Wednesday, May 4, 2011

Are you ready my son??????

Sedar tak sedar dah 2 tahun 7 bulan pon usia anak bujang ummi....terlalu banyak perkembangan dan peralihan yang berlaku sampaikan kita tak sedar pon.... sedar2 mereka dah boleh berlari, dah pandai pakai baju sendiri, dah pandai makan sendiri....dan yang mencabarnya..dah pandai buka pampers sendiri...hu hu....


Al kisahnya, dua tiga minggu lepas Muhaimin kena ruam agak teruk juga lah kat celah2 peha dia, mula2 tu letak bedak ( bedak tepung jagung), letak minyak gamat....berkesan tapi ambil masa lama sikit nak sembuh. Disebabkan tak tahan mata ni tgk merah2 kat area tu, so ummi pon bawa dia gi klinik, doktor bekalkan ubat sapu. Al-Hamdulillah berkesan....


So bertitik tolak dari kes ni, ummi rasa dah tiba masanya untuk Muhaimin menjalani 'Potty-Training"....

Bagi ibu2 yang bekerja usaha ni mungkin akan mengambil tempoh yang agak lama, bergantung kepada anak2 kita lah, kecuali ibu2 yang sanggup amik cuti lebih kurang seminggu-dua untuk jalankan latihan2 ni...

Bagi ummi, bukan tak sanggup nak amik cuti...tapi cuti dah nak habis...hu hu..tinggal stok untuk cuti raya je & 2-3 hari untuk EL.....


Sebelum menjalankan latihan , ummi buat lah sikit pencarian apa tu "potty-training", macammana?, bagaimana?bila?..dan macam2 lagi persoalan....cari punya cari akhirnya ummi jumpa web http://anakkusoleh.com yang boleh kita jadikan panduan dalam menjayakan potty-training ni.. dalam anakkusoleh ni dia tetapkan target untuk berjaya dalam masa 30 hari....ada 4 bahagian & untuk maklumat lanjut boleh klik sini anakkusoleh


Secara ringkas lah ummi cite ...


Sebelum memulakan Potty Training :

1) Tetapkan matlamat : Potty Training Berjaya Dalam masa 2 bulan

2) Kerjakan solat sunat 2 rakaat, mohon Allah permudahkan urusan kita dalam melatih anak ke tandas

3) Kerjasama dengan orang sekeliling - Suami / adik beradik / nenek / atuk..

Dalam kes ummi , ummi mulakan kat rumah dulu, so ummi dah bincang dgn suami untuk mulakan potty training untuk Muhaimin, so ummi dan Abi kena faham lah..kat rumah babysitter masih gunakan lagi pampers (atas sbb2 tertentu)

4) Kena clearkan semua alas2, tikar dan apa2 yang patut untuk mudahkan kita melakukan pembersihan bila2 mana anak kita terkucil kat seluar


Semasa Potty Training dijalankan

1) Menanggalkan pampers / lampin

Ummi akan cakap dan pesan kat Muhaimin.." Muhaimin kalau nak kencing cakap dgn ummi tau, kata ummi...Muhaimin nak kencing'...ummi akan ulang sebanyak 3 kali

2) Mengatur waktu ke tandas

Tetapkan masa untuk bawa anak ke tandas untuk buang air, masa ada setiap 15 minit, 30 minit, 60 minit..ni bergantung kpd anak anda

Walaupon dia tak buang air , tak mengapa. Tapi pastikan basuh/jirus air kat tmpt tuut...sekalipon dia tak buang air

3) Berikan ganjaran

Selalunya bila mana Muhaimin berjaya buang air kat tandas, ummi akan cakap "macam tu lah bijak anak ummi" dan ummi akan cium pipi dia..so dia akan rasa seronok...


Perkara penting sebelum dan semasa proses training berjalan

1) Tahap kesabaran yang tinggi perlu ada

2) Yakin yang anak kita boleh lakukan

3) Jangan putus asa atau mengeluh bila mana tiap kali kita gagal

4) Jangan putus2 berdoa dan mohon dengan Allah


Tiap apa yang kita lakukan dengan niat yang baik & Lillahi Taala..Insya Allah akan dipermudahkan oleh-Nya..apa yang penting istiqamah dan jangan sesekali putus asa

No comments:

Post a Comment