Thursday, January 27, 2011

Betulkah MLM boleh berjaya????

Bercakap pasal MLM (Multi Level Marketing) ni pastinya ramainya agak2 kecewa lah, tapi tak kurang juga yang boleh tersengih bila apa yang diusahakan menampakkan hasil....saya memang dah lama mengikuti dunia MLM ni, sejak anak dara lagi, adalah dekat sepuluh tahun...pernah sekali tu member ajak pegi dengar "ceramah" dia & daftar sekali sebagai ahli..tapi tak jalan jugak...ialah, kita ni bukan nya reti sangat nak jaja sana sini & yakinkan orang supaya beli barang yang kita jual...adatlah MLM ni tak lari mesti kena beli barang kalau tak macammana nak untung...tapi pernah juga dengar ada MLM yang tak perlu jual barang, tapi tak pernah nak ambil tahu pulak.....

Lepas tu 3-4 tahun sebelakangan ni trend MLM melalui internet pulak, maknanya tak perlu jumpa orang lah nak jual barang & tarik kawan2 untuk menjadi ahli bawah kita. Semuanya just 'Klik" mouse je...hantar email sana sini...& saya pon pernah join, international punya, time tu pk tak pe lah kita daftar & dapat barang sekali, mahal juga cecah 500 ringgit...tapi....yang tak bestnya kita kena maintain beli barang dia setiap bulan yang ber harga cecah 400 ringgit dan kena bayar kos admin sbb dia bagi website percuma & kena cari ahli sekurang2nya 4-6 orabg dalam masa 6 bulan untuk menikmati bonus.....mampu ke? secara total sebulan 500 ringgit....kalau ada orang join kita ok lah..kalau tak tu kira kita punya kos lah..nak jual barang dia pon mmg susah sbb orang jarang nak mampu beli minuman yang berharga 200 ringgit sebotol.....akhirnya saya MELUPAKAN terus MLM yang saya join ni.....

Masa tu memang pk nak berniaga tapi tak reti, so akhirnya saya tertarik dengan satu MLM ni yang memperjuangkan hak orang Islam yang mana menjaga kesucian & kehalalan setiap produk yang dihasilkan...apa lagi HPA lah...saya join kalau tak silap sekitar tahun 2008...tapi biasa lah, join tapi tak aktif sampai lah akhir tahun 2009 saya start mengamalkan produk2 keluaran HPA, kiranya beli untuk pakai sendiri lah....time tu tak pk pon nak dapat bonus, beli apa yang nak guna je, tapi bila dapat 1st cheque...wah macam tak percaya pulak, betul ke ni...ialah kita bukannya serius pon....tapi still boleh buat duit, walau pon tak banyak tapi sape lah nak bagi kita free2 kan...so saya start belikan parents saya herba2 untuk mereka cuba...Al-Hamdulillah mmg serasi......

Actually saya nak bercerita pasal Admin DuniaHerbaHPA.net sebenarnya, termelalut pulak...saya mmg selalu dapat email dari dia tentang update HPA. Saya agak2 dia ni dekat 40-an kot. Tapi hari ni dapat email dari dia, terkejut pulak bila dia kata umur dia baru 29 tahun...wahh..Dalam usia muda dah berjaya melalui MLM je, event dia buat parttime je...saya share sedikit email dia....

Assalamualaikum dan salam ukhwah Ummioked,
Tahniah! Akhirnya Ummioked sudah mengaktifkan keahlian Ummiokedsebagai Ahli VIP. Selamat bergabung dengan Rangkaian DuniaHerbaHPA. Nama saya Muhamad Redza binAhmad Rodzi dan saya adalah Admin untuk web DuniaHerbaHPA.net.
Saya boleh dihubungimelalui:No tel: 019-3093956
Emel: muhamadredza@gmail.com
YM: rayz_2006
Laman Facebook: http://www.facebook.com/duniaherbahpaBlog group:http://www.duniaherbahpa.com (Blog Bisnes dan Produk HPA)http://group.duniaherbahpa.com (Blog Group)

Sebelum saya meneruskan email ini ada baiknya saya menerangkan serba sedikit latarbelakang saya supaya anda mengenali saya. Apabila ada kemesraan kerana Allah di antarakita, mudah-mudahan perhubungan ini akan berterusan sampai bila-bila demi kebaikanbersama khasnya dan umat Islam amnya.

Saya memulakan Bisnes MLM HPA ini sejak bulan April 2005 secara sambilan. Tahun 2011 ini,usia saya sudah 29 tahun dan sekarang saya menetap di Putrajaya. Saya bertugas di salahsebuah syarikat IT sebagai Eksekutif. Saya mempunyai seorang anak perempuan. Isteri sayamerupakan pegawai kerajaan di Putrajaya. Anak dan isteri merupakan faktor pendorong utamabagi saya menjalankan Bisnes MLM HPA ini.

Sebelum menyertai Bisnes MLM HPA ini, saya pernah terlibat dalam beberapa perniagaan MLMsyarikat lain. Apabila saya terjumpa MLM HPA ini saya telah membuat keputusan 360 danmeninggalkan MLM-MLM tersebut. Ini disebabkan wadah MLM HPA ini sangat bersesuaian denganjiwa perjuangan saya yang ingin memartabatkan Muamalat Islam. Oleh itu saya telah membuatkajian sebaik mungkin tentang konsep bisnes MLM HPA khasnya dan bisnes MLM amnya bertujuanuntuk memantapkan penglibatan saya dan ahli kumpulan saya dalam MLM HPA ini.

Saya berharap emel pengenalan ini akan dapat merapatkan ukhwah sesama kita dalam team DuniaHerbaHPAbiarpun kita hanya bersemuka secara maya.Emel akan datang akan memfokuskan kepada panduan, bimbingan dan latihan asas bagi membantuanda bermula dengan hebat dalam Bisnes MLM HPA anda.Hubungi saya dengan segera sekiranya anda perlukan apa-apa bantuan.Salam sukses,

Muhamad Redza

Admin DuniaHerbaHPA.net
Email: muhamadredza@gmail.com
No Tel: 019-3093956

Nota kaki : Kalau orang lain boleh berjaya, kenapa tidak kita....semunya sama, cuma bergantung kepada usaha kita & doa kita....

2 comments:

  1. apa2 jenis bisnes insya allah boleh berjaya bila kita usahakan bersungguh2 kan :)

    ReplyDelete
  2. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih, tapi nak fokus tu yg susah sikit sbb kita kerja pastu ada family...kena berkorban jugak lah

    ReplyDelete