Thursday, March 31, 2011

Bila kami ditinggalkan bertiga.....

Minggu ni Abi kena gi outstation..dah lama Abi tak outstation, rasanya last sekali masa ummi berpantang...So sepanjang dah anak dua ni tak pernah lagi hingga lah saat hari Ahad hari tu....elok Muhaimin tido dekat kul 5 pm tu, Abi pon bertolak. Mmg tak leh nak bertolak kalau dia jaga, nanti dia nak ikut, pasti mesti nangis punya....


Bila dia jaga kul 7 tu, dia cari jugak Abi dia...


Muhaimin : Abi mana? (sambil pusing keliling rumah mencari Abi dia)

Ummi : Abi keje...

Muhaimin : Abi keje...


Kesian pulak tgk dia, selalunya kalau malam mmg Abi lah yang akan layan dia, nak minum ke, tgk tv ke, main ke, nak tido ke...mmg semua dengan Abi...tiba2 Abi tak de

Nasib baiklah dia tak buat perangai..ialah, kalau buat perangai pon sape nak pujuk ..kan???


Pagi Isnin tu mmg tawakal je tinggalkan dia kejap sbb nak hantar Munirah dulu gi rumah Ibu. Nasib baik lah rumah dekat, tak sampai 10 minit. Lepas hantar je si adik, terus berlari balik rumah. Al-Hamdulillah dia tido lagi. Pastu giliran hantar Muhamin pulak....dah turun naik tangga makan masa dekat 20 minit jugak lah...sah2 lambat masuk ofis ...he he, bukan selalu....


Balik keje terus balik rumah dulu..masak dan siapkan apa2 yang patut...dah siap semua baru pegi amik budak2....


Bila muhaimin tgk ummi je yang datang amik , terus muram je...sedih lah pulak..pujuk lah, tanya main apa kat rumah Ibu, makan apa...macam2 lah....bila sampai je tangga, ummi tanya..."boleh tak naik?..dia angguk je...


Naiklah slow2 tiga beranak, sambil tu ajak dia kira anak tangga....akhirnya sampai jugak kat atas...yang kesiannya, dia siap berpeluh lagi....


Lepas je solat maghrib terus bagi diorag makan nasi. Al-hamdulillah berselera dia makan. Lepas tu tgk tv & main sama2.....nak tau tido kul brp? kul 12 stgh tengah malam...mau berpusing kepala ummi ni nak tunggu diorang berdua ni tido... kalau Abi ada bolehlah "take turn" jaga diorang...lepas diorang tido baru lah dapat buat kerja lain...last2 kul 2 pagi baru tido....

"Selamat Malam Sayang".....

Wednesday, March 30, 2011

Ku Jatuh Cinta.....

Dah lama rasanya ku tinggalkan zaman persekolahan..dah lebih 10 tahun pon....tiba2 kerinduan tu muncul tanpa ku sedari...kerinduan pada suatu yang sudah lama ku alpakan...bukannya rindu pada teman seperjuangan, bukan juga rindu pada alam persekolahan...tapi RINDU PADA SETIAP KULIAH yang disampaikan oleh tenaga pengajar setiap kali lepas solat maghrib & subuh....kenapa pulak2 tiba2 rindu????...


Sepanjang perjalanan pergi dan balik dari tempat kerja mmg saya memilih untuk mendengar radio IKIM... tak tau sejak bila atau pon baru sedar, selalu dengar seorang penceramah ni...yang saya rasa mmg tertunggu2 sgt setiap hari untuk mengikuti ceramahnya....setiap hari jam 7.30 pagi.....dengan izin Allah, setiap apa yang di sampaikan memang menusuk di kalbu dan menjadi ingatan dan boleh dijadikan panduan hidup ....stiap hari berlainan topik yang dibincangkan / diutarakan..memang seronok sgt2....hari ni baru berkesempatan tau nama dia..USTAZ AZHAR rupanya...ustaz Azhar yang mana satu? saya pon kurang pasti ...tapi yang penting apa yang di sampaikannya....

Insya Allah, ada kesempatan mmg ingin ku kongsikan pada semua, apa yang ku dengari & pelajari darinya setiap hari.....

Tuesday, March 29, 2011

ADMITTED - untuk kali Pertama

Kali ni baru berkesempatan nak bercerita kisah anak teruna ummi yang terpaksa dimasukkan ke hospital..

kenapa bary nak cite?..sbb ummi baru je dapat downlaod gambar dari handphone...ha ha ha, punya lah lama, anak pon dah besar...anyway, thanks a lot untuk http://babyibu.blogspot.com/search/label/Photoscaper sbb share cara2 nak upload gambar...


Masa tu umur dia baru je cecah setahun (12 Oct 2009). Masa tu Abi gi outstation kat pantai timur..jauh tu. Nak dijadikan cite, kebetulan Isnin tu ummi plan nak "MC" sbb mabuk2 mengandungkan anak kedua. Tetiba je bermula tengah malam tu badan Muhaimin dah start panas sangat dan muntah2. Mula2 tu ingatkan biasa je, so kita cuma bagi ubat demam je lah. Selang dua jam muntah lagi, lepas tu di buang air yang diluar kebiasaan. Pagi tu muntah lagi, So pepagi lagi, ummi dua beranak pergi lah klinik biasa . Doktor bagi ubat ikut bawah sbb suhu dia tinggi sgt, ummi pulak dapat MC 2 hari. Kejap tu demam dia pon dah kebah.

Memandangkan ummi mabuk2 gitu & tak larat sgt2, so ummi decide tinggalkan Muhaimin untuk seketika kat babysitter. Balik dari klinik dah tengahari, so nak makan mmg tak lalu, so ummi ingat nak tido dulu. Kalau dah mabuk mmg tak leh nak tido sgt lah. Tiba2 kul 3 lebih baby sitter call kata badan Muhaimin panas sgt2. Apa lagi kelam kabutlah ummi solat dan cuba jugak nak jamah makanan takut2 pengsan sbb tak makan dari pagi. Ummi packing siap2 baju, tapi baju anak je lah, tak terfikir langsung baju sendiri sbb nak sumbat semua dalam satu beg sandang je. Berkejar terus gi rumah Ibu, amik Muhaimin dan terus jalan ke jalan besar cari teksi (masa ni ummi tak reti lagi nak drive). Elok sampai hospital kul 4, nasib baik doktor ada lagi. Disebabkan Muhaimin demam panas + muntah + berak, so doktor suggest untuk bermalam kat hospital supaya senang nak monitor.


Actually minta bilik untuk dua orang, tapi sbb bilik penuh so kena lah tunggu giliran. Elok dalam kul 7 pm tu baru ada bilik kosong. Ummi sebenarnya tak kisah nak jaga anak kat hsptl tapi disbbkan mabuk2 tu yang tak tahan tu, kejap2 uweeeekkkkk......mana dengan anak merengek lagi... So memang menguji kesabaran. Kalau Abi ada boleh lah ....kiranya ringan lah sikit beban, tapi sbb kita dah tau Abi jauh lagi lah kita rasa tension sgt. So bermalam lah ummi dengan tak bawa baju nya....tak pe lah yang penting anak dulu....

Al-hamdulillah sepanjang malam tu cuma sekali je Muhaimin muntah, buang air tu ada lah 2-3 kali. Masih dalam keadaan yang terkawal. Yang tak terkawalnya ummi lah, memang tak leh nak tido, dengan peningnya, sakit pinggang lah..macam2 pon ada...mengharapkan cepatlah masa berlalu...

Esoknya cuma sekali je Muhaimin muntah, so doktor kata tengok sampai petang , kalau ok bolehlah balik...Ya Allah , masa tu mmg berdoa sgt & mengharap sgt2 agar anak ku cepat sembuh....

Punyalah seksa nak menunggu doktor datang petang tu, dah lah dgn tak tukar baju dari semlm, mandi2 itik je, he he....tunggu punya tunggu...akhirnya kul 4 doktor datang. Perkembangan Muhaimin pon semakin ok so bolehlah balik....kemas2 & tunggu ubat..terus turun bawah & amik teksi...balik rumah...wah...bestnya, bersyukur sgt2 semuanya selamat...masa ni baru terfikir, macammana lah keadaannya orang lain yang kena duduk berminggu2, berbulan2 kat hospital...hanya Allah yang tahu keperitan mereka......


Kebetulan malam tu juga Abi call kata nak balik esok....bestnya....tak tau nak kata /luahkan perasaan masa....hanya syukur pada Illahi....

Monday, March 28, 2011

PENYUSUAN BERJAYA I : FASA I

Rasanya dah terlambat, tapi ummi nak jugak update perkembangan penyusuan anak2 ummi untuk rujukan dan panduan masa hadapan... terlebih dahulu ummi akan bahagikan tahap tempoh penyusuan kepada beberapa peringkat ;

  • Fasa I : 0 - 6 bulan

  • Fasa II : 7 - 12 bulan

  • Fasa III : 13 - 18 bulan

  • Fasa IV : 19 - 24 bulan

dan dari segi permarkahan pulak ;



  • Sangat Berjaya

  • Berjaya

  • Kurang Berjaya

  • Tidak Berjaya

Penyusuan Berjaya I : Fasa I (Abdul Muhaimin)


Al-Hamdulillah, ummi berjaya menyusukan Muhaimin untuk 6 bulan yang pertama. Walaupon dengan kurang persiapan dan kurangnya ilmu tentang penyusuan, ummi tetap berusaha. Untuk Fasa ni , ummi boleh katakan yang "BERJAYA"... kenapa "berjaya" je? kenapa tidak "sangat Berjaya"?


Sebelum ni ummi ada cite serba sedikit dalam entry ni...Sbb2 kenapa 'Berjaya" je ;



  1. Ummi dapat menyusukan Muhaimi, tapi dalam masa yang sama ummi tak dapat nak bekalkan EBM yang mencukupi, masa tu ilmu kurang lagi, so pengeluaran ASI pon kurang. So setiap hari ummi dapat bekalkan 15 oz je susu, 4-5 oz lagi terpaksa top up dengan susu tepung.

  2. Berat Muhaimin tak naik banyak, so badan dia ala2 kecik gitu, so ummi disyorkan bagi dia makan bubur halus, masa tu usia dia maru nak cecah 4 bulan. Sedih!!!!! tapi bila ingat balik, bukannya kesilapan yang disengajakan....akan ku tebus silap tu bila melahirkan anak kedua kelak....

  3. Memperkenalkan "puting tiruan" seawal dua bulan....

Tapi ummi masih bersyukur kerana masih menyusukan Muhaimin, nikmat yang tak mungkin kulupakan....



Wednesday, March 23, 2011

Tarbiah Anak Ikut Umur

By : Dr Zahazan Mohamed

Zaman kanak2 adalah suatu zaman mereka mendapat pendidikan di rumah daripada ibubapa dan di sekolah daripada guru2. Justeru itu apa yang disogokkan kepada anak2 akan mempengaruhi perlakuan mereka apabila dewasa kelak....Hadis Nabi SAW yang bermaksud " Anak-anakmu adalah penduduk-penduduk kecil syurga (riwayat Bukhari dan Muslim)

Sebab itu Islam meminta ibubapa memberi tumpuan sepenuhnya pada proses pentarbiahan anak itu kerana mereka adalah buah hasil kepada kehidupan. Mendidik anak2 itu perlu disesuaikan dengan peringkat umur mereka. Sebab itu Nabi SAW menyuruh ibubapa mngajar anak mereka solat ketika usia 7 tahun dan jika mencapai usia 10 tahun wajiblah disebat sekiramya meninggalkan solat.

Terdapat 3 peringkat pentarbiahan ;
Peringkat Pertama - Sebelum usia 2 tahun
- di mana bapa mengazankan dan mengiqamatkan di telinga anak, memberi nama yang baik, mengkhatankannya, menyayangi dan menyusukannya, tidak memukul dan menggalakkan adab2 yang baik

Peringkat Kedua - Usia 2 tahun ke 5 tahun
- pada peringkat ini kanak2 suka bergerak, meniru dan suka bereksperimen untuk menarik perhatian orang lain. Makanya ibubapa bertanggungjawab menerangkan kebenaran dan kesalahan tanpa mengira masa dan keadaan. Perlu menekankan pendidikan iman dan mengasuh anak2 supaya mencintai Al-Quran dan cintakan keluarga Nabi & para sahabat

Peringkat Ketiga - Usia 5 tahun ke 12 tahun
-Peringkat ini adalah amat penting untuk mencorak masa depan anak2 di mana zaman menyuruh anak2 solat , mengajar mereka adab makan, melatih menutup aurat, melatih menghormati orang tua, melatih solat & mengaji dan mengizinkan mereka selepas menyiapkan kerja sekolah.

Tuesday, March 22, 2011

Al-Hamdulillah - semuanya selesai dgn selamatnya

Baru je Jumaat 2 minggu lepas Muhaimin discharge dari Hospital setelah 5 hari 4 malam berkampung kat sana... minggu lepas kita orang satu family kena fly balik kampung pulak. Dalam hati tawakal je sbb anak2 baru nak sembuh, tapi terpaksa juga balik sbb Majlis kenduri kawin adeq...

Bertolak dari KL hari Rabu kul 9.30 malam, smpi Kg lebih kurang kul 1 pagi...dua beradik ni sedaplah sbb dari flight sampai lah rumah dah puas tido...tup2, sampai je di rumah diorang bangun sbb ramai orang kat rumah...ummi dia lah menahan sakit kepala disebabkan mengantuk + keletihan .....si adik, kul 5 pagi baru tido balik, si adik dah tido ummi pon apa lagi, tido juga lah...si abang pulak tolong Mak Teh dia masak kat luar..sedar2 dekat kul 7 pagi baru dia tido..bertuah punya anak....

Khamis , Jumaat , Sabtu - mmg penat sangat.....nti kita cite....(byk pulak benda yang nak diceritakan tapi belum berkesempatan nak cite)

Hari Ahad tu, dah anak2 tido t/hari, baru lah ummi mengemas barang nak balik KL. Kalau ikutlkan flight sama macam hari tu kul 9.30 mlm...tgk2 delay lah pulak, delay sejam pulak tu...kul 2 pagi baru sampai rumah...dengan lapar + mengantuknya....last2 makan maggie je...kul 3 pagi baru tido...esoknya kena bangun awal, nak kena pegi hsptl bawa Muhaimin jumpa doctor untuk follow up.......

Esoknya kul 11 stgh pagi bertolak gi hsptl, nasib baik sempat daftar, sampai 10 minit sebelum doktor rehat...Al-Hamdulillah dua2 beradik tak demam, cumanya batuk berkahak, sbb cuaca kot....

Tapi yang tak bestnya, bila dah malam si kecik pulak tiba2 badan dia panas, cuba bagi makan ubat, dia muntah lah pulak....tak de pilihan, terpaksa bagi ikut bawah....sedap sikit dia tido...harap2 & berdoa sgt2 moga2 tak melarat demam dia....
Banyak sebenarnya nak bercerita..Insya Allah ada kesempatan + kelapangan ummi cite....

Thursday, March 10, 2011

Hati Ibu Mana yg Tak Sedih Bila.....

Sedar2 hari ni dah hari Khamis...bermakna dah 4 hari anak teruna ummi kat hospital... sedihnya tengok dia lemah je, tapi bila dia dah sihat sikit tu memang tak reti duduk diam.....ummi terpaksa amik cuti sejak hari isnin, hari ni baru berkesempatan masuk keje....tu pon bergilir dengan Abi jaga Muhaimin kat hsptl....nti lah ada kesempatan ummi cite, tapi setakat ni Al-Hamdulillah, perkembangan dia dah semakin baik, semakin pulih......ummi doakan anak ummi, Muhaimin cepat sembuh & cepat boleh kuar hsptl...Insya Allah....

Thursday, March 3, 2011

"Tak mau susu ibu"...Baby pon tau mogok

Dah lama ummi post entry berkenaan dengan penyusuan susu ibu. Kali ni ummi nak kongsi berkenaan dengan penolakan baby terhadap susu ibu. Rata2 semua ibu2 akan berdepan masalah ni. Ada yang alaminya dalam tempoh yang singkat dan tak hairan ada yang dalam jangka masa yang lama. Kalau kita tak ambil serius lama kelamaan baby akan terus tak nak menyusu badan lagi....

Penolakan susu badan berlaku dalam tempoh penyusuan dan bukan dalam proses bercerai susu. Baby agak2 mogoklah tak nak susu badan. Melalui pengalaman dan pembacaan ummi, antara punca2 berlakunya penolakan susu badan ialah :
  1. Posisi mulut baby & puting tidak betul yang mana menyebabkan baby tidak selesa untuk menyusu. Senang cite, baby tak rasa puaslah nak menyusu.
  2. Baby mengalami sakit mulut (biasanya putih2 kat lidah & sekitar mulut baby - org tua2 kata kulat susu)
  3. Baby tak selesa kerana tumbuh gigi
  4. Selsema atau hidung tersumbat & batuk. Kalau anak2 kena selsema memang risau sangat, takut2 baby reject susu badan.
  5. Keadaan sekeliling yang bising atau terlampau terang. Baby tak concentrate nak menyusu lah, banyak sangat gangguan. Baby pon tau nak "peace" tau....
  6. Bila air susu laju sangat. Ini berlaku bila baby dah terlalu selesa dengan aliran air susu melalui botol susu (pemberian EBM waktu ibu bekerja)
  7. Gangguan makhluk halus. Tak percaya???... percaya lah, benda2 ghaib ni kan memang wujud.
  8. Berlaku perubahan pada rasa susu ibu. Biasanya disebabkan oleh pemakanan ibu atau kedatangan haid atau pon ibu hamil lagi...

So, bila berlaku perkara2 di atas, apa yang boleh para ibu lakukan ialah (ikut turutan masalah di atas )
  1. Cuba belajar cara betulkan posisi baby, mulut baby, puting ibu agar baby berada dalam keadaan yang sangat selesa untuk menyusu. Kalau tak pon cuba berjumpa dengan pakar laktasi.
  2. Berjumpa dengan doktor untuk mengetahui samada baby ada alami apa2 jangkitan. Kalau tak pon , kalau kita nampak ada putih2 kat lidah dan mulut baby, ambil kapas dan basahkan dan sapu kat mulut baby yang ada putih2 tu.
  3. Boleh lah bagi babybite untuk hilangkan gatal gusi baby.
  4. Ni memang susah sikit lah, apa yang biasa ummi buat, offer puting masa baby mengantuk atau sedang tidur. Setakat ni Al-Hamdulillah memang baby akan terima dan memyusu dengan tenang.
  5. Cari tempat yang sesuai dan jauh dari kebisingan. Kalau anak sorang bolehlah, bila dah 2, si abang dia mesti bising lah. Mula2 tu memang baby akan terganggu , tapi lama2 dia akan boleh terima, tapi jangan lah terlampau bising pulak.
  6. Jangan sesekali skip pengepam air susu, bila baby dah tak nak direct sudah semestinya susu akan membengkak, so jangan lupa pam bagi memastikan pengeluaran susu ibu sentiasa maintain dan bagi mengelakkan air susu mengalir laju sgt bila baby menyusu
  7. Bolehlah amal2 surah2 tertentu seperti Al-Fatihah & Tiga Qul. Biasanya berlaku pada awal2 kelahiran. Muhaimin pon dulu kena, terpaksa pergi berubat dengan ustaz.
  8. Dah tau baby menyusu tu, so kena lah kontrol2 sikit pemakanan, tapi kalau dah pregnant tu tak leh nak kata apa lah.. he he
KALAU BABY REJECT JUGA MACAMMANA?
Berikan sentuhan kulit dengan kulit yang kerap (cuba menyusu tanpa memakai baju atau semasa memandikan baby). Kain atau alat pendukung baby boleh membantu anda berkedudukan rapat dengan baby semasa tidak menyusunya.
Apa yang penting, kita sebagai ibu kena banyak bersabar dan berdoa moga2 kita berjaya menyusukan anak kita sehingga dia berusia dua tahun. Anggaplah apa saja masalah yang timbul sepanjang tempoh penyusuan itu sebagai salah satu ujian dari Allah dan sebagai ganjaran dari Allah untuk kita meraih pahala dari-Nya......sesuatu yang mudah itu terlalu mudah kita lupakan, tapi sesuatu yang sukar tu akan kita kenang sampai bila2....