Tuesday, February 22, 2011

Kenapa nak MARAH2 ni ..sayang???!!!!

Saya tak tau lah apa kena dengan anak bujang saya ni semenjak dua menjak ni..asyik nak mengamuk je..ada je yang tak kena..tak kira lah dengan ummi dia ke , dgn Abi dia ke...pantang salah sikit atau pun ada yang berkenan pasti mengamuk...

kalau kita sama naik marah or tinggikan sikit suara ..mula lah dia nangis..pujuk lah macam2, memang tak pedulinya..kadang2 tu kelakar pon ada...apa taknya, kalau dah merajuk tu, dia siap lari2 cari pot menangis..ala, macam cite hindustan tu....

Saya perasan jugak, dia marah kalau ummi or Abi dia dok layan adik dia..JELES ke IRI HATI...kita dah adil se adilnya layan dua beradik ni...tapi ia lah, "not up to his standard "lah kot ... so ummi ni dok pening lah pk..APA punca dia ???? KENAPA dia berkelakuan begitu????...MACAMMANA nak handle pulak?????..so pagi ni keje ummi dok menggoogle lah apa2 artikel berkaitan dgn sikap pemarah anak...last2 jumpa...
Anak anda pemarah?
Oleh YEO LI SHIAN


EMOSI anak yang ceria ada kalanya boleh bertukar menjadi mendung dan garang. Berdepan dengan anak yang pemarah seperti itu sememangnya mencabar ibu bapa.
Perasaan marah boleh terjadi akibat daripada satu tindak balas normal kepada satu kekecewaan atau rasa geram. Bagi sesetengah kanak-kanak pula, perasaan itu berakar umbi daripada perilaku yang suka mencederakan diri sendiri atau orang lain secara fizikal mahupun mental.

Pakar psikologi dari Amerika Syarikat, Dr. Tim Murphy dalam buku tulisannya, The Angry Child, mendedahkan punca berlakunya kemarahan dan bagaimana ibu bapa boleh membantu anak mereka.
Menurut Dr. Tim, langkah pertama adalah memahami perasaan marah si anak. Katanya, bukan semua anak yang mempunyai perasaan marah adalah seorang 'pemarah'.
"Terdapat beberapa cara untuk memahami punca berlakunya perasaan marah. Cara untuk menanganinya ada di sebalik definisi-definisi kemarahan.
"Misalnya, kemarahan dirangsang oleh sesuatu. Perasaan marah bukan satu emosi semata-mata. Ia mungkin dirangsang oleh ketakutan, cemburu, kekecewaan ataupun kesunyian,"
jelasnya seperti yang dipetik daripada buku setebal 256 muka surat itu.

Dalam bab pertama, Dr. Tim mengingatkan kita agar mengetepikan persepsi bahawa semua jenis kemarahan semestinya sesuatu yang buruk.

Tanggapan itu salah memandangkan kemarahan ada kalanya memberi kita motivasi untuk mengambil tindakan sepatutnya. Sebagai contoh, untuk menghentikan sesuatu kesakitan.
Terdapat 10 sifat dalam diri seseorang anak yang pemarah. Antaranya kegagalan menganalisis sesuatu masalah, penyebab kesengsaraan sendiri, menggunakan kemarahan untuk mendapatkan kuasa dan kecenderungan menyerang orang lain berbanding menyelesaikan masalah.

Andainya anak anda gagal menganalisis sesuatu masalah, kini tiba masanya untuk anda berbuat sesuatu. Ibu bapa seharusnya mengelak daripada bercerita tentang situasi-situasi pencetus kemarahan anak.
Sebaliknya, Dr. Tim menyatakan topik perbualan anak seperti bola sepak mungkin boleh dijadikan satu analogi bagi mendidik anak cara menganalisis sesuatu situasi.

Apa yang penting ialah anak pemarah perlu memperoleh bantuan daripada ahli keluarga. Dalam mendisiplinkan anak yang mudah melenting,
Dr. Tim menekankan satu formula penting yang dinamakannya 4R.

* Request (buat permintaan)
Jadikan contoh bagaimana untuk berkomunikasi atau meminta anak melakukan sesuatu dengan rasa hormat.

* Reason (berikan sebab)
Jika perlu, berikan sebab. Lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan sesuatu peraturan baru.

* Remind (berikan peringatan)
Sekiranya si anak tidak memberi kerjasama dalam masa yang ditetapkan, maka anda perlu memberi peringatan kepadanya. Setiap orang memerlukan peringatan apabila perlu.

* Respond (berikan maklum balas)
Jika anak memberikan kerjasama seiring dengan permintaan anda, jangan lupa memberinya pujian atau tepukan di bahu.
Ingatlah bahawa usaha menangani dan membentuk semula emosi anak yang pemarah bukanlah inisiatif sehari dua. Ia memerlukan usaha semua pihak dan buku The Angry Child pasti boleh menjadi satu panduan terbaik.


So..petang karang balik keje kena buat pospotem kat anak bujang saya..sebelum perangai dia makin membimbangkan tak salah luang sedikit masa untuk selidik & kaji masalah ni....ni lah cabaran kita sebagai ibu & bapa..cumanya kadang2 tu kita tak sedar yang anak kita dah makin membesar & mereka perlukan layanan yang lain dari yang biasa kita beri sebelum ni....fikir2 kan..
Note : gambar - kredit to google

No comments:

Post a Comment