Monday, December 20, 2010

Dugaan yang datang...ku sambung dengan tenang

Lama umioked tak jenguk blog sendiri....
Hari Jumaat lepas ada majlis nikah Adik kandungku...hari Sabtu pulak majlis bersanding..tak sempat nak upload lagi gambar....
Yang kurang bestnya, kami satu family kena serang DBS (Demam / Batuk / Selsema)....mulanya anak2 yang kena selsema sejak awal minggu lepas, so Ummioked cuma bagi ubat yang ada kat rumah je...al-kisahnya hari Khamis malam Jumaat tu mmg badan dah rasa bisa2, nak angkat kepala ni pon tak larat....plan awal malam tu nak pulun kemas rumah sbb MIL nak datang...alamatnya mmg tak terkerja satu pon...last2 tido je, dgn badan tak rasa sedapnya, Munirah pulak start panas badan, asyik merengek je, tido pon tak lena sgt sbb dok pk kerja2 rumah yang tak settle lagi....Muhaimin pula selsema ada sikit2, start batuk pulak. Abi malam tu mmg tak larat sbb dah sakit tekak dan selsema.
Pagi tu bgn je, tekak dah rasa perit, kepala dah sakit....mmg dugaan betul. Dah lah nak bertolak gi majlis akad nikah..mmg pagi tu tak larat nak buat sarapan, Abi beli je kat luar sambil tu siapkan makan pakai anak2 dan barang2 diorg.
Elok sampai masjid kul 9 lebih, imam tak sampai lagi.....Munirah asyik nak berdukung je lah tak leh nak lepas klu tak merengek lah jawapnya...Muhaimin pulak tak nak dipegang, Jumpa pulak dgn sepupu2 dia mulalah buat aksi mos mos dia (ultraman)...jenuh tgk dia lompat sana sini.. Sampaikan orang nak akad nikah pon dia tak duk diam lagi..Geram betul dibuatnya, last2 Abi dia pegang si kecik, ummi tangkap dia dan bawa gi luar...tu pon meronta2 minta dilepaskan....
Al-Hamdulillah, majlis berjalan dgn lancar. Balik dari rumah pompuan terus balik rumah sbb Abi nak solat Jumaat....Nasib baik dua beradik ni tido, boleh lah ummioked berehat jap. Dah ptg tu elok diorang bangun, kitaorg terus gi Klinik..Empat2 sekali jumpa doktor....dapat lah MC, so boleh set off dengan cuti hari tu, selamat cuti aku sehari..he he...
Malam tu pon mmg kitaorg semua tido awal terutama Abi sbb dia makan ubat...ummioked makan jugak cumanya biasalah kalau b/feed kan doktor bagi yang mild punya, so mmg tak menyebabkan mengantuklah...ummioked tak ingat nama dia, nanti ada masa ummioked tempek kat sini....MIL sampai dekat kul 11, semua dah tido..he he ..bertuah betul
Hari Sabtu tu ok sikitlah, Munirah pon dah surut demam dia, So kitaorg pg jugalah majlis bersanding tu...hari Ahad tu bawa MIL jalan, si kecik pulak panas balik badan dia, ummioked pulak dah tak leh nak menelan sbb bengkak sgt..tau je lah kalau tekak bengkak, mau satu badan sakit...SO semalam pon tido awal..tapi kerja2 rumah dah settlekan dulu, so lena lah sikit tido..
Jam 4 lebih Munirah merengek lagi, tgk2 badan dia panas lagi, bagi lagi ubat demam..bangun pagi tadi elok sikit tapi still lemah....harap2 cepatlah lah dia sembuh....

No comments:

Post a Comment