Monday, February 28, 2011

RESEPI BABY - Part II

Sebelum ni dalam Part I, ummi dah bagi resepi untuk baby umur 6 bulan - 3rd week. Ok, dalam masa kita bagi baby makan tu, kita kena tengok cara penerimaan dia, dia suka ke, dia agak2 tak suka ke atau tak mau langsung..baby pon macam kita orang dewasa jugak, ada deria rasa...so, bila baby dah boleh terima bubur yang kita sediakan dan tidak ada tanda2 alah pada baby, so bolehlah pelbagaikan lagi menu makanan baby.



RESEPI BUBUR NASI (7 bulan )

Bahan-bahan ;
1/2 cawan beras
3-4 cawan air (ikut kepekatan bubur)
1/2 cawan lobak merah dipotong dadu)
1/2 potong ikan tenggiri (1 potong ikan tenggiri sederhana besar dibahagi 2) -dicincang / blender
2 sudu besar minyak masak / olive oil


Cara-cara :

1) Rebus beras bersama air sampai jadi bubur - kalau tak tak cukup, tambah lagi
2) Rebus lobak merah sekejap
3) Bila nasi dah jadi bubur, campurkan lobak merah, ikan tenggiri dan minyak masak tadi.
4) Blender semuanya

Waktu ni ummi dah tak tapis bubur, tapi ni bergantung kepada baby masing2.



Nota :

1) Beras yang ummi gunakan ialah Beras Basmati Kashmir, keluaran Faiza

2) Setiap menu baru yang diberikan kepada baby seharusnya diberi selama 3-4 hari berturut, sekiranya tidak ada tanda2 alahan, so bolehlah diteruskan

No comments:

Post a Comment