Hari jumaat lepas balik lambat dari dinner terus ambil budak2, diorang tak tido lagi, so sempatlah main2 lagi dengan dua beradik ni.. Diorang kalau pasal bergurau memang no. 1, seronok dengar diorang gelak ... tapi yang tak bestnya, masa ummioked menyusukan Munirah, dah perasan dah macam ada kahak kat hidung dia..kuat jugak lah bunyi dia....tapi still ok lagi...
So esoknya, dah anak cecair kuar kat hidung, hingus cair lah..nasib baik ada stok Ventolin kat rumah, so tak yah gi klinik, just bagi ventolin je...
Esoknya hari ahad si abang pulak dah start batuk dan selsema..dah dua2 kena pulak dah...Al-Hamdulillah diorang tak meragam sangat, cuma Muhaimin kalau batuk ni susah sikit, sebab dia akan muntah.....batuk sikit je mesti muntah, especially kalau lepas minum susu...tapi dah besar sikit ni dia dah pandai kontrol muntah dia......sakit tu, kita yang dewasa ni pon kalau muntah memang menyeksakan.. (tak leh lupa lah muntah kalau time mengandung..hu hu)
Al-Kisahnya, semalam Munirah memang meragam, bukan sikit2, tapi banyak2...smpikan semalam terpaksa tido jam 2 stgh pagi....hari ni memang pening2 gitu....Kesian kat dia, hidung dia tersumbat, so merengek je lah...dia dah mengantuk tapi tak leh tido..sbb dia kalau nak tido mesti menyusu dengan ummi....disebabkan hidung dia tersumbat so dia tak selesa lah nak menyusu..jenuh dodoikan dia, buai lah, apa2lah yang patut sampaikan ummioked pon dah tak larat...ummioked dah try sedut hidung dia, tapi tak de pon cecair kuar, tapi kalau dia bernafas tu memang boleh dengarlah kahak tu, geram pon ada..tapi tak tau nak buat apa dah..
Dah jam 2 tu, dia pon makin kuat merengek sebab mengantuk sangat, ummioked pon dodoi dia ke hulu ke hilir.. yang tak best tu, dia reject kalau ummioked offer susu....harap2 balik kerja petang nanti dia tak reject....sedih tau...
Harap2 hari ni ok lah anak2 ummioked..Insya Allah..tak sabar nak jumpa diorang
No comments:
Post a Comment