Monday, May 9, 2011

Berat badan baby tak naik2..apa perlu dibuat??

Hari Sabtu lepas pegi bawa munirah jumpa paed untuk vaccination seterusnya (umur setahun vaccination untuk penyakit cacar dan campak).

Setakat ni Al-hamdulillah, tahap kesihatan anak ummi semuanya baik, Cuma yang membimbangkan ummi ialah berat badan dia tak naik2……sebelum ni dia memang kuat menyusu, kuat makan…tapi bila dah masuk usia setahun ni, dia dah mula memilih makanan dan makin kurang makan sbb aktif bermain...
Sebelum jumpa paed lagi ummi dah dapat rasakan yang paed pasti kan bangkitkan isu ni.. Masuk je bilik paed, seperti yang dijangkakan itu lah soalan pertama yang paed tanya…macam2 lah soalan yang ditanya. Antara :



  • Kenapa berat anak puan tak naik?

  • Macammana dengan penyusuan & pemakanan anak puan?

  • Anak puan menyusu susu apa? Berapa oz sehari anak puan minum?

  • Berapa kali sehari anak puan makan?

  • Anak puan makan apa?

  • Banyakkah anak puan minum air lain selain dari air susu ?

macam2 lagi lah….untuk pengetahuan paed yang ni mmg agak detail dan bagus lah service dia sbb tu nak jumpa dia pon terpaksa menungu sampai dua jam sbb ramai sgt orang….
Memandangkan Munirah masih lagi meminum ASI sepenuhnya, so paed cadangkan dan bekalkan ummi untuk tambahkan "Human Milk Fortifier" kedalam EBM untuk meningkatkan kalori dalam ASI sekaligus membantu dalam meningkatkan berat dan pertumbuhan baby….nak tau lanjut boleh klik sini...Sekotak ada 100sachet dan harganya agak mahal dalam seratus lebih sekotak.
Paed bagi ummi cuba untuk 2 bulan dan tengok perkembangan Munirah selepas 2 bulan, kalau masih tiada perubahan, paed kata kena buat "investigation"...ngeri je dengar, yang tak bestnya kena duduk kat hospital sbb kena ambik darah, air kencing untuk buat ujian tu..hu hu...ummi skrg ni memang pening2 sgt memikirkan hal ni....


Ummi berdoa dan berharap2 sgt supaya Munirah tak perlu menjalankan semua prosedur ni….sekrg ni tgh berusaha untuk bagi apa2 yang boleh naikkan berat badan dia….ibu2 yang lain ada pandangan ke?

2 comments:

  1. saya pernah baca cara nak lebihkan kandungan lemak dalam susu ibu..tapi utk susu perahan la. kan susu tu bila dibiarkan portion yg lemak akan timbul kan.ambik bahagian yg lemak tu gabungkan dengan susu lain. so that lemak lebih. tapi susu yg dah takde lemak tu campur je la dalam makanan sbb nak bagi pun da kurang khasiat lemaknya..

    selain dari tu cuba bagi calorie dense food. google resepi yg sesuai.anak saya pun ada masalah underweight.dia susah nak makan. risau kan..

    ReplyDelete
  2. Thank a lot Rai sbb bagi pandangan..mmg risau sgt, skrg ni tgh cari macam2 petua lah ....

    ReplyDelete