Monday, February 28, 2011

RESEPI BABY - Part II

Sebelum ni dalam Part I, ummi dah bagi resepi untuk baby umur 6 bulan - 3rd week. Ok, dalam masa kita bagi baby makan tu, kita kena tengok cara penerimaan dia, dia suka ke, dia agak2 tak suka ke atau tak mau langsung..baby pon macam kita orang dewasa jugak, ada deria rasa...so, bila baby dah boleh terima bubur yang kita sediakan dan tidak ada tanda2 alah pada baby, so bolehlah pelbagaikan lagi menu makanan baby.



RESEPI BUBUR NASI (7 bulan )

Bahan-bahan ;
1/2 cawan beras
3-4 cawan air (ikut kepekatan bubur)
1/2 cawan lobak merah dipotong dadu)
1/2 potong ikan tenggiri (1 potong ikan tenggiri sederhana besar dibahagi 2) -dicincang / blender
2 sudu besar minyak masak / olive oil


Cara-cara :

1) Rebus beras bersama air sampai jadi bubur - kalau tak tak cukup, tambah lagi
2) Rebus lobak merah sekejap
3) Bila nasi dah jadi bubur, campurkan lobak merah, ikan tenggiri dan minyak masak tadi.
4) Blender semuanya

Waktu ni ummi dah tak tapis bubur, tapi ni bergantung kepada baby masing2.



Nota :

1) Beras yang ummi gunakan ialah Beras Basmati Kashmir, keluaran Faiza

2) Setiap menu baru yang diberikan kepada baby seharusnya diberi selama 3-4 hari berturut, sekiranya tidak ada tanda2 alahan, so bolehlah diteruskan

PANDU SENDIRIAN - Hari Pertama

Dah seminggu rupanya saya tak update blog..rindu pulak...
Ok, hari ni saya nak berkongsi pengalaman saya pergi & balik keje dengan memandu sendiri..he he, usia lesen dah nak dekat setahun , tapi tak pernah lagi bawa keta sorang2....sebelum tu, saya dimestikan mengambil ujian pemanduan yang dihakimi oleh........tak lain tak bukan sape lagi, Abi lah....
Kalau dah Abi yang duduk sebelah, sah2 lag gabrah tak ingat, bukan apa....takut buat salah....
ingat lagi masa mula2 bawa keta dgn Abi, dia boleh cakap.."macam mana lah boleh lulus ni....lesen terbang ke apa...." hu hu harunya..tapi tak pe, saya jadikan tu sebagai cabaran buat diri saya, kalau orang lain boleh kenapa tidak saya kan....

Setelah dua kali Sabtu memandu di bawah pengawasan Abi...tiba lah hari saya memandu sendirian ke ofis...mau dup dap dup dap jantung ni, rasa nak terkucil lah...macam2 lah rasa....
tapi Al-Hamdulilah, saya berjaya selamat kat ofis dengan selamatnya....maintain je bawa 60-80 km/jam.... rasa happy sangatbila keta cecah je kat pintu pagar ofis..he he...

Pagi dah ok, kini misi petang pulak....bawa macam biasa je, sampai Mid valley tu agak2 lost sikit..tak sure nak masuk simpang mana, kita redah je....Abi dah pesan ikut ke signboard Seremban..ntah macam mana kita terlepas dan sedar2 dah masuk jalan sungai besi yang menghala ke Pusat Bandar.. alamak..masa tu memang gabrah sgt2, paksa diri untuk "cool" dan cuba cari jalan menghala ke Seremban...nasib baik ingat2 lupa jalan tu....yang haru nya tu masa nak masuk simpang main redah je...keta lain hon pun hon lah , asalkan saya tak terlepas simpang, mau ntah ke mana2 nanti...

Sampai je simpang nak masuk rumah, nampak Abi duk tunggu, mesti dia risau jugak dah dekat kul 7 tak sampai...kita pon cite yang kita tersalah masuk jalan..punya lah dia gelak... bertuah betul laki aku ni.....siap boleh gelak lagi.....

Hari kedua ...tunggu .....

Tuesday, February 22, 2011

Kenapa nak MARAH2 ni ..sayang???!!!!

Saya tak tau lah apa kena dengan anak bujang saya ni semenjak dua menjak ni..asyik nak mengamuk je..ada je yang tak kena..tak kira lah dengan ummi dia ke , dgn Abi dia ke...pantang salah sikit atau pun ada yang berkenan pasti mengamuk...

kalau kita sama naik marah or tinggikan sikit suara ..mula lah dia nangis..pujuk lah macam2, memang tak pedulinya..kadang2 tu kelakar pon ada...apa taknya, kalau dah merajuk tu, dia siap lari2 cari pot menangis..ala, macam cite hindustan tu....

Saya perasan jugak, dia marah kalau ummi or Abi dia dok layan adik dia..JELES ke IRI HATI...kita dah adil se adilnya layan dua beradik ni...tapi ia lah, "not up to his standard "lah kot ... so ummi ni dok pening lah pk..APA punca dia ???? KENAPA dia berkelakuan begitu????...MACAMMANA nak handle pulak?????..so pagi ni keje ummi dok menggoogle lah apa2 artikel berkaitan dgn sikap pemarah anak...last2 jumpa...
Anak anda pemarah?
Oleh YEO LI SHIAN


EMOSI anak yang ceria ada kalanya boleh bertukar menjadi mendung dan garang. Berdepan dengan anak yang pemarah seperti itu sememangnya mencabar ibu bapa.
Perasaan marah boleh terjadi akibat daripada satu tindak balas normal kepada satu kekecewaan atau rasa geram. Bagi sesetengah kanak-kanak pula, perasaan itu berakar umbi daripada perilaku yang suka mencederakan diri sendiri atau orang lain secara fizikal mahupun mental.

Pakar psikologi dari Amerika Syarikat, Dr. Tim Murphy dalam buku tulisannya, The Angry Child, mendedahkan punca berlakunya kemarahan dan bagaimana ibu bapa boleh membantu anak mereka.
Menurut Dr. Tim, langkah pertama adalah memahami perasaan marah si anak. Katanya, bukan semua anak yang mempunyai perasaan marah adalah seorang 'pemarah'.
"Terdapat beberapa cara untuk memahami punca berlakunya perasaan marah. Cara untuk menanganinya ada di sebalik definisi-definisi kemarahan.
"Misalnya, kemarahan dirangsang oleh sesuatu. Perasaan marah bukan satu emosi semata-mata. Ia mungkin dirangsang oleh ketakutan, cemburu, kekecewaan ataupun kesunyian,"
jelasnya seperti yang dipetik daripada buku setebal 256 muka surat itu.

Dalam bab pertama, Dr. Tim mengingatkan kita agar mengetepikan persepsi bahawa semua jenis kemarahan semestinya sesuatu yang buruk.

Tanggapan itu salah memandangkan kemarahan ada kalanya memberi kita motivasi untuk mengambil tindakan sepatutnya. Sebagai contoh, untuk menghentikan sesuatu kesakitan.
Terdapat 10 sifat dalam diri seseorang anak yang pemarah. Antaranya kegagalan menganalisis sesuatu masalah, penyebab kesengsaraan sendiri, menggunakan kemarahan untuk mendapatkan kuasa dan kecenderungan menyerang orang lain berbanding menyelesaikan masalah.

Andainya anak anda gagal menganalisis sesuatu masalah, kini tiba masanya untuk anda berbuat sesuatu. Ibu bapa seharusnya mengelak daripada bercerita tentang situasi-situasi pencetus kemarahan anak.
Sebaliknya, Dr. Tim menyatakan topik perbualan anak seperti bola sepak mungkin boleh dijadikan satu analogi bagi mendidik anak cara menganalisis sesuatu situasi.

Apa yang penting ialah anak pemarah perlu memperoleh bantuan daripada ahli keluarga. Dalam mendisiplinkan anak yang mudah melenting,
Dr. Tim menekankan satu formula penting yang dinamakannya 4R.

* Request (buat permintaan)
Jadikan contoh bagaimana untuk berkomunikasi atau meminta anak melakukan sesuatu dengan rasa hormat.

* Reason (berikan sebab)
Jika perlu, berikan sebab. Lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan sesuatu peraturan baru.

* Remind (berikan peringatan)
Sekiranya si anak tidak memberi kerjasama dalam masa yang ditetapkan, maka anda perlu memberi peringatan kepadanya. Setiap orang memerlukan peringatan apabila perlu.

* Respond (berikan maklum balas)
Jika anak memberikan kerjasama seiring dengan permintaan anda, jangan lupa memberinya pujian atau tepukan di bahu.
Ingatlah bahawa usaha menangani dan membentuk semula emosi anak yang pemarah bukanlah inisiatif sehari dua. Ia memerlukan usaha semua pihak dan buku The Angry Child pasti boleh menjadi satu panduan terbaik.


So..petang karang balik keje kena buat pospotem kat anak bujang saya..sebelum perangai dia makin membimbangkan tak salah luang sedikit masa untuk selidik & kaji masalah ni....ni lah cabaran kita sebagai ibu & bapa..cumanya kadang2 tu kita tak sedar yang anak kita dah makin membesar & mereka perlukan layanan yang lain dari yang biasa kita beri sebelum ni....fikir2 kan..
Note : gambar - kredit to google

Friday, February 18, 2011

RESEPI BABY - PART I

Tak tau nak update apa sebenarnya...lat ast tercetus idea nak cite pasal resepi baby (6 bulan ke 24 bulan). Dah lama nak cite sebenarnya... Ok since by baby Munirah dah pon berumur 9 bulan so ummi nak share resepi baby dari umur Munirah sampailah skrg ni...

RESEPI BUBUR NASI (Baby 6 bulan - Introduction)

Bahan-bahan :
1 cawan beras
3 cawan air
2 sudu minyak masak

Cara-cara :
1) Basuh beras & masukkan dalam periuk bersama air & masak sehingga menjadi bubur nasi
2) Bila dah masak campurkan minyak masak & tutup api
3) Sejukkan sekejap & blender bubur tadi & tapiskan

Nota :
Pada masa ni ummi tak campurkan apa2 perisa lagi sebagai memperkenalkan makanan pejal pada baby.
Kepekatan bubur adalah bergantung kepada kesesuaian masing2.


RESEPI BUBUR NASI (Baby 6 bulan - 3rd week)

Bila baby dah boleh terima & biasakan dengan bubur kosong seperti resepi di atas , so ummi akan tambah sikit2 bahan2 lain ke dalam bubur.

Bahan-bahan :
3/4 cawan beras
3 cawan air

1/2 cawan lobak merah yang didadu kecil
2 sudu minyak masak

Cara-cara :
1) Basuh beras & masukkan dalam periuk bersama air & masak sehingga menjadi bubur nasi

2) Rebus lobak merah dalam perik berasingan & bila dah hampir2 lembut toskan & campurkan dalam bubur nasi
2) Bila dah masak campurkan minyak masak & tutup api
3) Sejukkan sekejap & blender bubur tadi & tapiskan

Nota :
Pada masa ni ummi masih tapiskan bubur ni.


Ok nanti kita sambung pulak untuk resepi baby 7 bulan.

Thursday, February 17, 2011

SEGMEN KHAS UNTUK BLOGGER BARU : 100 FOLLOWER KE BAWAH

SEGMEN KHAS UNTUK BLOGGER BARU : 100 FOLLOWER KE BAWAH

Thanks abang Ben sbb support blogger2 baru..so pada blogger2 baru yang lain jom meriahkan.....klik sini


Monday, February 14, 2011

sungguh mudah meraih ganjaran Illahi dgn gelaran isteri&ibu

Kekadang tu memanglah ada perasaan nak marah & geram je bila time2 kerja rumah tak habis2...anak2 pulak meragam...mana nak layan perangai suami lagi...boleh hilang sabar rasanya..tapi bila baca je artikel ni....Masya Allah...begitu hebat kejadian wanita ni...begitu mudah untuk kita meraih ganjaran dari Allah..hanya dengan bergelar seorang Isteri & Ibu...

“Sembilan Belas Hadis Rasulullah Mengenai Wanita”
1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”.

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a.w., “Suaminya”. “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah s.a.w, “Ibunya”.

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. “Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.”
So kalau2 rasa nak marah tu, bawa2 lah bertenang..sentiasa tanamkan niat dalam hati..apa yang aku buat ni semuanya Lillahi Taala....& jangan sesekali lupa zikir sebelum tido
"Subhanallah....Walhamdulillah..Wallahu Akbar"

Friday, February 11, 2011

Rahsia Air Suam selepas makan

Hari ni saya nak kongsikan satu info yang sangat2 penting bagi saya. Lately ni kita selalu sgt dikejutkan dengan berita2 yang sedih bilamana orang terdekat / jauh dengan kita meninggal dunia dalam usia yang beitu muda...Memanglah ajal maut tu di tangan Tuhan, tapi kita kena lah ambil ikhitibar atau sedikit pengajaran dari kisah2 ni... Kebanyakan nya meninggal disebabkan oleh serangan jantung... Kalau dulu serangan jantung dikaitkan dengan orang yang berusia, tapi kini tidak lagi, event kanak2 pon boleh terkena serangan ni....

Kalau di congak secara rambang faktor pemakanan adalah merupakan punca utama kepada masalah ni. Dengan adanya sedikit info yang saya nak kongsi ni diharap kita dapat menyelamatkan nyawa orang yang kita sayang..Memang risau sgt, especially lelaki (suami lah)...

Meh kongsi apa kaitan serangan jantung dengan meminum air selepas makan...


... Masyarakat Cina dan Jepun minum teh panas untuk ketika bersarapan, bukannya air sejuk, mungkin inilah masanya kita perlu mengubah tabiat minum semasa makan . Kepada sesiapa yang gemar minum air sejuk, fakta ini sangat bermakna buat anda. Memanglah sesuatu yang nikmat untuk minum segelas air sejuk selepas makan.




Walaubagaimanapun, air sejuk akan melikatkan minyak yang kita makan bersama hidangan. Sudah tentu ia melambatkan lagi proses pencernaan. Sekali gumpalan minyak ini bertindakbalas dengan asid di dalam perut, ia akan memecah dan diserap oleh enzim intestine lebih cepat berbanding makanan pejal. Ia akan selari dengan enzim intestine. Dalam masa terdekat, ia berpotensi bertukar menjadi lemak dan mendorong kepada kanser. Adalah penting untuk minum sup panas atau air suam selepas makan.



Amaran berkenaan serangan jantung


Anda seharusnya mengambil tahu yang petanda serangan jantung bukan sahaja pedih pada sebelah kiri dada. Awasi jika terasa sakit yang menyesakkan pada dada kiri . Mungkin anda belum pernah merasa sakit dada semasa terkena serangan jantung. Muntah-muntah dan berpeluh berlebihan juga antara tanda-tanda lazim. 60% pesakit yang terkena serangan jantung adalah ketika sedang tidur dan tidak boleh bangun dari tidur. Sakit pada dada boleh menyebabkan tidak sedarkan diri. Berhati-hati dan berjaga-jagalah sentiasa. Lebih banyak yang anda ketahui berkenaan serangan jantung, maka lebih peluang untuk anda terselamat.



Kata pakar kardiologi (jantung), jika seseorang telah membaca fakta ini, sebarkanlah ia kepada 10 orang lain yang dikenali, anda mungkin tidak mampu menyembuhkan pesakit, tetapi anda sebenarnya berjaya menyelamatkan seseorang dari menjadi pesakit.

Monday, February 7, 2011

alamak...semua kena cuti ke....

Panjangnya cuti kan......kalau lah raya posa ke raya haji cutinya panjang cam ni kan best.....
Tapi yang tak bestnya, kalau dah cuti...yang lain2 pon cuti jugak..tumpang sekaki...apa dia tu?..


1) Cuti berblogging..ha ha , sbb broadband slow sgt kat kampung..tu yang malas nak godek2 internet....sedey jugak, sbb tak leh nak baca blog kawan2 & tak leh nak baca email


2) Pumping pon cuti sekali...ha ha..ni yang tak best nya, di sbbkan direct feeding, saya pon menyelat nak pump....lagi pon, kalau pump mana nak letak mana EBM ni....tgk peti ais MIL saya penuh dgn barang2 dia....alamat nya tak pump lah jawabnya.....


3) cuti masak..ha ha, jangan marah....ummi kalau balik kg suami mmg dapat surat kuasa untuk TIDAK MEMASAK......semua nya beli je....kat pantai timur kan senang je nak dapatkan makanan ...

Masa ni lah saya nak rehatkan badan & boleh jalan2 je cuci mata....sbb kalau dah balik rumah sendiri memang tak dapatnya...


So...bila lagi nak cuti panjang ni....he he