Wednesday, April 20, 2011

RESEPI BABY - Part III & Tips penyediaan makanan bayi

RESEPI BUBUR NASI (9 bulan - 12 bulan)


Untuk resepi sebelumnya boleh klik Part I dan Part II


Bahan-bahan A :

1/2 cawan beras

3-4 cawan air (ikut kepekatan bubur)

1/2 kentang dipotong dadu


Bahan-bahan B :

1/2 biji bawang besar (holland) di potong dadu

1 ulas bawang putih

1/2 cawan lobak merah dipotong dadu

1/2 cawan brokoli / bayam

1/2 cawan isi ikan tenggiri atau daging ayam (potong kecil2)

2 sudu besar minyak masak / olive oil


Cara-cara :

1) Rebus beras dan kentang bersama air sampai jadi bubur - kalau tak tak cukup, tambah lagi

2) Tumis bawang putih dan bawang besar

3) Masukkan ikan @ ayam dan lobak dan tumiskan sebentar

4) Masukkan sedikit air dan biarkan mendidih

5) Bila ikan @ ayam dah lembut masukkan brokoli @ bayam

6) Biarkan mendidih, bila dah masak matikan api dan sejukkan

7) Bila dah agak2 sejuk, bolehlah dikisar. Terpulang samada nak kisar halus atau kasar2

8) Kemudian, bila nasi dah jadi bubur bolehlah masukkan bahan yang dikisar tadi.


TIPS :

Untuk menjimatkan masa menyediakan bubur, Bahan2 B bolehlah kita buat lebih untuk 2-3 kali masak, bila dah siap kisar masukkan kedalam bekas kecil dan simpan katdalam freezer. So next time kalau nak masak, cuma masakkan nasi je dan masukkan bahan yang disejuk bekukan. Tapi pastikan kita labelkan dan gunakan sekurang2 dalam tempoh 2 minggu sahaja.


1 comment: