Thursday, June 9, 2011

MASA DGN ANAK2- kualiti vs kuantiti

wah..tak sangka pulak dah lama ummi tak jengok blog sendiri....actually the 1st week tu mmg bz sgt2 so tak berkesempatan nak berblogging...masuk minggu kedua pulak....mood tak mari2...he he....

sedar tak sedar anak2 pon dah makin membesar.....kita sebagai ibubapa pulak komitmen makin bertambah...so, perkara yang penting sgt pada masa ni ialah macammana kita nak luangkan masa dengan anak2 kita ..itu satu....yang kedua pulak, setiap masa yang kita luangkan tu adakah betul2 bermakna buat anak2 kita...dan untuk kita jugak?.....so ada dua persoalan kat sini.....since ummi dah drive sendiri pegi & balik keje, so berkesempatan lah nak dengar program2 kat radio ikim yang mana ummi rasa tersangat2 lah rugi kalau terlepas.....yang pertama program bersama Datuk Prof. Sidek Baba dan yang kedua bersama Tengku Asmadi....memang best, banyak manfaat yang kita sebagai ibubapa boleh praktikkan dalam membesarkan anak2...kekadang benda2 yang kecil kita akan terlepas pandang yang mana tanpa kita sedari ianya akan memberi kesan negatif ke atas perkembangan dan tumbesaran anak2 kita...so untuk sesi ni ummi nak kongsi kan satu arikel ni sebagai panduan ummi dan juga para ibubapa dalam membesarkan anak2 kita.....



Manfaatkan Masa Secara Berkualiti

Oleh: Dr. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad, Ph.D

Artikel ini telah disiarkan dalam Majalah Ibubapa.
Sumber :
http://www.laman-map.com/e-Majalah/artikel/keluarga/masakualiti.htm


PERHATIAN: Hakcipta dituntut oleh MAP Training and Consultancy Sdn. Bhd. Anda tidak boleh mencetak atau mengedar bahan-bahan dari laman-map ini sebelum terlebih dahulu mendapat kebenaran dari kami. Bahan-bahan ini adalah untuk tatapan anda sebagai satu sumber ilmu pengetahuan. Sebarang pertanyaan atau permohonan untuk mendapat kebenaran boleh dibuat melalui emel.

Ummi cite secara ringkas lah artikel ni....Antara cara / perkara yang kita boleh lakukan bersama2 anaka kita dalam tempoh masa yang singkat tetapi menjanjikan kualiti yang memberikan manfaat bersama ialah :


SOLAT BERJEMAAH


Dengan adanya solat berjemaah dapat menimbulkan rasa hormat dan kasih anak2 & isteri terhadap bapa dan suami. Dalam pada itu, masa ni lah peluang bapa sebagaio ketua keluarga untuk meluahkan rasa atau pengharapan ibubapa terhadap anak2 mereka melalui doa2 yang dibaca setelah selesai solat...contohnya , bapa berdoalah "Ya Allah ya Tuhan ku, aku memohon pada-Mu semoga Kau jadikanlah anak2ku anak yang soleh & solehah, bimbinglah meraka ke jalan-Mu, jadikanlah mereka anak yang mendengar kata......" dan banyak lagi doa yang kita boleh baca dan hendaklah dibaca kuat agar anak2 memahaminya.....yang ni ummi dah praktikkan sejak anak2 umur belum setahun lagi, bila mana Abi dan ummi nak solat, kita akan bengtangkan juga sejadah untuk anak2, so diorang pon akan ikut solat sama walaupon tak betul lagi


MAKAN MALAM BERSAMA


Ini adalah yang paling penting, masa ni lah kita sekeluarga berkumpul, bercerita macam2 topik yang ringan2 je lah....masa ni memang akan kemesraan antara ahli keluarga....


AMBIL CUTI


Bila ada kesempatan ambillah cuti dan bawa anak2 pergi bercuti, tak semestinya mahal yang penting kita sekeluarha selesa dan ikut kemampuan...tapi jgnlah pergi bercuti bawa hal masing2 pulak, rancang aktiviti bersama2....dekat pon tak apa, yang penting kita enjoy



TEMANI ANAK-ANAK


Temani anka sekerap yang boleh, bila anak gemar tgk tv, duduk bersama2 anak dan tanya dia sesekala....tgk cite apa, apa watak dia....dan macam2 lagi lah....bila anak, buat sesuatu, melukis ke apa2 lah...cuba ambil masa dan ambil tahu apa yang mereka lakukan..dgn cara ini, anak2 tak akan rasa terpinggir.....


ADAKAN MASA UNTUK SETIAP ANAK


Bila ada lebih dari seorang anak, mmg ni lah cabarannya bila mana kita perlu luangkan masa dengan sama rata..tambah tambah lagi bila anak masih kecil dan tak paham lagi ....anak bujang ummi memang kuat sgt cenburu bila kita lebihkan yang adik, so mmg mencabarlah.....


MENJADI PENDENGAR YANG BAIK & BERCERITA


Ni ummi mmg suka, walaupon anak2 ummi masih kecil , tapi tiap kali balik keje dan amik dari pengasuh, mmh ummi akan tanya, hari ni buat apa kat rumah Ibu? makan apa? main dengan sape?..macam2 lagi lah...ni akan menggalakkan dia bercerita dan secara tak langsung kita lebih mesra.....

2 comments:

  1. mmg, masa utk anak2 mmg terhad. kadang2 rasa kesian jugak kt anak2..bestnya kalau ada pembantu rumah, mama boleh la spend more time ngadap dorang, takyah terkejar2 nk buat household chores..

    ReplyDelete
  2. betul tu Mommalydzar, kadang2 tu balik keje sebok nak siapkan keje2 rumah, alih2 dah dekat kul 9-10, baru ada masa dgn anak2, nasib baiklah anak2 saya jenis tido lewat

    ReplyDelete