Monday, November 29, 2010

Pagi yg indah...pump set ku tinggal di rumah..wa ha ha

Sampai je ofis pagi ni dengan semangat berkobar2nya, ummioked pon kuarkan semua breastpump set...tengok2...wa ha ha....botol2 dan pump semua tinggal!!!!!!!...




yang ada cuma motor je ...macam mana nak pumpu dengan motor je....hu hu...kecewa sedikit..dah lah minggu lepas production kurang..ingat minggu ni nak pulun lah...sekali lah.....pump tinggal...terpaksa lah aku pumpu guna tangan @ TEKNIK MARMET...dah lama tak guna kaedah ni...

Meh sini ummioked kongsikan apa tu TEKNIK MARMET....

Cara Memerah:


1. Teknik Marmet hanya memerlukan 3 jari iaitu ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah.
2. Jari-jari ini perlu diletakkan di kawasan aerola.
3. Letakkan ibu jari di bahagian atas aerola (kita panggil situasi pukul 12). Letakkan jari telunjuk dan jari tengah di bahagian bawah aerola (pukul 6).Dapat dilihat bahawa jari telunjuk dan jari tengah perlu berada setentang dengan ibu jari. Jika jari telunjuk dan jari tengah berada pada kawasan 'pukul 5' sedangkan ibu jari di kawasan 'pukul 12', ia adalah salah. begitu juga jika jari bawah itu berbentuk melingkari payudara ia juga salah. Pastikan dengan teliti kedudukan ketiga-tiga jari ini.
4. Tanpa meregangkan jari, dorong jari-jari tadi ke arah dada. Individu yang mempunyai payudara yang bersaiz agak besar, perlu angkat payudara dahulu sebelum mendorong ke arah dada. Lakukan dalam gerakan memutar dan lembut seperti sedang menggeletek. Lakukan dari kawasan atas menuju sehingga ke aerola. Payudara juga boleh digoncang dengan lembut secara memutar.

5. Sewaktu jari-jari berada jauh dari kawasan aerola, gerakan ini dipanggil PUSH dan apabila jari-jari berada di kawasan aerola, ia dipanggil ROLL. Tekan kilang-kilang susu menggunakan jari dengan lembut sehingga kosong. Teknik yang betul tidak akan mendatangkan rasa sakit kepada anda. Pastikan anda menggunakan TIGA JARI yang dinyatakan tadi, bukan jari-jari lain mahupun tapak tangan.

6. Ulangi langkah secara berentak seragam, mengikut rythm. Push, roll, posisi jari yang tepat, push dan roll semula. Ulangi sehingga kilang susu kosong.

7. Putar gerakan mengikut arah jam atau berlawanan. Pastikan kedudukan jari di dalam kedudukan 12-6, 11-5, 10-4 dan seterusnya. Jalani setiap putaran sehingga kilang susu kosong.

8. Gunakan tiga jari utama itu pada tangan bersamaan setiap payudara. contohnya payudara kanan, gunakan tiga jari tangan kanan. Bagi payudara kiri, gunakan tiga jari daripada tangan kiri.

Elakkan!

1. Menekan sambil mendorong/mengheret jari jemari anda. Tindakan ini bakal membuatkan payudara melecet.

2. Menarik-narik puting payudara. Tindakan ini akan merosakkan lapisan-lapisan lemak pada aerola.

3. Meramas-ramas payudara (squeeze). Tindakan ini akan melukai payudara anda dan memberi kesan kepada kilang susu anda. Payudara juga cenderung bengkak apabila anda melakukannya
Harap2 berjayalah misi ummioked hari ni pumping guna teknik marmet..Amin..amin....amin

2 comments:

  1. ummioked..nice info...saya ada jugak nak try kaedah ni..tp asyik tak pandai2 jugak...

    ReplyDelete
  2. Dulu pon ummioked tak reti, tapi lama2 biasa, tp sbb dah lama tak buat lenguh jugaklah tgn...yg bestnya smlm sekali pump dapat 4 oz both breast...

    ReplyDelete