Thursday, December 23, 2010

Period vs Breastfeeding....pernah alami tak?

Sebenarnya ada sesuatu yang merisaukan ummioked sejak akhir2 ni...ingat tak lagi entry pasal pengeluaran air susu yang mengalami kemeruduman...???? ....sbb time tu ummioked dah start datang bulan....tapi yang menjadi kemusykilan sekarang ni, bulan ni dia tak datang????kenapa yek?...normal ke???

Actually, wanita yang meyusukan anak selalunya akan lambat dapat haid yang mana ianya dikategorikan sebagai “Secondary Amenorrhoea” iaitu ketiadaan Haid disebabkan perkara lain yang berlaku bukannya secara azali/semulajadi. Menyusu badan secara teratur setiap hari menggalakkan perembesan hormone Prolaktin dari otak/pituatari yang berfungsi merencatkan penghasilan hormone seks perempuan iaitu LH,FSH,Oestrogen dan Progesteron.
Ketiadaan atau kekurangan hormone seks ini menyebabkan penebalan rahim/uterus tidak berlaku dan telur/ovum dari kilang telur tidak terhasil. Tiadanya pengeluaran telur dari Ovari dan tiadanya penebalan uterus/rahim menyebabkan Haid tidak berlaku seperti biasa. Penyusuan badan oleh itu bolehlah juga dianggap sebagai salah satu cara untuk pencegahan kehamilan secara semulajadi. Biasanya Haid akan teratur semula dalam tempuh 3 bulan setelah berhenti menyusu badan ,mungkin bila anak berumur 2 tahun nanti.
Tapi dalam kes ummioked ni, dah datang bulan lepas, bulan ni tak pulak...boleh ke jadi macam ni?risau ni.....

No comments:

Post a Comment