Tuesday, September 28, 2010

Project pertama???...appeton

Ingat tak ummi cerita pasal HMF hari tu...selain dari HMF, paed juga suggest ummi bagi Appeton Multivitamin Plus Infant Drop untuk meningkatkan berat badan Munirah. Actually dah lama nak bagi tapi asyik lupa je..ialah kita balik keje pon dah jam 7 malam. Sampai rumah terkejar2 nak breasfeed baby, masak, basuh baju, sidai baju, lipat baju, nak sedia pakaian anak2 untuk hari esok...last2 nak bagi vitamin kat munirah pon dah lupa..

So since hari tu paed dah bekalkan ummi pon dah set kat mind ni untuk bagi kat munirah setiap malam..project bermula lepas balik kg raya minggu lepas...al-hamdulillah setakat hari ni cuma dua malam je ummi terlupa...dan yang happy sangat tu Munirah dah kuat menyusu...pengasuh kata dah senang dah nak bagi minum susu guna botol dan makin banyak pulak tu dia minum. Kat rumah pulak tak meragam dah nak direct feeding. Sebelum ni mmg meragam jugak lah...so sape nak cuba boleh lah..
Meh ummi share sikit info pasal multivitamin ni..


Multivitamin untuk Munirah dah ok, sekarang ni buat project Appeton untuk abang dia pulak, punyalah susah sgt nak makan. Hari tu ada beli bentuk syrup, dah besar ni dia tak nak lah, so kena cari yg tablet yang macam ni...

Actually hari tu ada beli, tapi ummi tersalah beli. ummi beli vitamin C pulak dah. Tapi ummi bagi jugak kat Muhaimin. Memang dia suka, terpaksalah sorokkan botol dia. Yang bestnya hari tu muhaimin kena selesema, so ummi bagi dia vitamin C, al-hamdullilah cepat sembuh. Ni dia vitamin C ..


Kalau nak tau lebih lanjut bolehlah tengok kat sini http://www.appeton.com/appeton_childcare.htm

No comments:

Post a Comment