Semalam ummioked dapat email dari upline HPA berkenaan dengan SERANGAN JANTUNG.. So, ummioked nak kongsi dengan semua... semoga anda mendapat manfaat dari perkongsian ini..
Sebelum tu ummioked nak cite cara pencegahan serangan jantung dengan pengamalan Madu Cuka Nipah HPA
Kelebihannya:
Mempunyai kesan enzim yang dapat menghilangkan lebihan lemak di dalam badan
Membakar plak di jantung
Kalium, bahan mineral yang terdapat dalam cuka serta madu dapat meredakan gejala penyakit arthritis.
Mencegah penyakit ulcer yang disebabkan oleh bacteria Helicobacter pylori.
Mengurangkan kadar serotonin didalam otak yang mengurangi aktiviti otak
Menurunkan kolestrol
Cara amalan:
Diminum dengan mencampurkan 2 atau 3 sudu Madu Cuka Nipah bersama segelas air suam. Di minum pada waktu pagi (SELEPAS SARAPAN) dan sebelum tidur (SELEPAS DINNER). Madu cuka nipah diambil SELEPAS MAKAN dan bukannya sebelum makan.
Tidak ada herba sekuat cuka madu yang dapat mengeluarkan PLAK di DINDING ARTERI bagi mengelakkan SERANGAN JANTUNG.Apa kata anda hadiahkan Madu Cuka Nipah kepada diri anda atau orang yang anda sayang (ibu, bapa, mertua atau sedara mara).
p.s: Teringat saya beberapa berita kematian mengejut selebriti tanahair seperti arwah Hani Mohsin dan Shamrin (Fotograf) yang antara penyebabnya ialah serangan jantung. Oleh itu, cegah dan jaga jantung kita sebaik-baiknya. Madu Cuka Nipah adalah antara produk terbaik untuk mencegah serangan jantung. Sayangi jantung anda.
--------------Artikel : SERANGAN JANTUNG-----------------------
Apa yang dimaksud Serangan Jantung ?
Serangan jantung terjadi ketika aliran darah ke suatu bahagian otot jantung terhalang. Jika aliran darah tidak boleh diperbaiki dengan cepat, bahagian dari jantung tersebut akan rosak kerana kekurangan oksigen dan boleh mengakibatkan kematian.
Serangan jantung adalah pembunuh utama baik terhadap lelaki mahupun wanita. Sekarang banyak cara penyembuhan serangan jantung yang boleh menyelamatkan nyawa dan mencegah kecacatan. Rawatan sangat efektif jika dimulakan dari 1 jam setelah awal gejala.
Serangan Jantung sering terjadi kerana sebuah keadaan yang biasa disebut Coronary Artery Disease (CAD). Pada keadaan CAD, sekumpulan lemak yang disebut plak berkumpul selama bertahun-tahun pada bahagian dalam arteri koroner (bahagian arteri yang menyalurkan darah dan oksigen ke jantung). Pada akhirnya, kawasan plak tadi berkumpul dan menghalang aliran darah.
Sewaktu terjadi serangan jantung, jika halangan pada arteri koroner tidak di rawat dengan segera, otot jantung akan mula mati dan digantikan dengan bekas luka. Kerosakan pada jantung ini tidak disedari, tetapi akan menjadi masalah secara perlahan-lahan.
Beberapa masalah yang boleh dikaitkan dengan serangan jantung adalah gagal jantung dan life -threatening arrhythmias (detak jantung tidak normal). Gagal Jantung adalah sebuah keadaan dimana jantung tidak dapat mengepam darah yang cukup ke seluruh tubuh.
Tindakan cepat terhadap tanda-tanda serangan jantung akan menyelamatkan nyawa anda dan mengurangi bahaya terhadap jantung anda. Rawatan yang efektif adalah satu jam awal gejala serangan.
Tanda-tanda dan gejala yang biasa terjadi sebelum serangan jantung adalah :
1. Rasa sakit pada dada, rasa seperti tertekan, seperti diramas, sakit pada daerah tengah dada yang bisa terasa kuat atau ringan. Rasa sakit ini terjadi beberapa minit kemudian hilang dan kembali lagi.
2. Rasa nyeri di salah satu atau ke dua tangan, pungung, leher, rahang atau perut.
3. Pernafasan terasa pendek yang berlangsung saat rasa sakit didada atau setelahnya.
4. Tanda lainnya termasuk nausea (rasa sakit di perut), pening atau pengsan, sering berpeluh sejuk.
Jika anda atau orang terdekat anda ada yang mengalami gejala sakit jantung, lakukanlah seperti berikut :
1. Telefon ambulan dengan segera.
2. Jika gejala hilang dalam waktu kurang dari 5 (lima) minit, segera hubungi doktor anda.
3. Usahakan menggunakan ambulans ke hospital kerana di dalam ambulan biasanya terdapat peralatan pertolongan cemas terhadap serangan jantung.
Setiap tahun sekitar 1.1 juta orang di Amerika terkena serangan jantung, dan sebahagian meninggal dunia. Serangan Jantung adalah pembunuh utama baik lelaki mahupun wanita di Amerika. Jika anda merasakan gejala seperti diatas, segeralah melakukan berbagai pencegahan dan perawatan. Serangan jantung dapat membunuh hanya dalam waktu kurang dari satu jam.
No comments:
Post a Comment