Wednesday, December 29, 2010

Peransang Bagi Wanita yang bersaiz XL..seperti ku

Hari ni saja2 google and webwalking...terjumpa satu forum ni yang ummioked rasa memang bagus punya ayat dan sebagai peransang bagi ibu2 yang menyusukan bayi yang ingin kelihatan langsing menarik...

From: Winda Ibahim
To: ibu@yahoogroups. comSent: Fri, May 7, 2010 10:57:40 AM
Subject: Re: [ibu] Stress - - pasal berat badan

lagi satu, cuba pakai bengkung ... try beli yang jenis velcro boleh zapp-zapp ajer dan pakai kat rumah masa buat kerja rumah .... dan kalau ke ofis, beli jenis girdle yang ada zip di depan, jenis Audrey, dalam harga RM70 sahaja, saya pakai dan rasa selesa sangat ... nampak la perut yang menggelember ni slim sikit ... hehehhe ... lepas bersalin ni, saya belum berani buat senaman yang kuat-kuat, buat ala kadar ajer dulu ...

yang penting jangan dengar cakap orang, memang kecik hati bila orang kata 'ehh dah berisi .. ehh sihatnya .. ehh semangat badan ekk ... '

nak wat camne ... terima ajer dengan hati yang terbuka walau dalam hati kita kecewa ...

memang rasa ralat bila nak beli baju kena cari size XXL atau Queen Size ... tapi kita kena bersyukur sebab cukup makan dan pakai, diberikan anak2 yang sihat dan suami yang penyayang ...

ada yang kurus, molek dan cantik, tapi dalam hati gundah gulana sebab masalah timbul di sini dan di sana ...

so ada baiknya kita fokus one subject at a time...

cuba kawal makan, makan sebiji epal hijau setiap hari .. kata orang boleh kawal selera ...

lepas tu beli mini stepper ...naik sambil tengok tv ...

lepas tu beli kasut sukan yang cantik, selesa dan boleh dwi-pakai .. walking shoes macam Reebok for women .. ini boleh boost kita punya semangat nak bersenam ...

ada anak kecil, bekerja pulak di siang hari, dah tentu balik kerja kita penat, letih dan takde mood nak bersenam, tapi ambiklah masa sikit utk buat senaman ringan ... lama2 bila dah jadik rutin mesti kita akan dah jadik terbiasa untuk melakukannya ....

dapat turun 1kg sebulan pun dah kira cukup bagus ... kena cuba sikit demi sedikit ...


Ummioked tertarik dengan ayat yang color merah tu....so, bagi ibu2 yang bersaiz XL (macam aku jugak) jangan runsing sgt pasal berat dan potongan badan..yang penting ada suami disisi yang dan anak2 yang sayangkan kat kita...Biarlah canteek kat mata suami cukuplah...cuma tu sesekali minta lah pandangan suami tentang penampilan kita....

Monday, December 27, 2010

Andai Dinda Pergi Dulu......

Pagi2 Sabtu lepas Abi dapat sms dari kawan dia, officemate Abi pulang kerahmatullah...Inna Lilla Wa Inna Ilaihi Raa Ji un..... akhirnya dia dijemput Illahi setelah bertarung beberapa bulan akibat kanser tulang. Takziah buat keluarga Allayarham....

Yang buat ummioked sedih ni sbb anak2 dia masih kecil lagi, yang bongsu tak sampai setahun pon umur dia, dan yang sulung dalam 3-4 tahun kot. Terlalu kecil untuk mengerti dan memahami erti pemergian seorang Ayah. Tu yang membuatkan ummioked dok termenung memikirkan apa yang akan jadi dgn anak2 ummioked sekiranya salah sorang atau kedua2 kami dijemput Illahi...kita redha dengan ketentuanNya tapi rasanya belum bersedia bila memikirkan anak2 yang masih kecil....setiap kali teringat kan benda ni pasti air mata jatuh kebumi....

Pernah terlintas tak kat fikiran korang benda ni...kadang2 memang nak buat persediaan macam buat wasiat awal, tulis lah kat mana2 apa yang perlu disettlekan oleh orang terdekat bila kita tiada nanti...tapi takut sgt bila ...... benda2 lain tak kisah lagi, tapi bila masuk bab anak2 ni, tu yang tak leh tahan.....bila teringat diorang manja dgn kita lagi lah..."Ya Allah, Engkau tabahkan lah hati ni dan berikanlah aku kekuatan untuk aku menerima apa saja ujian dari-Mu"....

Andai saya pergi dahulu..Bapa & mak
Maafkan saya..ampuni dosa saya..redhailah hidup dan apa yang telah saya lakukan.Halalkan makan minum saya..maaf kerana tidak sempat menunaikan janji dan tidak sempat membalas jasa kalian.Terima kasih kerana mendidik saya menjadi manusia.Terima kasih kerana memberi pelajaran kepada saya.Terima kasih kerana mengajar saya untuk menempuh kehidupan ini dan terima kasih kerana menyayangi saya
Andai Dinda pergii dahulu Kanda..
Terima kasih kerana menjadi teman hidup Dinda selama ini.Terima kasih kerana sanggup berkorban dan bersusah payah dengan Dinda selama ini.Terima kasih kerana menjadi Suami yang Soleh.Terima kasih atas segalanya yang telah diberikan kepada Dinda.Maafkan Dinda atas kesalahan Dinda selama ini.Ampuni segala dosa Dinda terhadap Kanda.Apa yng terjadi tidak pernah mengurangkan kasih dan sayang Dinda pada Kanda malahan ia menguatkan lagi kasih sayang antara kita.Maafkan Dinda kerana tidak mampu memberikan kemewahan dunia.Maafkan Dinda jika Dinda tidak mampu untuk menjadi isteri yang sempurna. InsyaAllah kita jumpa di syurga nanti..
Kanda jangan lupa nanti:
1) Doakan & sedekahkan Al-Fatihah buat dinda setiap lepas solat Kanda
2) Jaga anak2 kita dgn baik sepertimana kita berdua menjaganya. Jangan biarkan mereka membesar dgn orang lain. Sekiranya Kanda tak mampu , Dinda mohon mereka dijaga oleh saudara Dinda (Mak @ adik beradik dinda). Hanya mereka yang dinda harapkan selepas Kanda.
3) Jelaskan hutang Dinda
a) Zakat / Haji
b) Kredit kad
c) Perseorangan

Andai Ummi pergi dahulu anak-anak yang disayangi
Muhaimin & Munirah, kalian adalah permata yang amat berharga bagi Ummi.Lahirnya kalian penyeri yang seri bersinar.Jadilah anak yang soleh dan solehah dapat mendoakan Ummi dan Abi suatu hari nanti.Belajarlah bersungguh-sungguh untuk masa depan.Ilmu itu menjadikan seorang itu bernilai dan berharga.Jadilah hamba Allah yang taat pada perintahNya.Jadilah hamba Allah yang memenangkan agamaNya.Abi dan Ummi pasti bangga dengan kalian.Maafkan Ummi jika tidak sempat melihat kamu membesar.Maafkan Ummi jika tidak sempat mendidik kamu dengan sempurna.Yang pastinya kalian amat Ummi sayangi
Andai saya pergi dahulu..saudara2ku
Terima kasih atas bantuan kalian selama ini.Terima kasih atas nasihat selama ini.Terima kasih atas segalanya.Saya bangga mempunyai saudara kandung seperti kalian.Andai saya pergi dahulu sahabat2kuTerima kasih kerana menjadi sahabat yang baik untukku.Terima kasih kerana banyak menegurku.Terima kasih kerana banyak mengajar aku erti perjuangan.Teruskan perjuangan kalian.Terasa amat singkat merasakan nikmat berjuang bersama kalian.Teruskan perjuangan ini yang banyak memberi kesedaran kepada orang lain dan diri kita sendiri.Maafkan aku atas segalanyaAndai aku pergi dahulu...maafkan aku atas segalanya

Friday, December 24, 2010

50 Bloggers Diperlukan II

Hari ni jalan2 kat ini...terjumpa pulak entry pasal 50 bloggers diperlukan II. So since ummioked ni agak terhad masa nak blogwalking, so ummioked rasa ni lah cara yang terbaik untuk ummioked tambah kenalan dan mengembangkan sayap blog ni..he he....

ummioked nak share dgn - Mommalydzar & Ayu

Member2 lain pon boleh join. Kalau nak tau lebih lanjut - just klik sini

Thursday, December 23, 2010

Selsema/Batuk vs Penyusuan @ breastfeeding / pregnancy

3 hari lepas ummioked kena selsema yang teruk sangat2.(refer entry ni)....Hari Selasa pegi klinik dapat MC 2 hari ...hari ni go kerja jugak walaupon batuk ni teruk sangat, kadang2 tu nak bercakap pon susah...

Nak dijadikan cite, setiap kali ummioked pg klinik, mmg akan bagitau doktor yang ummioked still breastfeed, dan doktor akan bagi ubat yang selamat (tak mengantuklah).. Selalunya doktor akan bekalkan;

a) deman - uphamol 500 - satu biji 4 kali sehari (6 jam sekali)
b) selsema - Clarinase - 1 @ 2 biji sehari
c) Batuk - Tussidex Forte - 1 Sudu Besar 3 kali sehari
d) Antibiotic - Beamoxy 250 2 biji 3 kali sehari

Ummioked sebenarnya was2 jugak dgn ubat2an , selalunya kalau boleh tahan mmg tak amik pon ubat. Tapi ni dah teruk sgt, nak tak nak terpaksa amik. SO ummioked buat research setaip ubat yang dibekalkan.

a) Uphamol 500
Using during pregnancy and breastfeeding Paracetamol crosses the placental barrier. So far, no observed adverse effects of paracetamol on the fetus in humans.Paracetamol is excreted in breast milk: the content in milk was 0.04-0.23% of the dose adopted mother.If necessary, use of paracetamol during pregnancy and lactation (breastfeeding) should carefully weigh the potential benefits of therapy for the mother and the potential risk to the fetus or child.In experimental studies found no embryotoxic, teratogenic and mutagenic action of paracetamol.
(Komen : Kena stop amik lah sbb kurang kuantiti air susu)

b) Clarinase (Content : loratadine and pseudoephedrine )
Use in pregnancy & lactation: Safe use of Clarinase during pregnancy has not been established. Therefore, it should be used only if the potential benefit justifies the potential risk to the fetus.
Since loratadine and pseudoephedrine sulfate are excreted in breast milk, a decision should be made whether to discontinue nursing or to discontinue the use of Clarinase.
sumber :http://www.mims.com/Page.aspx?menuid=mng&name=Clarinase+tab&brief=false&CTRY=ID

Pseudoephedrine and triprolidine are excreted in breast milk in small amounts but the effect of this on breastfed infants is not known. It has been estimated that 0.5-7% of a single dose of pseudoephedrine ingested by a mother will be excreted in breast milk over 24 hrs. It is not known whether dextromethorphan or its metabolites are excreted in breast milk.
sumber : http://www.asthma-acm.com.my/CC_drugS_detailresult.cfm?id=Actifed%20DM%20linctus
(Komen : Kena stop amik lah sbb kurang kuantiti air susu)

c) Beamoxy (content : Amoxicillin Trihydrate )
Using during pregnancy and breastfeeding amoxicillin crosses the placenta, in small amounts excreted in breast milk.If necessary the use of amoxicillin during pregnancy should carefully weigh the potential benefits of therapy for the mother and the potential risk to the fetus.With careful use amoxicillin during lactation (breastfeeding).
http://drugs-about.com/drugs-b/beamoxy.html

Overall : Kena berhati2 lah amik chemical medicine lepas ni...mungkin patut beralih kepada yang semulaji lah....so far ummioked amik Vitamin C je.....

Period vs Breastfeeding....pernah alami tak?

Sebenarnya ada sesuatu yang merisaukan ummioked sejak akhir2 ni...ingat tak lagi entry pasal pengeluaran air susu yang mengalami kemeruduman...???? ....sbb time tu ummioked dah start datang bulan....tapi yang menjadi kemusykilan sekarang ni, bulan ni dia tak datang????kenapa yek?...normal ke???

Actually, wanita yang meyusukan anak selalunya akan lambat dapat haid yang mana ianya dikategorikan sebagai “Secondary Amenorrhoea” iaitu ketiadaan Haid disebabkan perkara lain yang berlaku bukannya secara azali/semulajadi. Menyusu badan secara teratur setiap hari menggalakkan perembesan hormone Prolaktin dari otak/pituatari yang berfungsi merencatkan penghasilan hormone seks perempuan iaitu LH,FSH,Oestrogen dan Progesteron.
Ketiadaan atau kekurangan hormone seks ini menyebabkan penebalan rahim/uterus tidak berlaku dan telur/ovum dari kilang telur tidak terhasil. Tiadanya pengeluaran telur dari Ovari dan tiadanya penebalan uterus/rahim menyebabkan Haid tidak berlaku seperti biasa. Penyusuan badan oleh itu bolehlah juga dianggap sebagai salah satu cara untuk pencegahan kehamilan secara semulajadi. Biasanya Haid akan teratur semula dalam tempuh 3 bulan setelah berhenti menyusu badan ,mungkin bila anak berumur 2 tahun nanti.
Tapi dalam kes ummioked ni, dah datang bulan lepas, bulan ni tak pulak...boleh ke jadi macam ni?risau ni.....

Monday, December 20, 2010

Faedah AIR SUSU IBU - jgn bosan mengulangnya

Satu lagi artikel yang amat baik untuk dikongsi bersama utuk para IBU2....walaupon nampak macam kuno dan berulang2 tapi isinya amat padat dan bermanfaat.....

Faedah SUSU IBU
oleh: Uwais al-Qarani @ Izat Tarmizi Ismail

Islam menggalakkan supaya setiap bayi diberikan susu ibu sejak bayi dilahirkan lagi. Allah menjelaskan dalam surah al-Baqarah ayat 233 yang bermaksud , "Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap,iaitu bagi mereka yang hendak menyempurnakan penyusuan itu."

Banyak kajian membuktikan kelebihan susu ibu berbanding susu sintetik/susu buatan dari lembu. Walaupun kajian demi kajian dilakukan untuk menyakan khasiat dengan susu ibu sendiri,tapi susu sintetik ini tidak dapat menandingi kehebatan dan manfaat yang terdapat dalam susu ibu.

Susu ibu adalah makanan yang terbaik sekali bagi pembesaran baik semenjak ia dilahirkan lagi. Begitu agungnya Allah,sebaik bayi dilahirkan, proses pengeluaran susu ibu juga bermula. SubhanaAllah, susu ibu mengandungi khasiat yang betul. Sebaik bayi dilahirkan,susu pertama berwarna kekuningan,ia dikenali sebagai KOLOSTRUM dan mempunyai 3 kali lebih khasiat dan antibodi serta sel darah putih yang tinggi.KOLOSTRUM mampu melawan penyakit dan amatlah rugi bagi ibu-ibu yang tidak menyusukan anak-anak mereka di awal waktu kelahiran. Susu ibu bersih dan dapat menghapuskan bakteria,tambahan pula susu ibu menganduing DHA dan AA(yang seperti kita biasa dengar dalam iklan tin-tin susu). Kandungan DHA dan AA dalam susu ibu adalah yang terbaik berbanding susu buatan.

Faedah Penyusuan Bayi:
1.Kita sering melihat bayi kecil menangis tanpa henti,ini kerana besar kemungkinan pada masa itu perutnya telah kembung. Sekiranya bayi disusui dengan susu ibu selama tiga bulan masalah ini dapat diatasi,Insya-Allah. Selain itu, susu ibu dapat menentang penyakit biasa seperti sembelit,lelah dan ekzema2.

Susu ibu tersedia bila-bila masa dan telah disteril secara neutral dan bebas dari sebarang kuman dan bakteria,walaupun diperam berapa lama dalam badan si ibu,susu ini tidak akan basi

3.Mampu meningkatkan kecerdasan bayi dan penumbuhan sel-sel otak sehingga 10-15 kali lebih cepat berbanding mereka yang meminum susu lembu

4.Mencegah dari penyakit rabun malam

5.Mencegah bayi dari mendapat alahan

6.Menggelakkan taun

7.Menggelakkan jangkitan telinga

8.Susu ibu mengandungi Asid Docosahexanoic dan Asid Arachidonic yang berguna bagi penumbuhan sistem otak dan saraf,dan ini tidak terdapat dalam susu tiruan.

Sekian sahaja ilmu yang dapat saya kongsikan untuk anda semua,mudah-mudahan ilmu yang sikit ini mendapat berkat dan sebarkan demi kebaikan bayi-bayi kita.

Komen : Kalau lah para ibu2 semua tahu dan memahami faedah sebenar susu ibu, mesti tak banyak jual FM kat luar (sbb kurangnya permintaan)

Dugaan yang datang...ku sambung dengan tenang

Lama umioked tak jenguk blog sendiri....
Hari Jumaat lepas ada majlis nikah Adik kandungku...hari Sabtu pulak majlis bersanding..tak sempat nak upload lagi gambar....
Yang kurang bestnya, kami satu family kena serang DBS (Demam / Batuk / Selsema)....mulanya anak2 yang kena selsema sejak awal minggu lepas, so Ummioked cuma bagi ubat yang ada kat rumah je...al-kisahnya hari Khamis malam Jumaat tu mmg badan dah rasa bisa2, nak angkat kepala ni pon tak larat....plan awal malam tu nak pulun kemas rumah sbb MIL nak datang...alamatnya mmg tak terkerja satu pon...last2 tido je, dgn badan tak rasa sedapnya, Munirah pulak start panas badan, asyik merengek je, tido pon tak lena sgt sbb dok pk kerja2 rumah yang tak settle lagi....Muhaimin pula selsema ada sikit2, start batuk pulak. Abi malam tu mmg tak larat sbb dah sakit tekak dan selsema.
Pagi tu bgn je, tekak dah rasa perit, kepala dah sakit....mmg dugaan betul. Dah lah nak bertolak gi majlis akad nikah..mmg pagi tu tak larat nak buat sarapan, Abi beli je kat luar sambil tu siapkan makan pakai anak2 dan barang2 diorg.
Elok sampai masjid kul 9 lebih, imam tak sampai lagi.....Munirah asyik nak berdukung je lah tak leh nak lepas klu tak merengek lah jawapnya...Muhaimin pulak tak nak dipegang, Jumpa pulak dgn sepupu2 dia mulalah buat aksi mos mos dia (ultraman)...jenuh tgk dia lompat sana sini.. Sampaikan orang nak akad nikah pon dia tak duk diam lagi..Geram betul dibuatnya, last2 Abi dia pegang si kecik, ummi tangkap dia dan bawa gi luar...tu pon meronta2 minta dilepaskan....
Al-Hamdulillah, majlis berjalan dgn lancar. Balik dari rumah pompuan terus balik rumah sbb Abi nak solat Jumaat....Nasib baik dua beradik ni tido, boleh lah ummioked berehat jap. Dah ptg tu elok diorang bangun, kitaorg terus gi Klinik..Empat2 sekali jumpa doktor....dapat lah MC, so boleh set off dengan cuti hari tu, selamat cuti aku sehari..he he...
Malam tu pon mmg kitaorg semua tido awal terutama Abi sbb dia makan ubat...ummioked makan jugak cumanya biasalah kalau b/feed kan doktor bagi yang mild punya, so mmg tak menyebabkan mengantuklah...ummioked tak ingat nama dia, nanti ada masa ummioked tempek kat sini....MIL sampai dekat kul 11, semua dah tido..he he ..bertuah betul
Hari Sabtu tu ok sikitlah, Munirah pon dah surut demam dia, So kitaorg pg jugalah majlis bersanding tu...hari Ahad tu bawa MIL jalan, si kecik pulak panas balik badan dia, ummioked pulak dah tak leh nak menelan sbb bengkak sgt..tau je lah kalau tekak bengkak, mau satu badan sakit...SO semalam pon tido awal..tapi kerja2 rumah dah settlekan dulu, so lena lah sikit tido..
Jam 4 lebih Munirah merengek lagi, tgk2 badan dia panas lagi, bagi lagi ubat demam..bangun pagi tadi elok sikit tapi still lemah....harap2 cepatlah lah dia sembuh....

Thursday, December 16, 2010

Update lagi????

Pelikkan, hari ni ummioked update blog dua kali hari ni....bukannya apa...TAK DE MOOD nak buat keje....(kalau boss aku tau mau tak de bonus tahun depan..he he)..Nak tau kenapa?

Pertama : Bos tak de, gi meeting
Kedua : Esok ummioked nak cuti..adik lelaki ku nak nikah esok
Ketiga : Sebab keje banyak sangat2 na k kena siapkan sblm hujung habis tahun ni....

Tu lah, org klu keje byk lagilah busy nak siapkan keje..saya ni..lain sikit, dia kena cari betul2 mood tu..sbb kalau dah dapat mood tu memang tak berenti lah keje, kadang2 sampai nak minum pon boleh lupa....harap2 minggu depan sampai lah mood tu yek...

ISTERI juga harus ROMANTIK ..apa kata anda?

Ummioked nak share satu artikel pasal KEROMANTIKAN ISTERI...mesti baca dan apa komen anda pulak.....

Ramai contoh lelaki yang romantik terhadap isteri dan ini termasuklah junjungan besar kita, Rasulullah SAW. Dalam banyak riwayat kisah rumahtangga Rasulullah, saya paling menyukai kisah romantik ini :

Diriwayatkan oleh Imam Bukhari bahawa ketika Rasulullah SAW kembali dari peperangan Khaibar, baginda menikahi Shafiyyah binti Huyaiy r.a. Baginda SAW mengulurkan tirai di dekat unta yang akan ditunggangi untuk melindungi Shafiyyah r.a. dari pandangan orang. Kemudian baginda duduk bertumpu pada lutut di sisi unta tersebut, baginda persilakan Shafiyyah r.a. untuk naik ke atas unta dengan bertumpu pada lutut baginda.
Menurut kajian Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah dalam buku ‘Petua Menjadi Pasangan Romantik’ terbitan Telaga Biru, kebanyakan lelaki cenderung kepada kegiatan seksual, manakala wanita pula cenderung kepada sikap romantik lelaki.
Romantik memang sifat yang dikaitkan dengan lelaki biarpun tidak ramai yang memilikinya.Sikap romantik seorang suami terhadap isteri adalah sifat yang digalakkan dalam Islam. Ia penyubur kasih sayang antara suami isteri. Sifat ini perlulah dikekalkan sepanjang masa walaupun ketika usia semakin tua.
Namun begitu, seperti mana wanita, seorang lelaki mahupun suami juga mengharapkan isteri mereka bersifat romantis. Sifat ini pastinya melengkapkan ciri seorang wanita yang penuh dengan kelembutan.Jika romantis lelaki sering dikaitkan dengan pemberian bunga, makan malam istimewa dan sebagainya, bagaimana pula romantis seorang wanita pada kaca mata suami?
SO sini ada sedikit tips untuk pembaca budiman.
1 – Berdandan cantik
Perkara pertama untuk menjadi isteri yang romantik pastinya adalah dengan memenangi pandangan mata suami agar dia melihat anda lebih cantik daripada wanita-wanita lain sekelilingnya.
Isteri hendaklah menjaga penampilan di hadapan suami dengan memakai pakaian yang menarik, berdandanlah cantik-cantik dan kenakan bau-bauan yang menyenangkan suami, kalau boleh setiap masa. Hatta sebelum tidur sekalipun anda harus tampil sedap mata memandang. Tinggalkan baju 'kelawar' anda kerana suami anda bukan 'Batman' mahupun Keluang Man. Kenakanlah baju tidur yang indah atau lebih elok yang seksi di matanya. Suami juga pasti sangat senang jika gaya pakaian dan dandanan anda sesuai dengan seleranya.
Komen : Kalau kat rumah tu mmg jaranglah boleh berlawa2 sebab dah sokmo buat keje...
2 – Menghias bilik tidur
Isteri hendaklah bijak menghias bilik tidur untuk menwujudkan suasana yang romantik. Pasangkan lilin dan diiringi dengan muzik perlahan yang mampu menjadi halwa telinga yang sedap didengari. Apabila ini dapat dilakukan, suami akan sentiasa berasa gembira sehingga sikap romantik yang ada dapat disuburkan.
Komen : Kalau dah ada anak kecik, mmg tak hias sgtlah kot
3 – Memberi pujian
Semua orang suka dipuji, tidak terkecuali golongan lelaki. Apalagi bila pujian itu bersangkutan dengan kegagahan dan keperkasaan dirinya. Maklumlah, lelaki sering kali berharap untuk menjadi hero, jadi pujian anda akan membuatkan suami merasa dirinya lebih dihargai.
Komen : Kalau pompuan , mmg selalu puji pon
4 – Luangkan masa bersama
Pada zaman serba maju ini, kebanyakan suami isteri sama-sama bekerja mencari nafkah untuk menyara kehidupan. Justeru masa untuk bersama tidak sentiasa ada. Oleh itu anda dan suami sentiasa sibuk, aturlah masa anda untuk melaungkan masa bersama dengannya.Boleh jadi dengan mengajaknya makan tengah hari bersama, sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Boleh juga mengatur jadual untuk berdua-duaan di waktu hujung minggu. Usaha anda untuk mencari masa bersama dengannya akan dilihat sebagai sesuatu yang romantis dan membahagiakan dirinya.
Komen : semestinya , terutama sekali waktu weekend
5 – Berikan sentuhan mesra
Sentuhan kecil, seperti mengelus tangannya semasa berjalan berdua atau mendakap suami ketika dirinya dalam keadaan sedih akan membuatkan lelaki anda rasa sangat diperhatikan. Begitu juga saat menontoh TV bersama, usaplah rambutnya atau biarkan suami berbaring di ribaan anda. Inilah yang akan menyerlahkan ciri-ciri romantik anda.
Komen : Ni mesti, even depan anak pon jgn malu nak buat (tapi berbatas lah), so anak2 akan jadikan kita contoh nti
6 – Membiarkan dia bebas
Seperti juga dengan anda yang suka bersembang dengan rakan-rakan, suami anda juga punya keperluan ini. Dia juga punya keinginan untuk berkumpul dengan rakan-rakannya. Ini adalah sesuatu yang menyegarkan dirinya, tambahan lagi jika isteri memberi kepercayaan untuk dirinya bebas bertemu rakan. Dia akan berasa senang kerana dipercayai.
Komen : Ni susah sikit, kena pulak ada anak kecik
7 – Masak makanan yang enak
Pepatah Inggeris ada menyebut, ‘a way to win man’s heart is through his stomach’ atau pun cara memenangi hati lelaki adalah melalui perutnya. Perkara ini ada kebenarannya. Semua lelaki pastinya suka menikmati makanan yang enak, apatah lagi jika ia dimasak oleh isterinya sendiri, khusus untuk dirinya. Ini juga akan membuatkan dirinya sentiasa terkenangkan diri anda di saat berjauhan. Semakin tinggi kemahiran memasak, anda dijamin suami akan semakin sayang pada anda.
Komen : Ni semestinya, kalau tak pandai pon buat2 pandai lah
8 – Berkongsi rahsia
Ada satu perkara yang boleh membuatkan pasangan yakin bahawa anda mencintainya sepenuh hati. Caranya adalah dengan berkongsi rahsia anda dengan dirinya. Ceritakan rahsia yang tidak pernah anda luahkan pada sesiapa selain dirinya. Perkongsian rahsia ini menggambarkan betapa tingginya keyakinan anda terhadap dirinya.
Komen : Isteri memang selalu kongsi, cuma suami ni agak jarang sikit nak share
9 – Berikan kejutan kecil
Semua orang sukakan kejutan. Seperti anda yang akan tersenyum seharian bila mendapat jambangan bunga daripada suami, begitu jugalah dengan dirinya dengan hadiah yang diidam-idamkannya.Seorang lelaki sangat menyenangi isteri yang ada inisiatif dan kreatif dalam menyegarkan perhubungan. Dia akan merasakan anda wanita yang tidak terduga dan penuh dengan sesuatu yang baru.
Komen : Tak reti lah nak bagi hadiah apa kat lelaki
10 – Menulis catatan cinta
Selalunya di waktu bercinta, ramai yang menulis surat cinta. Ada kalanya hingga berkajang-kajang panjangnya. Namun aktiviti ini akan terhenti setelah keduanya mendirikan rumahtangga. Oleh itu tidak salah anda sebagai isteri memulakan aktiviti ini kembali.Kalau sebelum ini anda menulis surat namun seiring dengan perkembangan teknologi, tulis dan hantarkan SMS cinta buat dirinya. Saat membacanya, suami pasti tersenyum dan berasa bahagia. Dijamin ucapan-ucapan cinta yang anda tuliskan tidak akan dipadamkan daripada peti mesej di telefon bimbitnya.Pada ketika-ketika tertentu, layangkan kad ucapan atau nota-nota pendek yang mengandungi kata-kata romantik yang penuh kasih sayang.
Komen : Waktu muda2 bolehlah, tapi bergantung jugak, ada sesetgh lelaki suka, ada sesetgh tu tak suka
11 – Meraikan hari istimewaSebagaimana suami romantik yang sentiasa meraikan hari istimewa anda, begitu juga halnya jika anda mahu dilihat punya sifat yang sama. Jangan sesekali melupakan hari penting dalam hidupnya. Berikan ucapan atau raikannya agar suami berasa anda pasangan hidup yang cukup perihatin terhadap dirinya.Sekiranya timbul sebarang masalah dalam perhubungan suami isteri, hendaklah ditangani dengan segera masalah tersebut. Usah biarkan masalah itu berlarutan sehingga lukanya membekas di hati.Semoga bermanafaat untuk semua.
Komen : Ni ikut kemampuan dan keperluan
So..isteri2 diluar sana ..macammana??

Tuesday, December 14, 2010

Bila anak meragam..apa nak buat????

Hari jumaat lepas balik lambat dari dinner terus ambil budak2, diorang tak tido lagi, so sempatlah main2 lagi dengan dua beradik ni.. Diorang kalau pasal bergurau memang no. 1, seronok dengar diorang gelak ... tapi yang tak bestnya, masa ummioked menyusukan Munirah, dah perasan dah macam ada kahak kat hidung dia..kuat jugak lah bunyi dia....tapi still ok lagi...

So esoknya, dah anak cecair kuar kat hidung, hingus cair lah..nasib baik ada stok Ventolin kat rumah, so tak yah gi klinik, just bagi ventolin je...
Esoknya hari ahad si abang pulak dah start batuk dan selsema..dah dua2 kena pulak dah...Al-Hamdulillah diorang tak meragam sangat, cuma Muhaimin kalau batuk ni susah sikit, sebab dia akan muntah.....batuk sikit je mesti muntah, especially kalau lepas minum susu...tapi dah besar sikit ni dia dah pandai kontrol muntah dia......sakit tu, kita yang dewasa ni pon kalau muntah memang menyeksakan.. (tak leh lupa lah muntah kalau time mengandung..hu hu)

Al-Kisahnya, semalam Munirah memang meragam, bukan sikit2, tapi banyak2...smpikan semalam terpaksa tido jam 2 stgh pagi....hari ni memang pening2 gitu....Kesian kat dia, hidung dia tersumbat, so merengek je lah...dia dah mengantuk tapi tak leh tido..sbb dia kalau nak tido mesti menyusu dengan ummi....disebabkan hidung dia tersumbat so dia tak selesa lah nak menyusu..jenuh dodoikan dia, buai lah, apa2lah yang patut sampaikan ummioked pon dah tak larat...ummioked dah try sedut hidung dia, tapi tak de pon cecair kuar, tapi kalau dia bernafas tu memang boleh dengarlah kahak tu, geram pon ada..tapi tak tau nak buat apa dah..

Dah jam 2 tu, dia pon makin kuat merengek sebab mengantuk sangat, ummioked pon dodoi dia ke hulu ke hilir.. yang tak best tu, dia reject kalau ummioked offer susu....harap2 balik kerja petang nanti dia tak reject....sedih tau...

Harap2 hari ni ok lah anak2 ummioked..Insya Allah..tak sabar nak jumpa diorang

Monday, December 13, 2010

1st experience - berjaya juga akhirnya....

Untuk pertama kalinya ummioked travel bersama dgn EBM..Al-HAmdulillah, EBM ku sampai ke rumah dgn selamatnya..kalau pk bukan jauh pon, area KL je..cumanya disebabkan oleh jarak masa tu yang merisaukan ummioked, takut2 EBM dah tak sejuk bila sampai rumah...

Hari tu bertolak dari ofis jam 2ptg, so baru ummioked keluarkan EBM dan letak dalam cooler bag bersama icepack..dinner start kul 6.30ptg, so siap singgah Sogo lagi tgk2 mana yg berkenaan (sempat lagi beli baju anak2)...masuk je waktu Asar terus solat dan bertolak ke Hotel...sebelum solat Maghrib sempat lagi pump sesi ketiga untuk hari tu....so total hari tu dapat dalam 17oz....

Orang gi dinner semua bawa hangbeg kecik, comel2 je...kita ni punya lah besar n berat lagi...tak pe lah, demi anak2 bergaya tu tolak tepi jap...betul tak?????he he...
Time dinner tu memang dah plan nak lah lari kejap pump..macam Mommylydzar cadangkan (thank you byk2 Mommylydzar)..tapi nasib baik dia serve buffet, so tak yah lah tunggu lama2...lepas makan je cabutlah, dalam kul 9 lebih, malas nak tunggu majlis habis (kepala dok ingat kat anak2)....

Sampai rumah babysitter kul 10 lebih...budak2 tak tido lagi, tunggu umi dan Abi dia rupanya...
sampai je rumah terus transfer EBM ke dalam peti sejuk, semuanya ok, ice pack pon masih beku lagi...

So for the next..tak de masalah lah nak travel sambil pump dan bawa EBM bersama...happy pumping & breastfeeding!!!!!!!!!!!!!

Friday, December 10, 2010

Risaukan EBM ku hari ni...

Malam nti ummioked ada dinner..so kena pegi sana dalam 6-7 ptg...kalau dah dinner memang balik tu sah2 kul 10.00pm dan ke atas. Actually hari ni bos dah bagi greenlight balik awal sikit (nak bersiap/solek2 nak gi dinner lah), tapi macam malas pulak nak balik rumah lagi, pas tu nak gi hotel lagi..al-maklumlah ummioked ni kan pengguna pengangkutan awam..so nak nak gi sana sini tu memang akan mengambil masa jugaklah kalau ikut tren ni...

So ummioked dah bawa baju siap2, lipat masuk dalam beg, tak kisahlah kedut ke apa, yg penting pakai baju..he he..tu ummioked tak risau, skrg ni pening pk macamana nak handle EBM. So preparation yang ummioked buat skrg ni, sediakan cooler bag...so EBM pagi dan t/hari boleh lah tahan sampai malam...bukan apa, ummioked tak de pengalaman lagi ni...selalu balik kerja terus balik rumah..so EBM tu mmg selamat lah....Malam pulak mesti nak kena pump at least sekali..kalau tak, nak tunggu dari t/hari ke malam tu..lama tu, makan 8 jam jugak tu...tak leh2...ingat sebelum Maghrib nanti nak pump sekali....
(Gambar ihsan Google)
Sedih jugak nak tinggalkan budak2 lama2 kat babysitter...semalam pon Abi cakap kat Muhaimin
Abi : esok Abi ngan ummi balik lambat tau, tunggu kat rumah ibu (panggilan untuk babysitter)
Muhaimin : Tak nak (dgn muka sedih dia)
Sebabnya tak pernah balik lewat, paling lewat pon kul 8 malam....harap2 dapatlah ummioked kumpulkan dan uruskan EBM hari macam hari2 biasa.....Amin3x



Wednesday, December 8, 2010

Say NO!!!! to mee segera

Wah.. ulang sekali lagi SAY NO TO MEE SEGERA!!!!!!!!!!!!!!!!

ummioked nak share satu artikel berkenaan dengan ketidakbaikan mee segera dalam diet harian/bulanan/ tahunan kita. Pada ibu semua, tolong lah..please..please....please..don't u ever give your child the instant mee...ia akan memusnahkan anak anda..garang betul ayat tu...tak pe, lepas ibu2 baca artikel ni mesti semuanya akan musnahkan mee segera dalam senarai diet keluarga....

Subject: mee segera

136 bahan penambah kebanyakannya bahan kimia dibenarkan ditambah di dalam mi segera oleh Codex, piawaian makanan WHO/FAO. Gambar di atas menunjukkan bahan ramuan itu.Daripada 136 bahan penambah itu, 24 daripadanya adalah garam natrium, di samping garam makan juga turut ditambah. Disebabkan itulah kenapa mi segera mengandungi natrium yang tinggi.

Satu paket mi segera sahaja boleh mengandungi kira-kira maksimum pengambilan harian yang dibenarkan 2,400 mg natrium.Di samping banyak bahan penambah dan paras natrium yang tinggi, mi segera juga mengandungi jumlah lemak yang tinggi. Kebanyakan mi segera digoreng dalam proses pembuatannya. Menurut Majlis Pengguna Hong Kong (HKCC) dan Pusat Keselamatan Makanan (CFS), sampel 3 cawan mi segera didapati mengandungi lebih daripada 30g daripada jumlah lemak bagi setiap pakej, yang merupakan lebih daripada 50% daripada had pengambilan harian bagi jumlah lemak untuk diet 2,000-kcal.Huraian lanjut, sila dapatkan akhbar Utusan Pengguna keluaran Nov-Dis 2010.

10 Ramuan Melampau Dalam Mi Segera:


Adakah mi segera makanan sebenar atau makanan palsu?
Apakah bahan penambah ini sebenarnya dan sejauh manakah ia selamat?
Berikut beberapa ramuan yang mungkin anda mengambilnya bersama dengan mi segera anda.
Kalsium Sulfat: Kapur Paris.
Asid Tartarik: Bahan kimia yang digunakan dalam julap dan untuk memutihkan cermin. Lebih beracun berbanding 100% alkohol tulen.
Kalsium Oksida: Digunakan rawatan sisa buangan dan dalam racun serangga.
Tertiary Butylhydroxyquinone (TBHQ): Produk berasaskan petroleum; satu bentuk butane (cecair dalam pemetik api).
BHT: Risiko karsinogen dan kesan berbahaya kepada ginjal.
Propyl Gallate: Satu xenoestrogen (sebatian seperti hormon). Boleh memberikan kesan sampingan kepada pembiakan, perkembangan janin yang sihat dan menghalang pengeluaran sperma
Pentasodium triphosphate: Bahan pencuci paling berkuasa (sering digunakan dalam bahan cuci), bahan samak untuk kulit; juga digunakan dalam pengeluaran kertas, penapisan petroleum, aplikasi lombong dan rawatan air.
Propylene Glycol: Pelarut sintetik yang dianggap racun neurologi. Digunakan untuk pembuatan bahan pendingin, antibeku automotif, cecair yang berfungsi dalam tekanan hidraulik dan sebagainya. Jumlah berlebihan yang diambil boleh membawa kepada kerosakan buah pinggang.
Polydimethylsiloxane:
Digunakan dalam kanta sentuh, syampu (untuk menjadikan rambut berkilat dan licin), minyak pelincir dan jubin tahan panas.Pewarna tiruan (contohnya: Sunset Yellow FCF dan Tartrazine): Menyumbang kepada hiperaktiviti dalam kalangan kanak-kanak; mungkin turut menyumbang kepada gangguan visual dan pembelajaran, kerosakan saraf; mungkin menjadi penyebab kanser.

Monday, December 6, 2010

Kepentingan Protein Bagi Ibu2 yg Menyusukan

Seperti yang ibu2 sedia maklum, protein amatlah penting dalam sebagai makanan tambahan dalam diet seharian bagi ibu2 yang menyusukan anak. Protein ini penting dalam membantu pertumbuhan, membaiki / memulihkan sel2 dalam badan kita. Secara purata ibu2 yang menyusukan memerlukan lebih kurang 54g /sehari. Bagaimanapun ada yang memerlukan lebih dari itu iaitu lebuh kurang 64g /sehari. Protein boleh diperolehi dalam makanan seperti daging, produk tenusu, sayuran. Tapi selalu apa yang kita makan tak selalunya mencukupi dan menepati sepertimana yang diperlukan oleh badan kita. Kadang2 tu nak jumpa sayur pon susahkan..so sebagai gantian, ummioked ambil makanan tambahan.

Melalui pembacaan, ummioked dapat tahu sumber makanan yang sangat tinggi kandungan protein ialah SPIRULINA..biasa dengarkan???!!! tapi cuma sebilangan kita je yang tau apa tu SPIRULINA...


Spirulina adalah tumbuhan Mikro Ganggang yang telah hidup sejak 3,6 milyar tahun yang lalu. Spirulina merupa- kan sumber nutrisi alami yang paling lengkap dibandingkan dengan sumber nutrisi lain yang pernah ada.
Spirulina adalah sejenis ganggang hijau-biru yang ditemukan pada danau, kolam, dan laut

KANDUNGAN NUTRISI SPIRULINA:
Secara umum Spirulina memiliki kandungan sebagai berikut:

60 – 70% Protein
20 – 25% Karbohidrat
3 – 5% Lemak
5 – 8% Mineral dan Vitamin
2 – 5% Air Pigmen
Suplemen Protein 62% Spirulina terdiri dari asam amino, sehingga ia merupakan sumber makanan yang kaya akan protein dan nutrisi lain. Spirulina telah digunakan secara tradisional sebagai suplemen alami bagi orang yang tidak dapat memperoleh kalori atau protein yang cukup
Manfaat Spirulina adalah:
1. Meningkatkan aktiviti anti-virus
2. Menurunkan kadar kolesterol
3. Menurunkan risiko serangan kanser
4. Meningkatkan daya tubuh badan
5. Mengurangkan keracunan pada ginjal
6. Meningkatkan jumlah mikroba lactobacillus yang terdapat di dalam usus
7. Mempercepatkan penyembuhan luka
8. Mengatasi masalah kekurangan zat/mineral
9. Mengurangi penderitaan akibat radiasi.


So, untuk itu ummioked amalkan SPIRULINA keluaran HPA..kenapa??

HPA menternak sendiri spirulina di kolam HPA di Perlis. Anda boleh berkunjung dan tengok sendiri di sana. HPA tidak mengambil spirulina dari sumber2 luar kerana khuatir ttg bahan yg mungkin dicampur ke dlmnya. Sebelum HPA mengeluarkan sesuatu produk, pihak R&D HPA telah melakukan ujikaji, kemudiannya Kem Kesihatan pula melakukan ujian makmal terhdp produk HPA bagi memastikan produk ini bebas dari bahan kimia yg merbahaya dan selamat utk digunakan oleh manusia.


Anakku Warehouse 2010 - Review

Last Saturday, we decided to go to Anakku Warehouse Sales at Klang (I have posted the advertisement before..klik here). We reached there about 11.00am...Oh My God, so many people and the car park full already. We found a small space to park a car really nearby the guardhouse at the exit way.
First, we went to Baby Care Section. I managed to grab the baby bath shampoo, baby lotion, baby powder and baby oil 2 each (the big bottle). Guess....how much the cost???..only RM31.00...wah so cheap. The price for each bottle was RM4-RM8 each... Actually I want to take more than that but it was so heavy to carry (the car park so far from the factory)..

After that, I went to Clothing / Travelling / Feeding Section, Abi don't want to come along because the place so crowded. For those pregnant women must be carefully. So I estimate only half and hour to go in and choose the cloth. Unfortunately, not much compare the previous sales. But I still manage to buy a few cloths for my little girl, Munirah. For age range 2-4 years not much cloth has been offered. After that I have to que about half and hour to pay.

Overall, for those want to buy the travelling items such stroller, buggy, car seat, baby carrier and feeding accessories (not the BPA) and also baby care, it’s really worth it.

That day, the sales girl was announced that, it was the last warehouse sales that Anakku was arranging, next year will be no more....

Friday, December 3, 2010

Anakku Warehouse!!!!!!! - mesti pergi

PENGUMUMAN PENTING!!!!!....



ANAKKU buat warehouse sales lagi..jom pegi ramai2 serbu... ummioked pernah pegi dua tahun lepas masa dia buat kat Segambut...memang berbaloi sangat. Baju RM5/helai, seluar RM10/3 helai.. Baju sepasang RM8-10/pasang....Banyak sangat pilihan..Botol susu / topi / kasut / stoller / pampers dan macam2lah...so sape2 nak pegi boleh tgk kat sini...


Anakku Warehouse Sales
From RM1

Brands Offered:
Anakku
Mickey Mouse & Friends
Disney
Audrey
Little Polo
Huggies
Lillian
Products Offered
Apparels for Babies
Apparels for Kids
Apparels for Adults
Bath

Shampoo
Lotions
Breastfeeding Accessories
Strollers
Play Pen
Stocking & Shoes
Diapers
Toys for Babies & Children
Stationery
Bags
Innerwear for Ladies
Watches
Accessories
and more

Time : 10am to 7pm

Location (Tel 016 666 0316)
Lot 10449 Jalan Nenas
Batu 4 1/2
Kampung Jawa
41000 Klang
Selangor, Malaysia
http://www.anakku.com/

Wednesday, December 1, 2010

Jumble Sale Event for Back-to-School Fund

Hari ni ummioked dapat email dari kakak pasal Jumble Sale Event for Back-to-School Fund.. so pada sape yang ada kelapangan bolehlah pg memeriahkan majlis sambil beramal....


Time : 04 December 2010, Saturday · 09:00 - 15:00
Location : Dataran Lower Ground (-1), Menara TM, Jln Pantai Baru, 50672 KL
Created by:
__________________________________________________________

Hasil Jualan bertujuan untuk membantu dana persekolahan 2011 bagi 50 kanak-kanak miskin/daif/yatim piatu.

Jualan ‘Jumble Sales’ adalah seperti berikut;
Baju baby : RM1
Baju kanak-kanak (3-12 yrs) RM2
Baju wanita (blaus atau seluar/skirt) RM5
kemeja lelaki / seluar panjang RM5
Sepasang baju (baju kurung or jubah/long dress/ jubah seluar) RM10

Kasut kanak-kanak no brand: RM5
Kasut kanak-kanak branded RM10Kasut dewasa no brand : RM10
kasut dewasa branded RM15

Barangan rumah? RM1/RM5 each?Barangan elektrik? RM10/RM50 each

Target kutipan RM5000 (RM100 x 50 students).

Di samping itu kita akan membuka beberapa gerai & laluan pesanan awal seperti berikut;
• UmmiKuSayang - ALIMKids Bookshop (dapatkan buku utk Kanak-kanak, remaja, dewasa etc)
• Bakit HELWA - Homemade Chocolate Liza – pre order 013 384 0238
• UmmiKuSayang - Homemade Lasagna Ayam & Daging (size 4 x 8 inci) RM15 sebekas – pre order 012-375 1444
• Palestine Booth – direct contribution & T-shirts/Book Mark/Books
• BAKIT HELWA – serunding Ayam/Daging, baju muslimah, air minuman, HPA, Hi Goat, Sandwiches & tidbits
• Chokku Cookies RM45 100pcs - pre order 013-347 5023
• Mysunshine Cupcakes RM50 39pcs – pre order 012-238 5040
• Biskut Mazola RM15 50pcs – pre order Syarunniza Raimi (03-2240 1694)

Immunization update & reminder....

Al- Hamdulillah Munirah is 7 months already and still fully on breastfeeding. Last checkup was last month when she was 6 months and she was given 1 vaccination. As she is 7 months and I was thinking whether there is any further vaccination for this month. So I did my Google Search and found one Vaccination Schedule for all baby in Malaysia which I’m glad to share with all of you and for my update also.

DTaP, to protect against diphtheria, tetanus, and pertussis (whooping cough):
At 2 months
At 4 months
At 6 months
Between 15 and 18 months (can be given as early as 12 months as long as it's at least six months after the previous shot)
Between 4 and 6 years old
A booster shot at 11 or 12 years of age


Hepatitis A, to protect against hepatitis A, which can cause the liver disease hepatitis.Between 12 and 23 months, two shots at least six months apart



Hepatitis B (HBV), to protect against hepatitis B, which can cause the liver disease hepatitis:
At birth
Between 1 and 2 months
Between 6 and 18 months.



Hib, to protect against Haemophilus influenza type B, which can lead to meningitis, pneumonia, and epiglottitis:
At 2 months
At 4 months
At 6 months (not needed if the PedvaxHIB or ComVax brand of vaccine was given at 2 and 4 months)
Between 12 and 15 months



HPV, to protect against human papillomavirus, the most common sexually transmitted disease in the United States and a cause of cervical cancer:Three doses between 11 and 12 years, for girls (one version of the HPV vaccine prevents genital warts in males, but isn't on the official schedule)



Influenza (the flu shot or, for age 2 and up, nasal spray vaccine); two doses to protect against H1N1 flu and one to protect against seasonal flu:Age 6 months and up, every year in the fall or early winter



Meningococcal, to protect against meningococcal disease, the leading cause of bacterial meningitis in U.S. children in pre-vaccine days:Between 11 and 12 yearsMMR, to protect against measles, mumps, and rubella (German measles):
Between 12 and 15 months
Between 4 and 6 years old



Pneumococcal (PCV), to protect against pneumococcal disease, which can lead to meningitis, pneumonia, and ear infections:
At 2 months
At 4 months
At 6 months
Between 12 and 15 monthsPolio (IPV), to protect against polio:
At 2 months
At 4 months
Between 6 and 18 months
Between 4 and 6 years old



Rotavirus, to protect against rotavirus, which can cause severe diarrhea, vomiting, fever, and dehydration (given orally, not as an injection):
At 2 months
At 4 months
At 6 months (not needed if the Rotarix brand of vaccine was given at 2 and 4 months)


Varicella, to protect against chicken pox:
Between 12 and 15 months
Between 4 and 6 years.

For further information, you can go to http://www.babycenter.com/shots.

Tuesday, November 30, 2010

Tingkatkan Milk Supply dgn Hyperstimulation & Power Pumping

Ingat tak ummioked cite hari tu, Milk supply ummioked mengalami sedikit pengurangan...boleh tgk kat sini...Seperti yang kita sedia maklum, cara yang terbaik untuk meningkatkan kembali Milk supply ialah dengan meningkatkan KEKERAPAN MENGEPAM dan PENYUSUAN...macam ummioked ni at least 3 kali sehari @ 15-20 minit setiap sesi je dapat pam waktu kerja..balik malam pulak, mmg penat dan takat ni memang tak ada kekuatan lagi nak bangun malam untuk mengepam...malam memang direct feeding 4-5 kali.
So cara yang terbaik ummioked fikirkan ialah melakulan HYPERSTIMULATION & POWER PUMPING...mesti ibu2 semua dah tahu apa tu hyperstimulation & power pumping..ummioked just nak share untuk diri ummioked sendiri dan ibu2 semua...

Hyperstimulation dan power- pumping ni sebenarnya adalah satu kaedah atau teknik yang sangat baik untuk mempercepatkan proses pengeluaran susu dimana ianya memberi isyarat kepada badan bahawa adanya demand ke atas ASI. Ianya dilakukan dengan mengepam kedua-dua payudara serentak atau dipanggil kaedah double-pumping selama 60 minit . Caranya ialah 10 minit mengepam-10 minit berehat-10 minit mengepam-10 minit berehat yang mana dilakukan dalam masa 60 minit (1 jam). Kaedah ini bolehlah di buat seminggu sekali dan amatlah disarankan kalau dapat buat hari2..

Memandang jadual ummioked kat rumah sgt padat, so ummioked korbankan masa rehat kat ofis. Selama satu jam tu lah ummioked buat kaedah ni walaupon sebenarnya waktu yang paling digalakkan ialah sebelah malam..kenapa????.....kerana ketika itu hormon prolaktin kita sangatlah tinggi dan kandungan susu kita pada waktu 12 tengah malam- 6 pagi adalah tinggi kandungan lemaknya. Di samping tu bolehlah nak buat solat moga2 dimurahkan rezeki anak2 dan keluarga. Insya-Allah.

Ummioked dah pon buat selama 5 hari minggu lepas...kalau orang yang kurang tahap kesabarannya memang akan give-up jugaklah sbb hasilnya bukan lah dapat terus, tapi mengambil masa bergantung kepada individu masing. Ada yang seminggu, 2 minggu. Macam ummioked, minggu ni dah pon menampakkan hasil..dah boleh dapat dalam 5-6 oz bagi setiiap kali pump.. so sehari boleh lah dapat 18-20 oz..sekarang ni pon Munirah dah kena bekalkan 4 oz x 5 botol sehari..so lepas ni ummoked memang kena pump waktu malam jugaklah nak top up stok yang kurang..he he..dan yang penting ibu2 kena sabar, disiplin kan diri, minda kena positif, istiqamah dan yang paling penting DOA...tetapkan dalam hati apa yang kita buat ni adalah kerana menurut Syariah Nya..Lillahi Taala..


Ya Allah,
sekiranya rezeki kami berada di langit,
maka turunkanlah ia;
jika ia ada di bumi, keluarkanlah ia,
dan jika ia ada di dalam lautan, munculkanlah.
Sekiranya rezeki kami ada di tempat yang jauh,
dekatkanlah ia;
jika ia sedikit, banyakkanlah ia;
dan jika caranya sukar untuk sampai kepada kami,
mudahkanlah ia,
serta pindahkanlah rezeki tersebut kepada kami
dengan kemuliaan, kepemurahan dan kebaikanMu,
dengan rahmatMu,
wahai Yang Maha Pengasihi
diantara yang pengasih.

Nak tau lebih lanjut lagi bolehlah layari http://www.mobimotherhood.org/MM/article-lms.aspx
Memang bagus info dia, PADAT sgt2 untuk rujukan kita...



Monday, November 29, 2010

Pagi yg indah...pump set ku tinggal di rumah..wa ha ha

Sampai je ofis pagi ni dengan semangat berkobar2nya, ummioked pon kuarkan semua breastpump set...tengok2...wa ha ha....botol2 dan pump semua tinggal!!!!!!!...




yang ada cuma motor je ...macam mana nak pumpu dengan motor je....hu hu...kecewa sedikit..dah lah minggu lepas production kurang..ingat minggu ni nak pulun lah...sekali lah.....pump tinggal...terpaksa lah aku pumpu guna tangan @ TEKNIK MARMET...dah lama tak guna kaedah ni...

Meh sini ummioked kongsikan apa tu TEKNIK MARMET....

Cara Memerah:


1. Teknik Marmet hanya memerlukan 3 jari iaitu ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah.
2. Jari-jari ini perlu diletakkan di kawasan aerola.
3. Letakkan ibu jari di bahagian atas aerola (kita panggil situasi pukul 12). Letakkan jari telunjuk dan jari tengah di bahagian bawah aerola (pukul 6).Dapat dilihat bahawa jari telunjuk dan jari tengah perlu berada setentang dengan ibu jari. Jika jari telunjuk dan jari tengah berada pada kawasan 'pukul 5' sedangkan ibu jari di kawasan 'pukul 12', ia adalah salah. begitu juga jika jari bawah itu berbentuk melingkari payudara ia juga salah. Pastikan dengan teliti kedudukan ketiga-tiga jari ini.
4. Tanpa meregangkan jari, dorong jari-jari tadi ke arah dada. Individu yang mempunyai payudara yang bersaiz agak besar, perlu angkat payudara dahulu sebelum mendorong ke arah dada. Lakukan dalam gerakan memutar dan lembut seperti sedang menggeletek. Lakukan dari kawasan atas menuju sehingga ke aerola. Payudara juga boleh digoncang dengan lembut secara memutar.

5. Sewaktu jari-jari berada jauh dari kawasan aerola, gerakan ini dipanggil PUSH dan apabila jari-jari berada di kawasan aerola, ia dipanggil ROLL. Tekan kilang-kilang susu menggunakan jari dengan lembut sehingga kosong. Teknik yang betul tidak akan mendatangkan rasa sakit kepada anda. Pastikan anda menggunakan TIGA JARI yang dinyatakan tadi, bukan jari-jari lain mahupun tapak tangan.

6. Ulangi langkah secara berentak seragam, mengikut rythm. Push, roll, posisi jari yang tepat, push dan roll semula. Ulangi sehingga kilang susu kosong.

7. Putar gerakan mengikut arah jam atau berlawanan. Pastikan kedudukan jari di dalam kedudukan 12-6, 11-5, 10-4 dan seterusnya. Jalani setiap putaran sehingga kilang susu kosong.

8. Gunakan tiga jari utama itu pada tangan bersamaan setiap payudara. contohnya payudara kanan, gunakan tiga jari tangan kanan. Bagi payudara kiri, gunakan tiga jari daripada tangan kiri.

Elakkan!

1. Menekan sambil mendorong/mengheret jari jemari anda. Tindakan ini bakal membuatkan payudara melecet.

2. Menarik-narik puting payudara. Tindakan ini akan merosakkan lapisan-lapisan lemak pada aerola.

3. Meramas-ramas payudara (squeeze). Tindakan ini akan melukai payudara anda dan memberi kesan kepada kilang susu anda. Payudara juga cenderung bengkak apabila anda melakukannya
Harap2 berjayalah misi ummioked hari ni pumping guna teknik marmet..Amin..amin....amin

Friday, November 26, 2010

Baby wearing..mana satu pilihan anda

Sebelum buat pilihan, ummioked nak cite sikit pasal Baby Wearing.. Ummi nak kongsi apa yang ummioked dah baca dari sumber ummioked :http://www.diyaluna.com/diary/2010/10/22/kisah-oktober-mommy-wrap/

Babywearing is wearing baby to your body. Ada macam macam cara babywearing antaranya ialah ring sling ,pouch sling atau pon wrap.

Sedarkah anda yang menolak bayi di dalam stroller sebenarnya is pushing your baby away from you?
Stroller besar gabak, berat dan mahal sementara ‘wearing a baby’ lebih kecil, mudah dilipat, ringan dan tak semahal stroller

Babywearing is more convenient
Semasa menaiki escalator ataupun di bumpy ride, atau melalui crowd yang ramai.
Babywearing enhances good vestibular development
Oleh kerana terbiasa dengan rythm jantung ibu samada semasa berlari, berjalan mahupun menunduk, bayi akan regulate his own physical response and exercises his vestibular system – which control balance.
Sling/Pouch merupakan ‘transitional womb’ selepas bayi dilahirkan kedunia.
Menurut kajian, premature baby yang selalu disentuh dan didukung mengalami peningkatan berat badan yang lebih cepat berbanding yang kurang disentuh.

Babywearing juga mengurangkan risiko SIDS dan enhances digestion
Babywearing makes baby more happy
Bayi yang selalu dibawa/di’wear’ kurang menangis berbanding bayi yang diletakkan didalam stroller.
Kajian menunjukkan bahawa bayi di negara2 Barat lebih kerap menangis berbanding negara2 yang mengamalkan babywearing
Menangis boleh menyebabkan long term damage kepada otak bayi because it is flooded with stress hormones
Babywearing menyihatkan badan anda
Berjalan sambil membawa ‘beban’ yang comel. Sort of exercise yang menyeronokkan juga kan?
Babywearing means bonding
Anda boleh kerap memegang dan berbual dengan anak anda. Pandang ke matanya dan jawab semua tandatanyanya..Anda tidak akan dapat berbuat begini jika bayi anda didalam stroller ..

Antara ketiga-tiga ni mana satu pilihan ibu2.....actually ummioked berkenan tiga2 ni..tapi yang betul ummioked suka sgt ialah ring sling...kenapa?

Baby sling ini sangat sesuai di pakai bagi bayi anda . Ia mempunyai 2 ring sling untuk memudahkan anda melaras baby sling tersebut mengikut saiz tubuh anda atau pasangan anda. Besi pelaras atau 'sling ring' di perbuat dari stainless steel yang telah di uji untuk memastikan keselamatan bayi adalah terjamin ketika anda memakainya.
Kain baby sling ini di perbuat daripada 100 % kain kapas yang tebal tetapi sangat lembut. Ia juga di alas dengan fibre untuk lebih lembut dan menyelesakan anda dan bayi anda ketika memakainya. I sesuai di pakai dari berat bayi 3 kg - 18 kg ( anggaran sehingga umur bayi anda 3 tahun )

(Ni dia model ummioked dalam ring sling...)

Apa keistimewaan Baby Sling ini?
Sangat selesa untuk bayi anda kerana kain sling ini di perbuat dari kain kapas yang menyerap peluh tetapi tebal dan kukuh di sekeliling jahitan.
Ia boleh di laras atau di 'adjust' mengikut saiz tubuh kerana anda mungkin mahu bergilir-gilir menggendong bayi anda ketika berjalan.
Besi pelaras di perbuat dari stainless steel kerana ia lebih selamat berbanding plastik yang kadangkala tidak berkualiti dan membahayakan keselamatan bayi anda jika ia patah .
Keselamatan bayi anda lebih terjamin kerana sling yang mempunyai 2 ring lebih kukuh berbanding satu ring sahaja.

Thursday, November 25, 2010

Bila Pengeluaran Air Susu Merudum..apa nak buat

Sejak balik dari cuti raya Haji hari tu, ummioked perasan production air susu ibu agak sedikit mengalami kemeruduman...cantiknya bahasa..he he...yang mana memang merisaukan ummioked. Pastinya semua ibu2 yang menyusukan juga risau bila berdepan dengan masalah ini....

So , first sekali ummioked kena kenal pasti punca masalah ni...puaslah fikir sebab musababnya...ni je lah yang ummioked ingat:
1) Kurang minum air (sbb asyik gi sana sini je, nak minum air pon lupa)
2) Langsung tak minum Kopi Radix, Susu anmum (kehabisan stok)
3) Ummioked dah datang bulan...

KETIADAAN haid sewaktu penyusuan badan ini dinamakan lactational amenorrhoea. Ia adalah suatu keadaan biasa bagi ibu yang mengamalkan penyusuan sepenuhnya (atau hampir sepenuhnya) akibat peningkatan paras hormon prolaktin yang tinggi ketika penyusuan.

Kaedah ini boleh juga digunakan untuk mencegah kehamilan sekiranya semua syarat di bawah dipenuhi:
Mengamalkan penyusuan badan sepenuhnya atau hampir sepenuhnya.
@ Bayi belum berusia enam bulan.
@ Anda masih belum didatangi haid

4) Munirah dah start makan...kekerapan menyusu tu kurang
5) Tak pump langsung sepanjang cuti (lama tu 9 hari)

So..ummioked kena buat homework untuk atasi masalah ni.....

Wednesday, November 24, 2010

Cara Pencegahan Serangan Jantung

Semalam ummioked dapat email dari upline HPA berkenaan dengan SERANGAN JANTUNG.. So, ummioked nak kongsi dengan semua... semoga anda mendapat manfaat dari perkongsian ini..

Sebelum tu ummioked nak cite cara pencegahan serangan jantung dengan pengamalan Madu Cuka Nipah HPA

Kelebihannya:
Mempunyai kesan enzim yang dapat menghilangkan lebihan lemak di dalam badan
Membakar plak di jantung
Kalium, bahan mineral yang terdapat dalam cuka serta madu dapat meredakan gejala penyakit arthritis.
Mencegah penyakit ulcer yang disebabkan oleh bacteria Helicobacter pylori.
Mengurangkan kadar serotonin didalam otak yang mengurangi aktiviti otak
Menurunkan kolestrol

Cara amalan:
Diminum dengan mencampurkan 2 atau 3 sudu Madu Cuka Nipah bersama segelas air suam. Di minum pada waktu pagi (SELEPAS SARAPAN) dan sebelum tidur (SELEPAS DINNER). Madu cuka nipah diambil SELEPAS MAKAN dan bukannya sebelum makan.

Tidak ada herba sekuat cuka madu yang dapat mengeluarkan PLAK di DINDING ARTERI bagi mengelakkan SERANGAN JANTUNG.Apa kata anda hadiahkan Madu Cuka Nipah kepada diri anda atau orang yang anda sayang (ibu, bapa, mertua atau sedara mara).

p.s: Teringat saya beberapa berita kematian mengejut selebriti tanahair seperti arwah Hani Mohsin dan Shamrin (Fotograf) yang antara penyebabnya ialah serangan jantung. Oleh itu, cegah dan jaga jantung kita sebaik-baiknya. Madu Cuka Nipah adalah antara produk terbaik untuk mencegah serangan jantung. Sayangi jantung anda.

--------------Artikel : SERANGAN JANTUNG-----------------------
Apa yang dimaksud Serangan Jantung ?
Serangan jantung terjadi ketika aliran darah ke suatu bahagian otot jantung terhalang. Jika aliran darah tidak boleh diperbaiki dengan cepat, bahagian dari jantung tersebut akan rosak kerana kekurangan oksigen dan boleh mengakibatkan kematian.

Serangan jantung adalah pembunuh utama baik terhadap lelaki mahupun wanita. Sekarang banyak cara penyembuhan serangan jantung yang boleh menyelamatkan nyawa dan mencegah kecacatan. Rawatan sangat efektif jika dimulakan dari 1 jam setelah awal gejala.

Serangan Jantung sering terjadi kerana sebuah keadaan yang biasa disebut Coronary Artery Disease (CAD). Pada keadaan CAD, sekumpulan lemak yang disebut plak berkumpul selama bertahun-tahun pada bahagian dalam arteri koroner (bahagian arteri yang menyalurkan darah dan oksigen ke jantung). Pada akhirnya, kawasan plak tadi berkumpul dan menghalang aliran darah.

Sewaktu terjadi serangan jantung, jika halangan pada arteri koroner tidak di rawat dengan segera, otot jantung akan mula mati dan digantikan dengan bekas luka. Kerosakan pada jantung ini tidak disedari, tetapi akan menjadi masalah secara perlahan-lahan.

Beberapa masalah yang boleh dikaitkan dengan serangan jantung adalah gagal jantung dan life -threatening arrhythmias (detak jantung tidak normal). Gagal Jantung adalah sebuah keadaan dimana jantung tidak dapat mengepam darah yang cukup ke seluruh tubuh.

Tindakan cepat terhadap tanda-tanda serangan jantung akan menyelamatkan nyawa anda dan mengurangi bahaya terhadap jantung anda. Rawatan yang efektif adalah satu jam awal gejala serangan.

Tanda-tanda dan gejala yang biasa terjadi sebelum serangan jantung adalah :

1. Rasa sakit pada dada, rasa seperti tertekan, seperti diramas, sakit pada daerah tengah dada yang bisa terasa kuat atau ringan. Rasa sakit ini terjadi beberapa minit kemudian hilang dan kembali lagi.
2. Rasa nyeri di salah satu atau ke dua tangan, pungung, leher, rahang atau perut.
3. Pernafasan terasa pendek yang berlangsung saat rasa sakit didada atau setelahnya.
4. Tanda lainnya termasuk nausea (rasa sakit di perut), pening atau pengsan, sering berpeluh sejuk.

Jika anda atau orang terdekat anda ada yang mengalami gejala sakit jantung, lakukanlah seperti berikut :

1. Telefon ambulan dengan segera.
2. Jika gejala hilang dalam waktu kurang dari 5 (lima) minit, segera hubungi doktor anda.
3. Usahakan menggunakan ambulans ke hospital kerana di dalam ambulan biasanya terdapat peralatan pertolongan cemas terhadap serangan jantung.

Setiap tahun sekitar 1.1 juta orang di Amerika terkena serangan jantung, dan sebahagian meninggal dunia. Serangan Jantung adalah pembunuh utama baik lelaki mahupun wanita di Amerika. Jika anda merasakan gejala seperti diatas, segeralah melakukan berbagai pencegahan dan perawatan. Serangan jantung dapat membunuh hanya dalam waktu kurang dari satu jam.

Monday, November 22, 2010

Ke mana perginya menyepi

Wah lamanya ummioked menyepi...bersempena hari raya aidiladha minggu lepas, ummioked n family balik kg...kali ni giliran kg ummioked lah..so kenalah naik flight...ni yang risau ni, dah lah lama tu, 2 jam lebih...risau anak2 buat perangai masa dalam flight....

Kami balik hari Sabtu flight kul 7 stgh pagi, so kena lah bertolak kul 3 lebih dari rumah..ialah nak check in lagi, nak solat subuh lagi...sampai kat KLIA kul 4 lebih, pergi lah beratur nak check-in...dah lah kaunter lambat buka, tup tup masa kat kaunter tu pramugari tu boleh kata, tiket yang kami booked ( dah bayar pon) dah cancel..eikkkkk....nasib baik lah pramugari tu cool je, kalau ala2 sombong gitu mmg angin jugak lah kita...dia pon buat lah keje dia call sana sini.. ialah...tiket dah bayar macam mana boleh cancel...dia boleh tanya.."en. ada RE-CONFIRM tak tiket ni?"..eiikk, tiket dah bayar kena re-confirm balik ke?..apa punya sistem lah....dekat stgh jam baru settle..nasib baik flight tak penuh, klu tak confirm tak balik....Dugaaaan...

Nasib baik lah sepanjang perjalanan Muhaimin dan Munirah tido..so bolehlah ummioked n Abi berehat...Al-Hamdulillah dipermudahkan urusan

Sampai je kat Airport, Abi terus confirmkan balik tiket balik nanti..risau benda berulang lagi....

Kalau ikutkan plan awal, mak kata nak pegi jalan2 kat Kundasang hari keesokan harinya (ahad)...tiba2 pulak tukar plan, pegi hari selasa petang..kiranya beraya kat sana lah....tu nanti ummioked cite lain pulak...

Balik KL pulak flight kami kul 5 stgh ptg... masa on the way gi airport dua beradik ni tido...ha ha..maknanya dalam flight ada harapan tak tido...tepat jangkaan ummioked..Muhaimin mmg tak tido pon dari berlepas sampai landing...apa yang dia buat, hu sana hu sini..tekan sana tekan sini...hu hu, letih Abi dia mengontrol hang jebat satu ni...tali pinggang keledar memang tak nak pakai...masa pramugari hidang makanan dia lah paling sibuk....tapi makan tembikai je..nampak je org tolak troli makanan tu, dia poon nyanyi & menari2 .." air2....minum2.." ...bijak pulak anak ummioked ni...Munirah pulak elok je berlepas je menyusu dan terus tido....mmg ummioked tak leh gerak langsung, kalau gerak je, dia start merengek2.....betul2 tido tu...

Yg pentingnya, kami sekeluarga selamat pergi & selamat kembali

Thursday, November 11, 2010

Mai secawan...tambahkan air susu ibu

Al-Hamdulillah ummioked dapat menyusukan Munirah secara exclusivenya selama 6 bulan pertama- direct feeding dan pumping tanpa ada sebarang masalah (major). Yg kecil2 tu biasalah. Selama itu lah ummioked dapat menjalankan ibadah solat tanpa cuti walau sehari pon...

Munirah dah pon 6 bulan, so ummioked dah mulakan bagi bubur kosong..untuk minggu pertama ummmioked bagi waktu ptg-malam balik dari kerja lah, untuk sehari sekali je. Masuk minggu ketiga baru bagi 2 hari sekali. So maknanya, bilangan direct feeding dah makin berkurangan...bila dah berkurangan hormon pon slowly kembali normal...maknanya period dah kembali...

Ni lah yang merisaukan ummi sbb kuantiti susu ibu memang akan berkurangan bila ummi period. So untuk maintainkan kuantiti dan kualiti air susu ibu, ummioked amalkan set dari HPA. Kenapa? sebab ianya terjamin selamat dan yang paling penting HALAL

Apa yang ummioked amalkan ialah :
1. Minum kopi radix (2-3 kali sehari)


Antara khasiat kopi radix ialah:
Radix mempunyai bahan antioksidan yang boleh memerangkapkan radikal bebas yang menyebabkan pelbagai penyakit. Bagi wanita yang menghadapi masalah keputihan, lelehan cecair ini dapat dihilangkan dengan hanya meminum Kopi Radix, begitu juga dengan senggugut. Kopi Radix mempunyai kesan detoksifikasi yang boleh mengeluarkan keracunan di hati dan membetulkan perjalanan darah. Bagi wanita yang menopouse, mereka memerlukan pytoestrogen dan kalsium untuk tulangnya dan ini boleh didapati dalam Kopi Radix.

mesti orang tanya, tak bahaya ke minum kopi sbb kopi kan ada kafein. Jangan risau..Kopi radix dapat meningkatkan kadar metabolisma tubuh kerana Akar Larak Hutan (Polyalthiya Hypolica) di dalam kopi radix dapat mengawal pengeluaran hormon tyroksin. Akar Larak Hutan juga bersifat kardiotonik yakni menguatkan jantung dan juga membanyakkan pengeluaran susu ibu bagi ibu yang menyusukan anak.

2. Amik Spirulina (3 biji sehari)





3. Habbatussauda (2-3 biji sehari)

Seperti yang kita sedia maklum habbatussauda adalah amat baik untuk diamalkan terutama ibu yang meyusukan anak kerana ia adalah Aktivitas hormon, dapat mengatur haid dan meningkatkan aliran susu.




4. Teh herba - pegaga (2 kali sehari)

Teh herba ni adalah dari ekstrak pegaga dan pegaga jugak adalah salah satu makanan yang dapat meningkatkan pengeluaran air susu ibu

So pada ibu2 yang mengalami masalah ni, bolehlah cuba....

Wednesday, November 10, 2010

10 Top Ways to Improve Your English

Hari ni ummi nak berkongsi "How to Improve Your English"....so let share this article..

1. Start your own English language blog. Even for people who don’t have to write in English, writing can be a great way of properly learning the kind of vocabulary you need to describe your own life and interests, and of thinking about how to stop making grammar mistakes. The problem most people have is that they don’t know what to write about. One traditional way to make sure you write every day in English is to write an English diary (journal), and a more up to date way of doing this is to write a blog. Popular topics include your language learning experience, your experience studying abroad, your local area, your language, or translations of your local news into English.

2. Write a news diary. Another daily writing task that can work for people who would be bored by writing about their own routines in a diary is to write about the news that you read and listen to everyday. If you include your predictions for how you think the story will develop (e.g. “I think Hillary will become president”), this can give you a good reason to read old entries another time, at which time you can also correct and mistakes you have made and generally improve what you have written.

3. Sign up for a regular English tip. Some websites offer a weekly or even daily short English lesson sent to your email account. If your mobile phone has an e-mail address, it is also possible to have the tips sent to your phone to read on the way to work or school. Please note, however, that such services are not usually graded very well to the levels of different students, and they should be used as a little added extra or revision in your English studies rather than as a replacement for something you or your teacher have chosen more carefully as what you need to learn.

4. Listen to MP3s. Although buying music on the internet is becoming more popular in many countries, not so many people know that you can download speech radio such as audio books (an actor reading out a novel) and speech radio. Not only is this better practice for your English than listening to English music, from sources like Scientific American, BBC and Australia’s ABC Radio it is also free.

5. Listen to English music. Even listening to music while doing something else can help a little for things like getting used to the natural rhythm and tone of English speech, although the more time and attention you give to a song the more you will learn from listening to it again in the future.

6. Read the lyrics to a song. Although just listening to a song in English can be a good way of really learning the words of the chorus in an easily memorable way, if you want to really get something out of listening to English music you will need to take some time to read the lyrics of the song with a dictionary. If the lyrics are not given in the CD booklet, you may be able to find them on the internet, but please note that some lyrics sites deliberately put a few errors into their lyrics for copyright reasons. Once you have read and understood the lyrics, if you then listen and read at the same time, this can be a good way of understanding how sounds change in fast, natural, informal speech.

7. Sing karaoke in English. The next stage after understanding and memorising a song is obviously to sing it. Although some words have their pronunciation changed completely to fit in with a song, most of the words have the same sounds and stressed syllables as in normal speech. Remembering which words rhyme at the end of each line can also be a good way of starting to learn English pronunciation.

8. Write a film, music, hotel or book review. Another motivating and easy way to make yourself write in English is to write a review for a site such as Amazon or Internet Movie Database. Many non-native speakers write reviews on sites like this, and if you have some special understanding of the book, music or film due to your first language or knowing the artist personally, that would be very interesting for the English speakers who read and write reviews on the site.

9. Only search in English. Switching your search engine to the English language version of msn, yahoo, Google etc. can not only be a good way of practising fast reading for specific information in English, but could also give you a wider choice of sites to choose from and give you an idea of what foreigners are writing about your country and area.

10. Read a book you’ve already read or seen the movie of in your own language. Although most language learners under Advanced level would probably learn more from reading a graded reader or something from the internet than they would from reading an original book written for English speakers, for some people reading something like Harry Potter in the original can be a great motivator to improve their English. To make this easier for you and make sure that it motivates you rather than just making your tired, try reading a book that you already know the story of. This not only makes it easier to understand and guess vocabulary, but you are also more likely to remember the language in it. If you have not read the book before, reading a plot summary from the internet can also help in the same way.

Source :
http://www.usingenglish.com/articles/70-ways-to-improve-your-english.html

Tuesday, November 9, 2010

Tak jem...macam ni baru seronok

Lama pulak ummi tak update blog ni..bukannya apa, memandangkan hari Jumaat lepas kan hari cuti Deepavali, so Abi decide nak balik kampung..ummi ok je , janji inform ummi awal2 so bolehlah ummi kemas2 rumah dan buat apa2 yang patut in-advance (maklumlah kalau balik dari kampung sure nya penat..he he)

Kalau balik kampung Abi seperti biasalah kena bertolak awal2 pagi sebelum subuh...pukul 3 pagi...macam lagu P.Ramlee lah pulak..selalu mesti terlajak pukul 4 pagi..bukan apa, masa ni budak2 sedap tido lagi, so Abi nak drive pon selesa dan ummi pon tompang sekaki (he he nak tido jugak...)

Balik keje hari Khamis hari tu terasa penat sangat, mana taknya ummi balik naik komuter, dari ofis kul 3 stgh ptg sampai rumah pukul 5 lebih..lamanya...macam ni lah kalau naik public transport...oppsss....memang budget malam tu baru packing..sekali ummi terlelap lah masa menyusukan Munirah...sedar2 dah pukul 1.30 pagi, kelam kelibutlah ummi packing baju dan barang nak balik kampung, nasib baik pukul 3 semua dah siap..so pukul 4 pagi dah boleh bertolak...

Al-Hamdulillah perjalanan lancar je, tak banyak sangat kereta, mungkin orang pakat balik raya haji nanti kot...Pukul 10.30 pagi dah sampai kampung Abi, kira 6-7 jam perjalanan saja lah...kalau tak mau 10 jam jugak...yang kesiannya budak2 lah tak selesa..

Budak2 dah tak demam dah, cuma yang merisaukan ummi ni, batuk yang tak baik2 lagi. Munirah pulak baru terkena selsema dan batuk berkahak. Kesian juga ummi tengok dia tak selesa nak menyusu dan tido, asyik batuk je, nak bernafas pon susah. Ubat ventolin pulak ummi lupa bawak, ummi bawa zyrtec je...nasib baik balik kampung kejap je. Hari ahad masa on the way balik tu ummi geram sangat sebab hidung munirah tersumbat dan banyak kahak, ummi berani kan diri sedut..Al-hamdulillah, banyak keluar kahak dia, selesalah sikit nak tido dan menyusu...

Masuk hari ni dah semakin sembuh, dah tak meragam sangat masa tido...harap2 anak2 ummi sembuh lah, sebab hujung minggu ni nak balik kampung ummi pulak....

Wednesday, November 3, 2010

Al-Hamdulillah....dah beransur sihat

Petang semalam balik keja terus pegi ambil budak2..Al-Hamdulillah dah beransur baik. Muhaimin dah tak demam cuma batuk tak sembuh lagi tapi ada penguranganlah, tak lah seteruk hari2 sebelum ni. Pasal makan ubat jangan cakaplah..na,pak ubat je mula lah dia buat muka kesian tu...

Munirah pulak dah kebah demam dia, cumanya ada merengek sikit je. Tak pe lah janji sihat...sebab cuti hari Jumaat ni Abi plan nak balik kampung. Kalau tak sihat risau pulak Ummi... Harap2 semua nya ok..cumanya yang merisaukan Ummi sekarang ni keadaan cuaca, tambah2 lagi Kampung Abi kat pantai timur......Abi kata tengok keadaan lah macammana....

Tuesday, November 2, 2010

Pengalaman Breastfeeding - Part 2

Ok kita sambung lagi perjalanan "breastfeeding momentku".

1. Masa ummi mula2 bekalkan EBM untuk Muhaimin kat babysitter, Ummi cuma perah EBM dengan tangan je. Memang ada beli breastpump yg 20 ringgit je, tapi macam tak "working" benda tu atau pon Ummi tak reti nak guna alat tu. So untuk 1 bulan yang pertama memang hari2 ummi perah guna tangan. Memanglah hasilnya kurang memberansangkan, nak dapatkan 1 oz pon memang susah. Mungkin salah satu sebab nya Ummi kurang ilmu tentang pengeluaran EBM. So untuk dapatkan sekurang2nya 12 oz, ummi perah 4 ke 5 kali kat ofis..bayangkan lah terpaksa curi2 masuk surau...

2. Babysitter akan panaskan EBM dengan cara rendam kan kat air panas. Kiranya panaskan air atas dapur, tutup api dan letak EBM dalam air panas tadi. Nasib baiklah dapat babysitter yang memahami. Dan EBM yang ummi bekalkan semua beku.

3. Botol2 susu untuk simpan EBM ummi beli sikit2 kat mana2 kedai, Ummi tak tau pulak ada storage EBM bottle / plastic.

Tapi bila ummi dah jumpa dan timba ilmu kat http://www.susuibu.com mengenai segala berkaitan dengan dunia susuibu termasuklah pengeluaran, penyimpanan dan cara meningkatkan susuibu, barulah ummi tau betapa jahil dan ruginya ummi. So bermula dari itu, Ummi tambah ilmu sedikit demi sedikit dan kumpul duit sikit2 untuk beli breast pump dan warmer (untuk mudahkan babysitter)

Nanti Ummi sambung Part 3 pulak....