Thursday, April 14, 2011

DEMAM - Risau, takut berulang lagi

Lepas bbrp hari Muhaimin kuar hsptl, kami sekeluarga balik kg ummi sbb ada kenduri (adik kawen), so ummi cuma bawa stok ubat demam + batuk + selsema.....Al-Hamdulillah, sepanjang balik kg dua2 anak ummi sihat wal afiat cumanya ada batuk sikit...


Balik je dr kg, kena pg balik hsptl utk follow-up (klin sini I II, III). Paed kata demam dah ok cuma yang merisaukannya sbb batuk dia berulang2. Kemungkinan ada sedikit asma sbb banyak kahak. Si kecik pon kebetulan selsema juga masa ni, so paed suggestkan guna inhaler untuk kurangkan kahak dan kuatkan paru2....mmmm, ni yang susah sikit tu sbb mesti tak nak punya lah kalau bagi inhaler kat budak2 ni...so cuma boleh bagi masa diorang tido je lah...So paed bagi dua inhaler yang perlu diberi iaitu vintolin & pulmicot (nanti ada kesempatan ummi cite cara gunakannya)


So ummi start bagi hari Rabu (23 Mac 2011), kalau ikutkan ventolin tu kena bagi setiap 4 jam, tapi sebab kita kerja dan hanya boleh diberi masa diorang tido, so dapat bagi sehari sekali je lah. Elok je bbrp hari lepas tu hidung Muhaimin dah start berair dan kadang2 tu kuar hingus kaler kuning, memang banyaklah. mula2 tu tak perasaan lagi, dah selang bbrp hari dia start batuk pulak, kalau dah batuk tu mmg akan muntahlah. Bukan muntah biasa, muntah dia penuh dgn kahak kaler kuning. ...baru ummi teringat yang ummi bagi inhaler tu, mungkin jugak dia kuarkan kahak yang selama ni dok kat paru2 dia....


Lama juga lah dia batuk berkahak, so ummi teruskan jugak bagi ubat batuk + selsema + inhaler. Di takdirkan Ibu cuti 3 hari ari tu, so ummi ada banyak masa dgn dia, so pagi2 diorang tido lagi ummi bagi sekali, kalau siang masa tido pon ummi bagi lagi, so at least 3 kali sehari ummi bagi. So mangkin banyaklah kahak dia kuar...Tapi yang tak bestnya bila dah berkahak tu, badan Muhaimin pon dah start panas balik. Mula2 tu hari khamis malam masa tu bawa budak2 pusing2 Mid valley, tetiba je dia jadi tak larat, rasa badan dia dah panas dah. Siap singgah farmasi nak beli termometer. Periksa suhu dia dah 38 lebih dah masa tu. Terus balik rumah dan bagi ubat. Takut2 benda berulang lagi. So badan dia kita lap je dgn air, bagi dia dingin.


Kul 2 pagi periksa lagi suhu dia, dah tinggi balik. Terus bagi ubat dan lap badan. Esknya bekalkan ubat demam kat Ibu, suruh bagi pagi & petang. Elok ptg tu masa ambik diorang, Muhaimin ok tak demam.


Tapi malam start panas lagi...sampai lah Ahad, macam tu lah dok panas sejuk panas sejuk..Tapi ummi & Abi pastikan suhu dia tak lebih 39. So make sure bagi ubat demam dalam tempoh 6 jam dan kerap lap badan dia dan mandikan dia...


Ahad malam tak surut jugak, terus bagi antibiotik. Bukan ummi & Abi tak nak bawa hsptl balik, sbb kalau pg sure kena tahan, so kita just monitor dan bagi ubat...Al-Hamdulillah hari Isnin tu dah tak demam dah...


So lepas ni kalau deman kena pastikan :

1) kena sentiasa monitor suhu badan anak

2) bagi ubat demam ikut jam yang sepatutnya

3) sentiasa dinginkan badan dia, lagi bagus basahkan kain / tuala lepas tu letak kat ketiak anak, akan cepat sejuk badan dia


Sekarang ni kahak pon dah kurang dan demam pon dah tak de. Cumanya pulmicot tu mmg ummi masih bagi lagi sbb tu kena bagi selama sebulan...

2 comments:

  1. hmm benda2 batuk seseme dan demam ni, mmg rutin dah utk kita mak-pak bebudak kan..

    semoga muhaimin sentiasa sihat lepas ni..

    ReplyDelete
  2. risau kan bila anak x sihat..

    semoga muhaimin cepat sembuh sepenuhnya dan sihat spt biasa cepat2 ye..
    take care.

    ReplyDelete