Wednesday, June 15, 2011
Macammana nak tukar perception anak terhadap ibubapa..Part I..
Thursday, June 9, 2011
MASA DGN ANAK2- kualiti vs kuantiti
Manfaatkan Masa Secara Berkualiti
Sumber : http://www.laman-map.com/e-Majalah/artikel/keluarga/masakualiti.htm
SOLAT BERJEMAAH
Dengan adanya solat berjemaah dapat menimbulkan rasa hormat dan kasih anak2 & isteri terhadap bapa dan suami. Dalam pada itu, masa ni lah peluang bapa sebagaio ketua keluarga untuk meluahkan rasa atau pengharapan ibubapa terhadap anak2 mereka melalui doa2 yang dibaca setelah selesai solat...contohnya , bapa berdoalah "Ya Allah ya Tuhan ku, aku memohon pada-Mu semoga Kau jadikanlah anak2ku anak yang soleh & solehah, bimbinglah meraka ke jalan-Mu, jadikanlah mereka anak yang mendengar kata......" dan banyak lagi doa yang kita boleh baca dan hendaklah dibaca kuat agar anak2 memahaminya.....yang ni ummi dah praktikkan sejak anak2 umur belum setahun lagi, bila mana Abi dan ummi nak solat, kita akan bengtangkan juga sejadah untuk anak2, so diorang pon akan ikut solat sama walaupon tak betul lagi
MAKAN MALAM BERSAMA
Ini adalah yang paling penting, masa ni lah kita sekeluarga berkumpul, bercerita macam2 topik yang ringan2 je lah....masa ni memang akan kemesraan antara ahli keluarga....
AMBIL CUTI
Bila ada kesempatan ambillah cuti dan bawa anak2 pergi bercuti, tak semestinya mahal yang penting kita sekeluarha selesa dan ikut kemampuan...tapi jgnlah pergi bercuti bawa hal masing2 pulak, rancang aktiviti bersama2....dekat pon tak apa, yang penting kita enjoy
TEMANI ANAK-ANAK
Temani anka sekerap yang boleh, bila anak gemar tgk tv, duduk bersama2 anak dan tanya dia sesekala....tgk cite apa, apa watak dia....dan macam2 lagi lah....bila anak, buat sesuatu, melukis ke apa2 lah...cuba ambil masa dan ambil tahu apa yang mereka lakukan..dgn cara ini, anak2 tak akan rasa terpinggir.....
ADAKAN MASA UNTUK SETIAP ANAK
Bila ada lebih dari seorang anak, mmg ni lah cabarannya bila mana kita perlu luangkan masa dengan sama rata..tambah tambah lagi bila anak masih kecil dan tak paham lagi ....anak bujang ummi memang kuat sgt cenburu bila kita lebihkan yang adik, so mmg mencabarlah.....
MENJADI PENDENGAR YANG BAIK & BERCERITA
Ni ummi mmg suka, walaupon anak2 ummi masih kecil , tapi tiap kali balik keje dan amik dari pengasuh, mmh ummi akan tanya, hari ni buat apa kat rumah Ibu? makan apa? main dengan sape?..macam2 lagi lah...ni akan menggalakkan dia bercerita dan secara tak langsung kita lebih mesra.....