Memang mencabar betul kalau dah anak dua2 tak sihat, kalau sorang je yang tak sihat ok lagi, kalau dah dua2 memang menguji kesabaran ummi..
Plan hari Sabtu lepas nak bawa Munirah pg cocok 6 bulan. Tup-tup, Jumaat malam tu si abang pulak batuk teruk dan demam panas. Memang tak lena dia tido. Muhaimin ni kalau dah batuk memang mintah lah, tu yang tak tahan. Kalau dia dah start batuk tu memang kena standby lah bekas muntah dia, kalau tak habis lah semua tempat tido, especially kalau dia baru lepas menyusu, memang keluar habis.
Pagi Sabtu tu bawalah dua2 sekali jumpa Dr. Azam. Sampai hospital dah kul 11, tgk giliran no.21, baru panggil no. 7..mak aiiii, lama lagi...tak pe lah kena lah tunggu, nasib baik Munirah diam je, yang kesiannya Muhaimin lah. Masa jumpa Dr. tu Muhaimin tido, so Dr. checklah dada dia, ada bunyi kat paru2 dia, so kena buat nebulizer...actually cuma oksigen je, tak sakit apa pon..cuma dia tgk alat sedut tu, so dia jadik takut..memang jenuh jugak pegang badan dan kepala dia, sepangjang nurse on kan oksigen tu dia nangis meraung2 dan menggigil, kesian tengok dia pon ada , tapi nak buat camna...nak cepat baik, kalau tak lagi teruk dia sakit...
Malam tu Munirah pulak start demam...demam sebab cocok kot, tapi Dr. kata paru2 dia pon ada bunyi, ada lendir sikit, so Dr. bekalkan ventolin sama macam Muhaimin...cumanya Munirah tak banyak meragam
Ahad pon masih sama, masih demam dan batuk lagi...dan akhirnya ummi n Abi pon terpaksalah cuti semalam sebab nak jaga budak2...masalah dia Muhaimin ni takut nak makan ubat...letih lah ummi tgk dia, kena paksa jugak..nak buat cam mana..dah tak de pilihan, terpaksalah berkeras...hari ni, Muhaimin dah beransur pulih kecuali batuk cumanya dia dah tak nangis kalau batuk..Munirah pulak pagi tadi hantar kat baby sitter masih panas...harap2 anak2 ummi semuanya cepat sembuh....
No comments:
Post a Comment