Actually, wanita yang meyusukan anak selalunya akan lambat dapat haid yang mana ianya dikategorikan sebagai “Secondary Amenorrhoea” iaitu ketiadaan Haid disebabkan perkara lain yang berlaku bukannya secara azali/semulajadi. Menyusu badan secara teratur setiap hari menggalakkan perembesan hormone Prolaktin dari otak/pituatari yang berfungsi merencatkan penghasilan hormone seks perempuan iaitu LH,FSH,Oestrogen dan Progesteron.
Ketiadaan atau kekurangan hormone seks ini menyebabkan penebalan rahim/uterus tidak berlaku dan telur/ovum dari kilang telur tidak terhasil. Tiadanya pengeluaran telur dari Ovari dan tiadanya penebalan uterus/rahim menyebabkan Haid tidak berlaku seperti biasa. Penyusuan badan oleh itu bolehlah juga dianggap sebagai salah satu cara untuk pencegahan kehamilan secara semulajadi. Biasanya Haid akan teratur semula dalam tempuh 3 bulan setelah berhenti menyusu badan ,mungkin bila anak berumur 2 tahun nanti.
Sumber : http://drmazlan.blogspot.com
Tapi dalam kes ummioked ni, dah datang bulan lepas, bulan ni tak pulak...boleh ke jadi macam ni?risau ni.....
No comments:
Post a Comment