Tuesday, January 11, 2011

Anda STRESS??????....

Sejak masuk tahun baru ni..ummi tersangatlah stress...stress sgt2..kenapa??..

1) EBM ku sedikit merudum
2) Kerja banyak yyang perlu disettlekan...deadline semakin dekat pulak tu..(sampai tak henti2 doa, harap bos tak marah)
3) Banyak kerja2 dirumah yang tertunggak.....

So, normallah, klu dah macam benda yang terjadi dalam satu masa mesti stress..tapi apa stress tu sebenarnya...

Apakah itu stres?
Stres adalah reaksi tubuh badan terhadap rangsangan yang tidak menyenangkan seperti bunyi yang kuat, bau yang busuk atau kata-kata kesat. Stres berlaku apabila tuntutan tidak setanding dengan kebolehan dan kemahiran daya tindak seseorang. Stres juga boleh diertikan sebagai faktor fizikal dan emosi yang menyebabkan tekanan ke atas minda dan tubuh badan. Ia mungkin mengakibatkan penyakit seperti darah tinggi, penyakit jantung koronari dan kemurungan.

Kenali tanda-tanda stres anda…
i. Tanda-tanda fizikal
Kering mulut
Gementer
Sakit kepala - ni mmg berlaku
Masalah tidur - mmg tak lena lah tido
Perubahan selera makan - peliknya selera tetap ada..ha ha
Cepat letih - yes, betul
Lenguh-lenguh badan - Yes, betul
Jantung berdebar-debar - ni yang tak leh tahan ni
Pernafasan semakin laju - klu dah jangtung berdebar2, nafas pon laju lah
Sakit perut -
Cirit-birit -
Sakit-sakit badan yang kurang jelas puncanya
Letih lesu - Terasa juga

ii. Tanda-tanda psikologi
Gelisah - Yes, betul
Hilang sabar - Betul, rasa nak marah je
Mudah marah - Yes, betul
Lemah semangat - Tak pulak
Risau dan bimbang - Yes, teramat2 sgt
Kurang minat dan tumpuan terhadap aktiviti seharian - Tak jugak
Mudah lupa - Yes, sbb byk benda nak ingat
Takut gagal - Risau sbnrnya
Rendah diri - Yes, takut2 anything happen
Keresahan - yes, betul
Tidak merasa seronok - kenalah buat2 seronok
Bosan - Tak jugak
Low mood dan murung - Yes betul....

iii. Tanda-tanda tingkah laku - ohhh, semua ni tidak
Merokok berlebihan
Penggunaan ubat-ubatan yang tidak terkawal
Memikir atau bercakap tentang mencedera atau membunuh diri
Tingkahlaku impulsif dan agresif (buli, vandalisme)
Penyalahgunaan dadah dan alkohol
Masalah tabiat makan

Amalkan tips mudah tangani stres serta merta….Amalkan 10B
(Al-Hamdulillah, dah try buat, adalah kurang sikit...sikit lagi yg tinggal ni hanya akan hilang bila semua benda yg dirisaukan settle..betul tak????)
Bertenang - Bertenang boleh membantu mengurangkan stres dengan menghentikan kitaran stres di peringkat permulaan.
Bernafas secara dalam - Bernafas melalui abdomen adalah cara pernafasan terbaik, kita bernafas dengan lebih perlahan, panjang dan lebih dalam.
Berkata: Relakslah… - Kata-kata ini sedikit sebanyak dapat membantu mententeramkan perasaan dan mengurangkan stres.
Beribadat - Berzikir, berdoa dan beribadat memberi sokongan emosi dan melegakan perasaan.
Berkongsi perasaan/masalah dengan seseorang - Perasaan/masalah adalah sesuatu yang tak sepatutnya dipendam, sebaliknya harus dikongsi dengan orang yang dipercayai seperti bercakap dengan ahli keluarga atau kawan-kawan. Berkongsi perasaan/masalah akan melegakan dan mengurangkan stres dalam diri.
Berurut - Dalam keadaan stres, otot-otot di leher, kepala dan bahu akan tegang tanpa disedari. Berurut (leher, bahu, kepala, kaki) boleh melegakan otot dan melancarkan perjalanan darah.
Berehat & mendengar muzik - Berehat sambil mendengar muzik yang lembut akan menenangkan fikiran.
Beriadah - Aktiviti riadah seperti berkelah, berenang, mendaki bukit/gunung, berkhemah, melakukan hobi atau aktiviti yang disukai boleh menenangkan fikiran dan mengurangkan stres.
Bersenam - Bersenam dapat meningkatkan pengeluaran hormon endorfin, dan akan mengurangkan ketegangan otot dan stres.
Berfikiran positif - Berfikiran positif ialah melihat kebaikan dalam mana-mana situasi bersifat negatif. Tumpukan kepada perkara yang baik dan apa yang boleh dilakukan dalam situasi tersebut.

Dengan melakukan kaedah 10B, kesan fizikal stres seperti denyutan jantung laju, marah, rasa gelisah, gementar dan sakit kepala dapat dikurangkan.

Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan.
Sumber artikel: Berita Harian
Harap2 cepatlah berlalu STRESS ni.......

1 comment: