Yang buat ummioked sedih ni sbb anak2 dia masih kecil lagi, yang bongsu tak sampai setahun pon umur dia, dan yang sulung dalam 3-4 tahun kot. Terlalu kecil untuk mengerti dan memahami erti pemergian seorang Ayah. Tu yang membuatkan ummioked dok termenung memikirkan apa yang akan jadi dgn anak2 ummioked sekiranya salah sorang atau kedua2 kami dijemput Illahi...kita redha dengan ketentuanNya tapi rasanya belum bersedia bila memikirkan anak2 yang masih kecil....setiap kali teringat kan benda ni pasti air mata jatuh kebumi....
Pernah terlintas tak kat fikiran korang benda ni...kadang2 memang nak buat persediaan macam buat wasiat awal, tulis lah kat mana2 apa yang perlu disettlekan oleh orang terdekat bila kita tiada nanti...tapi takut sgt bila ...... benda2 lain tak kisah lagi, tapi bila masuk bab anak2 ni, tu yang tak leh tahan.....bila teringat diorang manja dgn kita lagi lah..."Ya Allah, Engkau tabahkan lah hati ni dan berikanlah aku kekuatan untuk aku menerima apa saja ujian dari-Mu"....
Andai saya pergi dahulu..Bapa & mak
Maafkan saya..ampuni dosa saya..redhailah hidup dan apa yang telah saya lakukan.Halalkan makan minum saya..maaf kerana tidak sempat menunaikan janji dan tidak sempat membalas jasa kalian.Terima kasih kerana mendidik saya menjadi manusia.Terima kasih kerana memberi pelajaran kepada saya.Terima kasih kerana mengajar saya untuk menempuh kehidupan ini dan terima kasih kerana menyayangi saya
Andai Dinda pergii dahulu Kanda..
Terima kasih kerana menjadi teman hidup Dinda selama ini.Terima kasih kerana sanggup berkorban dan bersusah payah dengan Dinda selama ini.Terima kasih kerana menjadi Suami yang Soleh.Terima kasih atas segalanya yang telah diberikan kepada Dinda.Maafkan Dinda atas kesalahan Dinda selama ini.Ampuni segala dosa Dinda terhadap Kanda.Apa yng terjadi tidak pernah mengurangkan kasih dan sayang Dinda pada Kanda malahan ia menguatkan lagi kasih sayang antara kita.Maafkan Dinda kerana tidak mampu memberikan kemewahan dunia.Maafkan Dinda jika Dinda tidak mampu untuk menjadi isteri yang sempurna. InsyaAllah kita jumpa di syurga nanti..
Kanda jangan lupa nanti:
1) Doakan & sedekahkan Al-Fatihah buat dinda setiap lepas solat Kanda
2) Jaga anak2 kita dgn baik sepertimana kita berdua menjaganya. Jangan biarkan mereka membesar dgn orang lain. Sekiranya Kanda tak mampu , Dinda mohon mereka dijaga oleh saudara Dinda (Mak @ adik beradik dinda). Hanya mereka yang dinda harapkan selepas Kanda.
3) Jelaskan hutang Dinda
a) Zakat / Haji
Kanda jangan lupa nanti:
1) Doakan & sedekahkan Al-Fatihah buat dinda setiap lepas solat Kanda
2) Jaga anak2 kita dgn baik sepertimana kita berdua menjaganya. Jangan biarkan mereka membesar dgn orang lain. Sekiranya Kanda tak mampu , Dinda mohon mereka dijaga oleh saudara Dinda (Mak @ adik beradik dinda). Hanya mereka yang dinda harapkan selepas Kanda.
3) Jelaskan hutang Dinda
a) Zakat / Haji
b) Kredit kad
c) Perseorangan
Andai Ummi pergi dahulu anak-anak yang disayangi
Muhaimin & Munirah, kalian adalah permata yang amat berharga bagi Ummi.Lahirnya kalian penyeri yang seri bersinar.Jadilah anak yang soleh dan solehah dapat mendoakan Ummi dan Abi suatu hari nanti.Belajarlah bersungguh-sungguh untuk masa depan.Ilmu itu menjadikan seorang itu bernilai dan berharga.Jadilah hamba Allah yang taat pada perintahNya.Jadilah hamba Allah yang memenangkan agamaNya.Abi dan Ummi pasti bangga dengan kalian.Maafkan Ummi jika tidak sempat melihat kamu membesar.Maafkan Ummi jika tidak sempat mendidik kamu dengan sempurna.Yang pastinya kalian amat Ummi sayangi
Andai saya pergi dahulu..saudara2ku
Terima kasih atas bantuan kalian selama ini.Terima kasih atas nasihat selama ini.Terima kasih atas segalanya.Saya bangga mempunyai saudara kandung seperti kalian.Andai saya pergi dahulu sahabat2kuTerima kasih kerana menjadi sahabat yang baik untukku.Terima kasih kerana banyak menegurku.Terima kasih kerana banyak mengajar aku erti perjuangan.Teruskan perjuangan kalian.Terasa amat singkat merasakan nikmat berjuang bersama kalian.Teruskan perjuangan ini yang banyak memberi kesedaran kepada orang lain dan diri kita sendiri.Maafkan aku atas segalanyaAndai aku pergi dahulu...maafkan aku atas segalanya
No comments:
Post a Comment