Tuesday, November 9, 2010

Tak jem...macam ni baru seronok

Lama pulak ummi tak update blog ni..bukannya apa, memandangkan hari Jumaat lepas kan hari cuti Deepavali, so Abi decide nak balik kampung..ummi ok je , janji inform ummi awal2 so bolehlah ummi kemas2 rumah dan buat apa2 yang patut in-advance (maklumlah kalau balik dari kampung sure nya penat..he he)

Kalau balik kampung Abi seperti biasalah kena bertolak awal2 pagi sebelum subuh...pukul 3 pagi...macam lagu P.Ramlee lah pulak..selalu mesti terlajak pukul 4 pagi..bukan apa, masa ni budak2 sedap tido lagi, so Abi nak drive pon selesa dan ummi pon tompang sekaki (he he nak tido jugak...)

Balik keje hari Khamis hari tu terasa penat sangat, mana taknya ummi balik naik komuter, dari ofis kul 3 stgh ptg sampai rumah pukul 5 lebih..lamanya...macam ni lah kalau naik public transport...oppsss....memang budget malam tu baru packing..sekali ummi terlelap lah masa menyusukan Munirah...sedar2 dah pukul 1.30 pagi, kelam kelibutlah ummi packing baju dan barang nak balik kampung, nasib baik pukul 3 semua dah siap..so pukul 4 pagi dah boleh bertolak...

Al-Hamdulillah perjalanan lancar je, tak banyak sangat kereta, mungkin orang pakat balik raya haji nanti kot...Pukul 10.30 pagi dah sampai kampung Abi, kira 6-7 jam perjalanan saja lah...kalau tak mau 10 jam jugak...yang kesiannya budak2 lah tak selesa..

Budak2 dah tak demam dah, cuma yang merisaukan ummi ni, batuk yang tak baik2 lagi. Munirah pulak baru terkena selsema dan batuk berkahak. Kesian juga ummi tengok dia tak selesa nak menyusu dan tido, asyik batuk je, nak bernafas pon susah. Ubat ventolin pulak ummi lupa bawak, ummi bawa zyrtec je...nasib baik balik kampung kejap je. Hari ahad masa on the way balik tu ummi geram sangat sebab hidung munirah tersumbat dan banyak kahak, ummi berani kan diri sedut..Al-hamdulillah, banyak keluar kahak dia, selesalah sikit nak tido dan menyusu...

Masuk hari ni dah semakin sembuh, dah tak meragam sangat masa tido...harap2 anak2 ummi sembuh lah, sebab hujung minggu ni nak balik kampung ummi pulak....

No comments:

Post a Comment