenali sebagai ‘milk blisters’.
Selaput yang menyelaputi saluran susu itu akan menghalang pengaliran keluar susu yang banyak berkumpul di saluran susu.
Lalu lama-kelamaan susu yang berkumpul dan tidak dapat keluar itu menjadi seoalh-olah kental di duktus saluran susu. Jika ibu masih tidak dapat menguruskan masalah ini, beg susu atau payudara akan mengalami inflamasi apabila bakteria mula menyerang.Lalu ibu itu akan mendapat rasa sakit yang amat sangat di breast dan akan mendapat demam. Jika keadaan tidak di rawat, nanah akan terhasil kesan dari tindak balas immunity badan melawan bakteria, lalu terjadilah hal yang paling digeruni oleh semua ibu yang menyusu iaiatu BREAST ABSCESS atau breast bernanah. Terdapat juga kes di mana breast tersumbat kerana terdapat kulat yeast pada nipple yang menyumbat saluran susu.
Cara menguruskan masalah breast tersumbat dan seumpama dengannya :
Buat hot compress di seluruh kawasan terlibat
mandi dengan hot shower, sambil ambil sikat dan sikat breast menghala ke arah nipple.
Berendam dalam hot bath, jika anda memiliki bath tub. Yang ini paling berkesan. Sambil berendam dalam air panas itu, urutkan breast ke arah nipple menggunakan sikat
Kenapa sikat? Kerana sikat memiliki gigi-gigi halus yang kemungkinan dapat mengurut salurang susu yang halus di breast, berbanding menggunakan jari.
Jika tak berkesan? Jumpalah dengan doktor.
Pastikan breast sentiasa dikosngkan secara efektif dengan cara menyusukan bayi anda dengan kerap dan on-demand, serta mengepam sekerap mungkin
Minum banyak air suam.
Sekali sekala boleh menjalani hot compress walaupun tidak mengalami sebarang masalah, mungkin seminggu sekali untuk membantu kelancaran pengaliran susu.
Gitu lah rupanya...mmg lah kadang2 tu Munirah akan hisap2 bila susu dah kuar, dia akan lepaskan niple....so lepas ni, kena rajin2 kan diri ni kosongkan "B" lah ....