Penolakan susu badan berlaku dalam tempoh penyusuan dan bukan dalam proses bercerai susu. Baby agak2 mogoklah tak nak susu badan. Melalui pengalaman dan pembacaan ummi, antara punca2 berlakunya penolakan susu badan ialah :
- Posisi mulut baby & puting tidak betul yang mana menyebabkan baby tidak selesa untuk menyusu. Senang cite, baby tak rasa puaslah nak menyusu.
- Baby mengalami sakit mulut (biasanya putih2 kat lidah & sekitar mulut baby - org tua2 kata kulat susu)
- Baby tak selesa kerana tumbuh gigi
- Selsema atau hidung tersumbat & batuk. Kalau anak2 kena selsema memang risau sangat, takut2 baby reject susu badan.
- Keadaan sekeliling yang bising atau terlampau terang. Baby tak concentrate nak menyusu lah, banyak sangat gangguan. Baby pon tau nak "peace" tau....
- Bila air susu laju sangat. Ini berlaku bila baby dah terlalu selesa dengan aliran air susu melalui botol susu (pemberian EBM waktu ibu bekerja)
- Gangguan makhluk halus. Tak percaya???... percaya lah, benda2 ghaib ni kan memang wujud.
- Berlaku perubahan pada rasa susu ibu. Biasanya disebabkan oleh pemakanan ibu atau kedatangan haid atau pon ibu hamil lagi...
So, bila berlaku perkara2 di atas, apa yang boleh para ibu lakukan ialah (ikut turutan masalah di atas )
- Cuba belajar cara betulkan posisi baby, mulut baby, puting ibu agar baby berada dalam keadaan yang sangat selesa untuk menyusu. Kalau tak pon cuba berjumpa dengan pakar laktasi.
- Berjumpa dengan doktor untuk mengetahui samada baby ada alami apa2 jangkitan. Kalau tak pon , kalau kita nampak ada putih2 kat lidah dan mulut baby, ambil kapas dan basahkan dan sapu kat mulut baby yang ada putih2 tu.
- Boleh lah bagi babybite untuk hilangkan gatal gusi baby.
- Ni memang susah sikit lah, apa yang biasa ummi buat, offer puting masa baby mengantuk atau sedang tidur. Setakat ni Al-Hamdulillah memang baby akan terima dan memyusu dengan tenang.
- Cari tempat yang sesuai dan jauh dari kebisingan. Kalau anak sorang bolehlah, bila dah 2, si abang dia mesti bising lah. Mula2 tu memang baby akan terganggu , tapi lama2 dia akan boleh terima, tapi jangan lah terlampau bising pulak.
- Jangan sesekali skip pengepam air susu, bila baby dah tak nak direct sudah semestinya susu akan membengkak, so jangan lupa pam bagi memastikan pengeluaran susu ibu sentiasa maintain dan bagi mengelakkan air susu mengalir laju sgt bila baby menyusu
- Bolehlah amal2 surah2 tertentu seperti Al-Fatihah & Tiga Qul. Biasanya berlaku pada awal2 kelahiran. Muhaimin pon dulu kena, terpaksa pergi berubat dengan ustaz.
- Dah tau baby menyusu tu, so kena lah kontrol2 sikit pemakanan, tapi kalau dah pregnant tu tak leh nak kata apa lah.. he he
Berikan sentuhan kulit dengan kulit yang kerap (cuba menyusu tanpa memakai baju atau semasa memandikan baby). Kain atau alat pendukung baby boleh membantu anda berkedudukan rapat dengan baby semasa tidak menyusunya.
Apa yang penting, kita sebagai ibu kena banyak bersabar dan berdoa moga2 kita berjaya menyusukan anak kita sehingga dia berusia dua tahun. Anggaplah apa saja masalah yang timbul sepanjang tempoh penyusuan itu sebagai salah satu ujian dari Allah dan sebagai ganjaran dari Allah untuk kita meraih pahala dari-Nya......sesuatu yang mudah itu terlalu mudah kita lupakan, tapi sesuatu yang sukar tu akan kita kenang sampai bila2....
info yg sangat berguna..thanks for sharing..
ReplyDelete