Thursday, May 12, 2011

Berapa kalori yang anak perlukan dalam sehari

Sejak bawa Munirah jumpa paed hari tu, mmg ummi tengah struggle memerah otak untuk mencari resepi dan cara nak sediakan makanan yang tinggi kalori bagi menaikkan berat badan anak ummi. Bukan Munirah je , Muhaimin sekali lah. Bukan apa, sbb dia ni memang jenis yang susah sangat nak makan...



Sebelum cecah umur setahun, Munirah memang jenis pemakan, suaplah apa2 je mesti dia makan, kalau tengok orang makan mesti cepat je..nak jugak....tapi sejak dah masuk umur setahun ni, susah pulak, siap boleh tutup mulut lagi bila kita suapkan makanan....




Setelah menggoogle mencari resepi dan petua2 , ummi dapat satu idea yang mana2 budak mesti suka...iaitu "smoothie" atau "shake".. so hari Selasa lepas, balik je dari keje, ummi pon singgah kedai belilah bahan2....sampai je rumah terus buat..ni resepi dia :




Milk & Fruit Smoothie / shake (4 kali hidangan)




Bahan :



1 biji pisang

2 biji kurma

2 cawan susu full cream

1 cawan vanilla ice cream

1 sudu besar serbuk badam




Cara:

Masukkan semua dalam blender dan kisar sampai halus




Nota : Kurma tu kalau tak nak serdak dia, ummi akan rebus dalam 5-10 biji dan blend berasingan dulu dan tapiskan. Boleh simpan dalam peti.



Resepi ni mmg berkalori sgt2, so para ibu2 yang nak kurus tu jangan curi2 minum tau....nak rasa sikit tu boleh lah.




Al-hamdulillah, cuba bagi Munirah minum 50 ml, habis licin dia minum...so sebagai breakfast ni lah yang ummi bekalkan untuk dia. Resepi ni boleh divariasikan dengan buah2 lain macam stramberi ke, avocado ke...terpulang kpd ibu2 tapi kena tengok anak kita alah ke tak...




Ok, berbalik kepada kalori yang anak kita perlukan , secara umumnya anak yang berusia setahun ke atas perlukan 1230 kcal sehari untuk kanak lelaki dan 1165 kcal untuk kanak2 perempuan dan 3 set hidangan penuh dalam sehari bergantung kepada aktiviti fizikal mereka, jika aktif maka perlukan lebih kalori yang mana perlu sgt2 sebagai agen pertumbuhan / perkembangan mereka...




Kita akan sedaya upaya untuk merancang dan memberi anak2 kita sekurang2nya 3 set hidangan penuh. Sebagai contoh boleh lah bagi :


2 ke 3 cawan kalsiam - susu / yogurt atau bahan2 lain yang kaya dengan kalsium (ummi tetap bekalkan 16-20oz sehari ASI)


4 hidangan buah / sayuran : 1 hidangan bersamaan dengan 1 sudu makan (mmm...buakn senang nak bagi diorang makan buah ke sayur, sbg alternatif boleh buat jus)


4 hidangan bijirin : 1 hidangan bersamaan dengan 1/3 @ 1/4 hidangan orang dewasa (nasi / pasta / roti)


2 hidangan protin : 1 hidangan bersamaan dgn 1/2 oz (telur / daging / ayam / kekacang / tofu)


Secara ringkas jumlah kalori dalam makanan kanak2 ialah :





  • 16oz susu / nursing 2-3 kali sehari = 200 - 300 kalori


  • 4 - 6 oz 100% jus buah = 100 kalori


  • 2-3 hidangan penuh = 700 - 900 kalori

Di harap dapatlah sedikit ilmu dalam penyediaan makanan untuk anak2 kita....yang mencabarnya ialah macammana nak "tackle" anak kita untuk makan....????????


Sumber :




No comments:

Post a Comment