Monday, April 4, 2011

Bila baby dah mula menggigit..apa yang boleh kita lakukan

Aduh!!! sakitnya!!!..itu lah reaksi kita bila tiba2 je si kecik dengan selambanya menggigit nipple...sakitnya, Ya Allah....tuhan je yang tau...kena pulak kalau main tarik2....hu hu....boleh berdarah nipple dibuatnya... Masa pertama kali kena, mau menjerit ummi dibuatnya..ialah, kita tengah syok tengok tv, tiba2 dia gigit...sejak dari tu mmg tiap kali nak bagi susu tu rasa seram sejuk badan ..takut2 baby gigit...masa tu Munirah baru ada 2 batang gigi yang baru tumbuh.... Kali kedua kena, ni lagi sakit sbb gigi dia dah atas bawah...masa dia gigit tu , secara spontan tangan ni picit pipi dia..menangis juga lah budak tu...lepas tu pujuk2 dak ok...sejak tu lama juga lah dia dah tak menggigit...kecuali kalau dia dah mamai2 nak tido tu masa dia nak lepas kan nipple tu mmg dia akan gigit & tarik....hu hu, Tuhan je tau perasaan time tu, nak picit pipi dia kesian pulak sbb time tu dia dah tido..so sabar je lah.... Sekarang ni dah kurang, cumanya kadang2 kalau dia tgh menyusu tu gigi dia akan mengena kat nipple, tak reti lah nak cite, tapi sakit..tapi dia tak gigit...terasa lah gigi dia yang tajam tu...

Ni ada sedikit tips cara2 untuk hentikan baby dari menggigit :


• Katakan “tidak” dengan tegas, merenung ke dalam matanya dengan marah dan hentikan penyusuan. Dia perlu mengaitkan menggigit dengan kehilangan puting - kebanyakan bayi tidak suka dengan perpisahan ini.


• Jika dia teruskan juga, letakkannya di atas lantai untuk seketika sebaik saja dia menggigit.


• Untuk kanak-kanak boleh berjalan yang suka menggigit, jadikannya sesuatu yang positif apabila dia tidak menggigit. Berikannya banyak pelukan, ciuman dan pujian.


• Jika anda rasa dia inginkan perhatian, berikan perhatian sepenuh anda semasa penyusuan.


• Belajar menyedari bila dia sudah hampir selesai.


• Jangan menyusukannya kecuali dia betul-betul lapar.


• Hentikan penyusuan jika dia mula terlelap. • Berikannya gegelang gigit sebelum dan/atau selepas penyusuan.


Boleh lah cuba yek.....

No comments:

Post a Comment