Lama dah tak bersiaran dek kesibukan kerja2......Al-hamdulillah ada kesempatan ni bolehlah berkongsi sedikit ilmu.....bersempena dengan hari Jumaat, penghulu segala hari yang mana kita sering terlupa akan fadhilatnya.....
Pertama: Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.
Kedua: Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari. Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata kita membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh kefahaman.
Ketiga: Jangan tinggalkan(pergi ke) masjid terutama di waktu Subuh. Sebelum melangkah ke mana pun langkahkan kaki ke masjid dulu. Masjid merupakan pusat keberkatan. Kita pergi ke masjid bukan kerana panggilan muadzin, tetapi kerana menyahut panggilan Allah yang sangat sukakan orang memakmurkan masjid.
Keempat: Jaga solat dhuha. Solat Dhuha banyak kelebihan. Dikatakan kunci keberkatan rezeki itu terletak pada solat Dhuha.
Kelima: Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah. Dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.
Keenam: Jaga wudhu terus menerus kerana Allah sangat menyayangi hambaNya yang berwudhu. Kata Sayyidina Ali radhiallahu’anhu; “Orang yang selalu berwudhu senantiasa, dia akan merasa seolah-olah selalu bersolat, walaupun pada ketika itu dia tidak bersolat (solat sunat), dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, iaitu diampunkan dosa dan disayangi dia oleh Allah”.
Ketujuh: Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
Sahabat-sahabat semua. Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir. Oleh itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah.
Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling berkhasiat. Dengan zikir berbagai kejahatan dapat dijauhi. Sikap materialistik (gila dunia) dan hedonistik (gila hiburan) dapat dikurangkan dengan memperbanyakkan zikir kepada Allah.
No comments:
Post a Comment