Friday, October 22, 2010

Bersidang ke gi shopping?....

Tiba-tiba pulak ummi teringin nak menyibokkan diri pergi PWTC sempena perhimpunan Agung UMNO...memandangkan hari ni lunch hour 2 jam dan komuter pon depan ofis je, apa lagi, tepat kul 12.30 terus kuar ofis. Sampai je kat putra mak aiii...jauh tu nak menapak ke PWTC, ingatkan dekat je...alang2 dah sampai sana pegi je lah...nak kata ramai orang tak lah ramai mana, tapi boleh tahan jugaklah macam pasar malam...ummi pon sibok lah, kalau dah pompuan tak de lain tak bukan tempat yang dituju tempat kain-kain...cantik2 pulak kain corak batik..banyak pilihan pulak tu dan yang paling penting under budget..3 pasang RM50..he he..murah ke? ke ummi yang dah tak peka dengan harga pasaran semasa, maklumlah dah ada anak kecik ni memang kalau nak shopping2 kat pasar malam dan Jalan TAR ni tinggal angan2 je lah...so dah dapat pelepasan ni apa lagi, rembat je lah..siap call kakak2 ku yang nun jauh tu, manalah tau nak jugak. maklumlah gomen, kena pakai baju batik...
ummi rembat 6 pasang je, berat tu nak angkat sampai stesen komuter....mmmm, merasa jugak lah pg persidangan Umno....

No comments:

Post a Comment