Sekarang ni rata2 ibubapa adalah yang bekerjaya. Bila dah keje semestinya masa dengan anak2 amatlah terhad dan ditambah lagi dengan masa perjalanan pergi balik keje tu mmg lah panjang akibat perjalanan yang sesak....
Bila dah selalu tak ada kat rumah mungkin perlu outstation ataupon bekerja lebih masa, sudah semestinya anak2 akan selalu bertanya, mana abah? mana ibu?....macam Muhaimin selalu tanya kat ummi....
Muhaimin : Mana Abi?
Ummi : Abi keje.....
Muhaimin : ooo..keje.....
Al-hamdulillah, anak ummi dah paham, kalau dia perasan Abi tak de, dia akan tau Abi keje..Al-kisahnya pagi ni dalam slot motivasi kat radio IKIM berkongsi macammana kita nak tukar persepsi anak2 kita bila ibu bapa atau salah seorang pegi bekerja...so ummi akan kongsi sikit2 lah apa yang ummi dengar....
Bila anak2 tanya mana ibu atau bapa, kita seringkali akan kata pada anak2 kita macam ni
Ummi/Abi : Muhaimin , ummi/Abi pergi kerja.
Dan kemungkinan anak akan bertanya kembali...
Muhaimin : kenapa ummi / Abi perlu keje?
Sudah semestinya kita akan jawab....
Ummi/Abi : Ummi/Abi kena keje SEBAB nak cari duit untuk Muhaimin .....
bila kita jawab begini, dalam diri anak2 akan tertanam persepsi bahawa kita sebagai ibu@bapa bekerja sbb hanya MENERIMA....iaitu bekerja hanya untuk menerima gaji@upah pada setiap bulan. Anak2 kita akan faham tapi jangan sampai satu tahap yang mana anak2 akan bertanya pulak dengan kita balik,
kita kan jawab..sekian2 ...so anak akan tanya balik...
Muhaimin : boleh tak Muhaimin bayar RMxxx kepada Ummi / Abi untuk temankan Muhaimin?....
Bila anak2 kita tanya soalan sebegini apa yang perlu kita jawab....
So apa yang perlu kita lakukan ialah menukar persepsi anak yang mana ibu&bapa keluarga bekerja adalah untuk cari duit KEPADA ibu&bapa keluar bekerja kerana menolong @ membantu mereka2 yang memerlukan, dengan cara ini anak2 akan berfikir bahawa ibu& bapa mereka bekerja kerana MEMBERIKAN sesuatu dan BUKAN MENERIMA semata2....so lepas ni kalau anak2 kita tanya :
Muhaimin : Ummi / Abi, mana Ummi / Abi?
Ummi / Abi : Muhaimin , Ummi / Abi kena pegi keje sbb nak bantu orang yang memerlukan......
dan mungkin anak kita akan tanya ..
Muhaimin : kenapa nak tolong orang lain.?
Masa ni kita kena lah pandai bercerita dan terangkan , sikit2 pon tak apalah....contoh kalau isteri @ suami kita bekerja sebagai :
1) Doktor / jururawat - kaitkan peristiwa masa kita bawa anak2 pegi klinik / hsptl, cite kat dia bila sape yang rawat dia masa dia sakit, so dia akan ingat yang orang lain juga sakit dan perlukan seseorang seperti ibu@ayah dia untuk merawatnya
2)Berniaga - cuba ingatkan dia bila mana kita pegi kedai ke restoran ke, sape yang layan kita...
Dan macam2 lagi lah....lama2 anak2 akan faham akan situasi kita sebagai ibubapa yang perlu keluar bekerja.....
Ok, macam dah agak panjang pulak, lepas ni ummi cite pulak, macammana nak tukar persepsi anak2 kita untuk jadikan ibu@bapa sebagai HERO dalam hidup mereka.....
No comments:
Post a Comment