Tuesday, April 12, 2011

ADMITTED - untuk kali kedua (Part III - Akhir)

Part akhir???? harap2 ni lah kali terakhir anak ummi kena tahan kat ward.....



Hari Ketiga (9 March 2011)



Pagi ni paed datang, tgk muka paed pon ummi dah tau ...mesti ada something ni....memandang demam Muhaimin tak de perubahan, so paed kata tak de pilihan melainkan masukkan ubat (antibiotik) kat tangan...ummi nak kata apa, kalau itu yang terbaik untuk Muhaimin....ummi setuju lah...



So ummi pon dukunglah Muhaimin ke bilik rawatan... dia tgk je begitu ramai nurse, terus nangis melalak..Badan Muhaimin dibungkus dan dipegang oleh dua org nurse untuk elakkan dia menendang dan untuk elakkan tersalah cocok masa paed jalan prosedure...mmg dia menangis sekuat2nya masa..sampai last sekali dia dah penat nangis , dia cuma mampu pandang muka ummi sambil air mata dia mengalir....masa tu lah paed dapat kesan banyak kahak kat paru2 dia...malam2 sebelum tu mmg perasaan pon sbb kalau dia tido mmg berbunyi nafas dia...


So lepas dah selesai prosedure memasukkan jarum kat tangan dia, paed suruh bagi nebulizer pulak...he he...nangis lagi, sepanjang nebulizer tu dia meraung ...nak buat cam mana sayang..ummi nak Muhaimin sihat je.....



Lepas tu baru sambungkan antibiotik kat tangan dia, nasib baik sekejap je, dah sudah tu...dengan muka sedih dia, dia minta ummi buka kan jarum kat tangan dia...." tak boleh lah sayang....."



Lepas je insiden2 ni berlaku, tiap kali nurse datang nak bagi ubat ke, nak periksa suhu ke, paed datang ke...dia akan meraung...hu hu..memang menguji kesabaran betul.....



Petang tu Abi datang, Abi kata esok dia ganti jaga Muhaimin... Al-Hamdulilah, bolehlah ummi tido dgn Munirah....balik rumah ptg tu terus amik Munirah...



Sblm Abi & Muhaimin pg balik hsptl malam tu, byk kali ummi ingatkan suruh tgk2 Muhaimin kalau dah kul 3-4 pagi.....



Hari Keempat (10 Mac 2011)



Hari ni ummi keje, sblm bertolak telepon Abi, tanya keadaan Muhaimin..Al-Hamdulillah, dia langsung tak kena demam dah....mmg kena bagi ubat ikut injection juga lah...



Sepanjang jari tu, mood dia ok lah sbb Abi yang jaga, cuma tu kadang2 lah Abi kata betul2 menguji kesabaran nya sebagai seorang ayah....biasa lah, nampak je nurse ke paed ke mesti nangis, bagi ubat nangis, bagi nebulizer nangis.....



So ptg, macam biasa lah diorang dua beranak balik rumah..boleh lah Muhiamin main dgn adik dia kejap......



Hari kelima (11 Mac 2011 )



Macam semalam, sebelum bertolak ke tempat keje, ummi akan call tanya keadaan anak ummi...Al-Hamdulillah, beransur pulih, tapi ubat mesti maintain lagi....



Jam 11 pagi Abi call, Muhaimin dah boleh kuar hsptl....Al-Hamdulillah, tak de apa yang dapat menggembirakan hati ibu bapa bila tau anak2 kita selamat , sihat wal afiat....


Ummi balik petang tu, tgk lah ubat2 yang di bekalkan...mak ai banyak juga.


"Ya Allah , syukur pada-Mu kerana makbulkan doa hamba-Mu.."






3 comments:

  1. semoga cepat sembuh yer Muhaimin.. :)

    ReplyDelete
  2. Thnak Nina & Azrine, Al-Hamudulillah dah semakin sembuh cuma kena sentiasa monitor

    ReplyDelete