Friday, May 27, 2011

Motivasi di Pagi Penghulu Segala Hari

Lama dah tak bersiaran dek kesibukan kerja2......Al-hamdulillah ada kesempatan ni bolehlah berkongsi sedikit ilmu.....bersempena dengan hari Jumaat, penghulu segala hari yang mana kita sering terlupa akan fadhilatnya.....




Pertama: Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.


Kedua: Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari. Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata kita membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh kefahaman.


Ketiga: Jangan tinggalkan(pergi ke) masjid terutama di waktu Subuh. Sebelum melangkah ke mana pun langkahkan kaki ke masjid dulu. Masjid merupakan pusat keberkatan. Kita pergi ke masjid bukan kerana panggilan muadzin, tetapi kerana menyahut panggilan Allah yang sangat sukakan orang memakmurkan masjid.


Keempat: Jaga solat dhuha. Solat Dhuha banyak kelebihan. Dikatakan kunci keberkatan rezeki itu terletak pada solat Dhuha.


Kelima: Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah. Dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.


Keenam: Jaga wudhu terus menerus kerana Allah sangat menyayangi hambaNya yang berwudhu. Kata Sayyidina Ali radhiallahu’anhu; “Orang yang selalu berwudhu senantiasa, dia akan merasa seolah-olah selalu bersolat, walaupun pada ketika itu dia tidak bersolat (solat sunat), dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, iaitu diampunkan dosa dan disayangi dia oleh Allah”.


Ketujuh: Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
Sahabat-sahabat semua. Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir. Oleh itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah.
Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling berkhasiat. Dengan zikir berbagai kejahatan dapat dijauhi. Sikap materialistik (gila dunia) dan hedonistik (gila hiburan) dapat dikurangkan dengan memperbanyakkan zikir kepada Allah.

Thursday, May 12, 2011

Berapa kalori yang anak perlukan dalam sehari

Sejak bawa Munirah jumpa paed hari tu, mmg ummi tengah struggle memerah otak untuk mencari resepi dan cara nak sediakan makanan yang tinggi kalori bagi menaikkan berat badan anak ummi. Bukan Munirah je , Muhaimin sekali lah. Bukan apa, sbb dia ni memang jenis yang susah sangat nak makan...



Sebelum cecah umur setahun, Munirah memang jenis pemakan, suaplah apa2 je mesti dia makan, kalau tengok orang makan mesti cepat je..nak jugak....tapi sejak dah masuk umur setahun ni, susah pulak, siap boleh tutup mulut lagi bila kita suapkan makanan....




Setelah menggoogle mencari resepi dan petua2 , ummi dapat satu idea yang mana2 budak mesti suka...iaitu "smoothie" atau "shake".. so hari Selasa lepas, balik je dari keje, ummi pon singgah kedai belilah bahan2....sampai je rumah terus buat..ni resepi dia :




Milk & Fruit Smoothie / shake (4 kali hidangan)




Bahan :



1 biji pisang

2 biji kurma

2 cawan susu full cream

1 cawan vanilla ice cream

1 sudu besar serbuk badam




Cara:

Masukkan semua dalam blender dan kisar sampai halus




Nota : Kurma tu kalau tak nak serdak dia, ummi akan rebus dalam 5-10 biji dan blend berasingan dulu dan tapiskan. Boleh simpan dalam peti.



Resepi ni mmg berkalori sgt2, so para ibu2 yang nak kurus tu jangan curi2 minum tau....nak rasa sikit tu boleh lah.




Al-hamdulillah, cuba bagi Munirah minum 50 ml, habis licin dia minum...so sebagai breakfast ni lah yang ummi bekalkan untuk dia. Resepi ni boleh divariasikan dengan buah2 lain macam stramberi ke, avocado ke...terpulang kpd ibu2 tapi kena tengok anak kita alah ke tak...




Ok, berbalik kepada kalori yang anak kita perlukan , secara umumnya anak yang berusia setahun ke atas perlukan 1230 kcal sehari untuk kanak lelaki dan 1165 kcal untuk kanak2 perempuan dan 3 set hidangan penuh dalam sehari bergantung kepada aktiviti fizikal mereka, jika aktif maka perlukan lebih kalori yang mana perlu sgt2 sebagai agen pertumbuhan / perkembangan mereka...




Kita akan sedaya upaya untuk merancang dan memberi anak2 kita sekurang2nya 3 set hidangan penuh. Sebagai contoh boleh lah bagi :


2 ke 3 cawan kalsiam - susu / yogurt atau bahan2 lain yang kaya dengan kalsium (ummi tetap bekalkan 16-20oz sehari ASI)


4 hidangan buah / sayuran : 1 hidangan bersamaan dengan 1 sudu makan (mmm...buakn senang nak bagi diorang makan buah ke sayur, sbg alternatif boleh buat jus)


4 hidangan bijirin : 1 hidangan bersamaan dengan 1/3 @ 1/4 hidangan orang dewasa (nasi / pasta / roti)


2 hidangan protin : 1 hidangan bersamaan dgn 1/2 oz (telur / daging / ayam / kekacang / tofu)


Secara ringkas jumlah kalori dalam makanan kanak2 ialah :





  • 16oz susu / nursing 2-3 kali sehari = 200 - 300 kalori


  • 4 - 6 oz 100% jus buah = 100 kalori


  • 2-3 hidangan penuh = 700 - 900 kalori

Di harap dapatlah sedikit ilmu dalam penyediaan makanan untuk anak2 kita....yang mencabarnya ialah macammana nak "tackle" anak kita untuk makan....????????


Sumber :




Tuesday, May 10, 2011

Nutrients and calories in breast milk

Hari ni mmg sibuk dok menggoogle "calorie dense food for baby" seperti yang Rai cadangkan...alih2 jumpa satu artikel ni yang ummi rasa sangat berguna bagi panduan ibu2 ....secara ringkasnya ummi copy sikit...nak tau lebih lanjut klik sini


The nutrients and calories in breast milk may vary according to
• How many days a mother has been lactating
• The time of day
• Time elapsed since the beginning of a feed
• The mother’s diet
• The frequency between feedings


Basic nutritional information

According to a British report, each 100 mL of mature breast milk (i.e., breast milk produced after 21 days of lactation) yields approximately
• 70 calories
• 89.97 g water
• 7.4 g carbohydrates (primarily lactose)
• 4.2 g fat
• 1.3 g protein
These are the averages of samples taken repeatedly over a 24-hour period (Department of Health and Social Security 1988).
Within each breast, milk composition fluctuates during the day. For example, fat content may vary by as much as 2g/L over 24 hours


ColostrumMilk

ColostrumMilk composition also varies over the course of lactation. Mature breast milk looks very different from colostrum, the milk produced in the first few days after birth. According to Guthrie (1989), each 100 mL of colostrum yields approximately:
• 58 calories
• 5.3 g carbohydrates
• 2.9 g fat
• 3.7 g protein


Colostrum is low in fat and carbohydrates. As a result, there are fewer calories in breast milk for the first few days of a baby’s life.
Colostrum is yellow because it contains high levels of beta carotene (10 times more than is found in mature milk).
Colostrum also contains elevated levels of vitamin E and zinc.
Milk composition changes rapidly during the first week, increasing in fat and lactose concentration and decreasing in protein-, vitamin-, and mineral content. After the first 7 days, changes continue at a slower rate until milk reaches the “mature” stage around Day 21 (Institute of Medicine, National Academy of Sciences 1991).


Human breast milk in zoological perspective

What does this nutritional information mean?
In part, it reflects our status as a slow-growing species dependent on frequent infant feeds. To understand why, you need to compare human milk with the milk of other mammals.
Zoologically speaking, there aren’t a lot of calories in breast milk. This is because human milk is relatively low in fat. It’s also low in protein.
Consider how humans stack up against these animals (values are given in percentage weight—all data from Jenness 1974).
• Human: 3.8% fat; 1% protein; 7% lactose
• Cow: 3.7% fat; 3.4% protein; 4.8% lactose
• Rat: 10.3% fat; 8.4% protein; 2.6% lactose
• Dog: 12.9% fat; 7.9% protein; 3.1% lactose
• Rabbit: 18.3% fat; 13.9% protein; 2.6% lactose


Protein is a determinant of growth rates, so the low protein content of human milk is one reason why human babies don’t grow as fast as baby rabbits or puppies (Bernhart 1961).
The low fat content of breast milk reflects, in part, our heritage as mammals that carry their babies around, rather than cache them in nests (Ben Shaul 1962).
Mammals that cache their babies leave them for long periods during the day. As a result, babies go for a long time between feedings. They need high-calorie, high-fat milk to sustain them.


Understanding fat
By weight, fat makes up only a small portion of human milk. But it’s responsible for the majority of the calories in breast milk.
It’s also one of the most variable constituents of breast milk.
The fat content of human milk increases during a single nursing session. As a full breast empties, the milk it produces becomes more fatty.
In addition, the fat content—-and therefore calories in breast milk—-change in response to the frequency of feeds. More frequent feedings are associated with higher fat milk.
The fat content of milk is important for your baby’s health. As the principle source of calories in breast milk, fat determines how much milk your baby needs to consume to meet his needs. Fat content is an important determinant of growth rates
.

It is needed to metabolize many vitamins, so too little fat is associated with vitamin deficiencies.


In addition, some types of fatty acids found in breast milk—-the long-chain polyunsaturated fatty acids, or LCPs—-may play important roles in brain development. The most well-known is docosahexanoic acid (DHA).


DHA helps the brain manufacture myelin, a sheath that insulates nerve fibers. The brains of breastfed babies have higher concentrations of DHA than do the brains of formula fed babies (Makrides et al 1994). Some have speculated that DHA is partly responsible for the IQ gap between breastfed and formula-fed babies.


Improving the quality of your breast milk
There is no convincing evidence that you can significantly change the lactose content of your milk.
But studies suggest that diet and breast feeding practices can influence the protein-, vitamin-, and fatty acid composition of breast milk (Institute of Medicine, National Academy of Sciences 1991; Woolridge 1995).


Here are some suggestions for increasing the quality-—and calories—-in breast milk.
• Take prenatal vitamins. Don’t take additional supplements without consulting a doctor. Some vitamins—like A and D—can have toxic effects in high doses.
• Don’t skimp on protein. Although protein levels remain pretty stable across a wide range of diets, populations subsisting on very low-protein diets are associated with low protein breast milk.
• Limit saturated fats. Western diets are very high in saturated fats. Babies who consume breast milk high in saturated fat may be at increased risk of developing high blood pressure and high cholesterol levels later in life (Leeson et 2001; Mott et al 1990).
• Increase your DHA intake. The DHA levels in American breast milk are among the lowest in the world. The populations with the highest DHA levels are those that eat significant quantities of fish (Brenna et al 2007). If you don’t like fish, you can buy DHA supplements in pill form. However, I feel cautious about this. Check with your physician.
Breastfeed on demand. This permits your baby to adjust intake in response to changes in your breast milk. In addition, more frequent feedings may boost the fat content of your milk.


For more information, see my article on the infant feeding schedule. • Let your baby take his time at each breast. As noted above, premature breast-switching can rob babies of higher-fat "hind" milk.

Pesanan Buat Suami - perkongsian

Sekadar untuk berkongsi...harap para2 suami dapat mesej yang disampaikan...

Sumber : http://susu-terbaik.blogspot.com/


Pesanan buat suami
Saya pernah terbaca alasan seorang wanita yang tidak mahu menyusukan anaknya adalah kerana ingin menjaga penampilan. Ada yang takut payudara kendur apabila menyusukan anak. Tak kurang juga suami yang bukan saja tidak memberikan sokongan kepada isteri yang bersungguh-sungguh ingin menyusukan anak dengan susu ibu, malah ada juga yang sanggup memberikan kata dua kepada isteri kerana penampilan isteri tidak lagi seperti zaman anak dara. Sokongan suami dan orang-orang yang rapat juga merupakan antara faktor utama kejayaan penyusuan susu ibu selain dari pengetahuan dan informasi yang tepat.


Buat para suami, ingatlah bahawa Allah telah berfirman bahawa penyusuan susu ibu adalah tanggungjawab ibu bapa. Di mana seorang suami perlu menyediakan keperluan isteri supaya wanita itu dapat menyusukan bayinya sebagai mana yang telah diperintahkan oleh Allah.


Walau pun penyusuan susu ibu bukan perkara yang diwajibkan tetapi ia merupakan salah satu tanggungjawab ibu bapa kepada anak yang dilahirkan. Sehinggakan walau pun sekiranya mereka bercerai, suami iaitu bapa kepada anak itu perlu memberikan ganjaran kepada bekas isteri yang menyusukan anak mereka sehingga umur bayi itu dua tahun. Sekiranya isteri enggan atau isteri meninggal dunia, bapa itu bertanggungjawab mencari seorang ibu susuan bagi melengkapkan keperluan penyusuan sehingga umur anak itu dua tahun.Walau pun penyusuan dengan ibu susuan adalah perkara yang amat jarang kita dengari pada zaman ini, tetapi perlu diketahui bahawa pilihan yang Allah telah berikan kepada kita semua selepas ibu kandung adalah ibu susuan. dan bukan susu formula. Bagaimana pun saya di sini bukan berniat memperlekehkan atau menyalahkan ibu bapa yang memberikan susu formula kepada anak mereka. Saya hanya sekadar mengingatkan diri saya tentang pilihan yang diberikan kepada saya.


Kepada semua individu yang telah mendirikan rumah tangga dan juga yang bakal mendirikan rumah tangga. Perlu kita semua ingat bahawa perkahwinan bukan hanya mengenai hubungan s*ksual semata-mata. Manakala fungsi utama payudara wanita bukanlah sebagai daya tarikan s*ksual. Ia adalah untuk penyusuan susu ibu.


Oleh itu sedarlah bahawa anak-anak itu wajar diberikan dengan apa yang sepatutnya menjadi haknya. Iaitu susu ibunya. Oleh itu, sebagai seorang suami, cintailah isteri anda. Berikanlah sokongan kepada isteri yang bersusah payah dalam usaha memberikan yang terbaik kepada cahaya mata anda berdua. Seorang isteri dan ibu telah memberikan pengorbanan yang besar dalam menjalankan tanggungjawabnya. Bukankah isteri itu bersusah payah membawa kandungan selama sembilan bulan, bertarung dengan maut ketika melahirkan zuriat anda. Oleh itu hargailah ia. Berikanlah sokongan kepada mereka. Sabarlah untuk dua tahun penyusuan. Semua wanita mahukan penampilan yang hebat dan tubuh badan yang menawan untuk dipersembahkan kepada suami yang tercinta. Tetapi dengan rasa tanggungjawab sebagai seorang ibu mereka mengorbankan seketika cita-cita tersebut. Bagi saya susu ibu mempunyai terlalu banyak kebaikan untuk ditukarkan dengan tubuh badan yang menawan.

Monday, May 9, 2011

Berat badan baby tak naik2..apa perlu dibuat??

Hari Sabtu lepas pegi bawa munirah jumpa paed untuk vaccination seterusnya (umur setahun vaccination untuk penyakit cacar dan campak).

Setakat ni Al-hamdulillah, tahap kesihatan anak ummi semuanya baik, Cuma yang membimbangkan ummi ialah berat badan dia tak naik2……sebelum ni dia memang kuat menyusu, kuat makan…tapi bila dah masuk usia setahun ni, dia dah mula memilih makanan dan makin kurang makan sbb aktif bermain...
Sebelum jumpa paed lagi ummi dah dapat rasakan yang paed pasti kan bangkitkan isu ni.. Masuk je bilik paed, seperti yang dijangkakan itu lah soalan pertama yang paed tanya…macam2 lah soalan yang ditanya. Antara :



  • Kenapa berat anak puan tak naik?

  • Macammana dengan penyusuan & pemakanan anak puan?

  • Anak puan menyusu susu apa? Berapa oz sehari anak puan minum?

  • Berapa kali sehari anak puan makan?

  • Anak puan makan apa?

  • Banyakkah anak puan minum air lain selain dari air susu ?

macam2 lagi lah….untuk pengetahuan paed yang ni mmg agak detail dan bagus lah service dia sbb tu nak jumpa dia pon terpaksa menungu sampai dua jam sbb ramai sgt orang….
Memandangkan Munirah masih lagi meminum ASI sepenuhnya, so paed cadangkan dan bekalkan ummi untuk tambahkan "Human Milk Fortifier" kedalam EBM untuk meningkatkan kalori dalam ASI sekaligus membantu dalam meningkatkan berat dan pertumbuhan baby….nak tau lanjut boleh klik sini...Sekotak ada 100sachet dan harganya agak mahal dalam seratus lebih sekotak.
Paed bagi ummi cuba untuk 2 bulan dan tengok perkembangan Munirah selepas 2 bulan, kalau masih tiada perubahan, paed kata kena buat "investigation"...ngeri je dengar, yang tak bestnya kena duduk kat hospital sbb kena ambik darah, air kencing untuk buat ujian tu..hu hu...ummi skrg ni memang pening2 sgt memikirkan hal ni....


Ummi berdoa dan berharap2 sgt supaya Munirah tak perlu menjalankan semua prosedur ni….sekrg ni tgh berusaha untuk bagi apa2 yang boleh naikkan berat badan dia….ibu2 yang lain ada pandangan ke?

Wednesday, May 4, 2011

Are you ready my son??????

Sedar tak sedar dah 2 tahun 7 bulan pon usia anak bujang ummi....terlalu banyak perkembangan dan peralihan yang berlaku sampaikan kita tak sedar pon.... sedar2 mereka dah boleh berlari, dah pandai pakai baju sendiri, dah pandai makan sendiri....dan yang mencabarnya..dah pandai buka pampers sendiri...hu hu....


Al kisahnya, dua tiga minggu lepas Muhaimin kena ruam agak teruk juga lah kat celah2 peha dia, mula2 tu letak bedak ( bedak tepung jagung), letak minyak gamat....berkesan tapi ambil masa lama sikit nak sembuh. Disebabkan tak tahan mata ni tgk merah2 kat area tu, so ummi pon bawa dia gi klinik, doktor bekalkan ubat sapu. Al-Hamdulillah berkesan....


So bertitik tolak dari kes ni, ummi rasa dah tiba masanya untuk Muhaimin menjalani 'Potty-Training"....

Bagi ibu2 yang bekerja usaha ni mungkin akan mengambil tempoh yang agak lama, bergantung kepada anak2 kita lah, kecuali ibu2 yang sanggup amik cuti lebih kurang seminggu-dua untuk jalankan latihan2 ni...

Bagi ummi, bukan tak sanggup nak amik cuti...tapi cuti dah nak habis...hu hu..tinggal stok untuk cuti raya je & 2-3 hari untuk EL.....


Sebelum menjalankan latihan , ummi buat lah sikit pencarian apa tu "potty-training", macammana?, bagaimana?bila?..dan macam2 lagi persoalan....cari punya cari akhirnya ummi jumpa web http://anakkusoleh.com yang boleh kita jadikan panduan dalam menjayakan potty-training ni.. dalam anakkusoleh ni dia tetapkan target untuk berjaya dalam masa 30 hari....ada 4 bahagian & untuk maklumat lanjut boleh klik sini anakkusoleh


Secara ringkas lah ummi cite ...


Sebelum memulakan Potty Training :

1) Tetapkan matlamat : Potty Training Berjaya Dalam masa 2 bulan

2) Kerjakan solat sunat 2 rakaat, mohon Allah permudahkan urusan kita dalam melatih anak ke tandas

3) Kerjasama dengan orang sekeliling - Suami / adik beradik / nenek / atuk..

Dalam kes ummi , ummi mulakan kat rumah dulu, so ummi dah bincang dgn suami untuk mulakan potty training untuk Muhaimin, so ummi dan Abi kena faham lah..kat rumah babysitter masih gunakan lagi pampers (atas sbb2 tertentu)

4) Kena clearkan semua alas2, tikar dan apa2 yang patut untuk mudahkan kita melakukan pembersihan bila2 mana anak kita terkucil kat seluar


Semasa Potty Training dijalankan

1) Menanggalkan pampers / lampin

Ummi akan cakap dan pesan kat Muhaimin.." Muhaimin kalau nak kencing cakap dgn ummi tau, kata ummi...Muhaimin nak kencing'...ummi akan ulang sebanyak 3 kali

2) Mengatur waktu ke tandas

Tetapkan masa untuk bawa anak ke tandas untuk buang air, masa ada setiap 15 minit, 30 minit, 60 minit..ni bergantung kpd anak anda

Walaupon dia tak buang air , tak mengapa. Tapi pastikan basuh/jirus air kat tmpt tuut...sekalipon dia tak buang air

3) Berikan ganjaran

Selalunya bila mana Muhaimin berjaya buang air kat tandas, ummi akan cakap "macam tu lah bijak anak ummi" dan ummi akan cium pipi dia..so dia akan rasa seronok...


Perkara penting sebelum dan semasa proses training berjalan

1) Tahap kesabaran yang tinggi perlu ada

2) Yakin yang anak kita boleh lakukan

3) Jangan putus asa atau mengeluh bila mana tiap kali kita gagal

4) Jangan putus2 berdoa dan mohon dengan Allah


Tiap apa yang kita lakukan dengan niat yang baik & Lillahi Taala..Insya Allah akan dipermudahkan oleh-Nya..apa yang penting istiqamah dan jangan sesekali putus asa