Ingat tak ummioked cite hari tu, Milk supply ummioked mengalami sedikit pengurangan...boleh tgk kat sini...Seperti yang kita sedia maklum, cara yang terbaik untuk meningkatkan kembali Milk supply ialah dengan meningkatkan KEKERAPAN MENGEPAM dan PENYUSUAN...macam ummioked ni at least 3 kali sehari @ 15-20 minit setiap sesi je dapat pam waktu kerja..balik malam pulak, mmg penat dan takat ni memang tak ada kekuatan lagi nak bangun malam untuk mengepam...malam memang direct feeding 4-5 kali.
So cara yang terbaik ummioked fikirkan ialah melakulan HYPERSTIMULATION & POWER PUMPING...mesti ibu2 semua dah tahu apa tu hyperstimulation & power pumping..ummioked just nak share untuk diri ummioked sendiri dan ibu2 semua...
Hyperstimulation dan power- pumping ni sebenarnya adalah satu kaedah atau teknik yang sangat baik untuk mempercepatkan proses pengeluaran susu dimana ianya memberi isyarat kepada badan bahawa adanya demand ke atas ASI. Ianya dilakukan dengan mengepam kedua-dua payudara serentak atau dipanggil kaedah double-pumping selama 60 minit . Caranya ialah 10 minit mengepam-10 minit berehat-10 minit mengepam-10 minit berehat yang mana dilakukan dalam masa 60 minit (1 jam). Kaedah ini bolehlah di buat seminggu sekali dan amatlah disarankan kalau dapat buat hari2..
Memandang jadual ummioked kat rumah sgt padat, so ummioked korbankan masa rehat kat ofis. Selama satu jam tu lah ummioked buat kaedah ni walaupon sebenarnya waktu yang paling digalakkan ialah sebelah malam..kenapa????.....kerana ketika itu hormon prolaktin kita sangatlah tinggi dan kandungan susu kita pada waktu 12 tengah malam- 6 pagi adalah tinggi kandungan lemaknya. Di samping tu bolehlah nak buat solat moga2 dimurahkan rezeki anak2 dan keluarga. Insya-Allah.
Ummioked dah pon buat selama 5 hari minggu lepas...kalau orang yang kurang tahap kesabarannya memang akan give-up jugaklah sbb hasilnya bukan lah dapat terus, tapi mengambil masa bergantung kepada individu masing. Ada yang seminggu, 2 minggu. Macam ummioked, minggu ni dah pon menampakkan hasil..dah boleh dapat dalam 5-6 oz bagi setiiap kali pump.. so sehari boleh lah dapat 18-20 oz..sekarang ni pon Munirah dah kena bekalkan 4 oz x 5 botol sehari..so lepas ni ummoked memang kena pump waktu malam jugaklah nak top up stok yang kurang..he he..dan yang penting ibu2 kena sabar, disiplin kan diri, minda kena positif, istiqamah dan yang paling penting DOA...tetapkan dalam hati apa yang kita buat ni adalah kerana menurut Syariah Nya..Lillahi Taala..
Ya Allah,
sekiranya rezeki kami berada di langit,
maka turunkanlah ia;
jika ia ada di bumi, keluarkanlah ia,
dan jika ia ada di dalam lautan, munculkanlah.
Sekiranya rezeki kami ada di tempat yang jauh,
dekatkanlah ia;
jika ia sedikit, banyakkanlah ia;
dan jika caranya sukar untuk sampai kepada kami,
mudahkanlah ia,
serta pindahkanlah rezeki tersebut kepada kami
dengan kemuliaan, kepemurahan dan kebaikanMu,
dengan rahmatMu,
wahai Yang Maha Pengasihi
diantara yang pengasih.
Nak tau lebih lanjut lagi bolehlah layari http://www.mobimotherhood.org/MM/article-lms.aspx
Memang bagus info dia, PADAT sgt2 untuk rujukan kita...